Berita
‘Direject’ Keluarga Bekas Kekasih Gara-Gara Tak ‘Selevel’, Gadis Bangkit Lepas 5 Tahun
Kejayaan seseorang kebiasaannya akan hadir melalui beberapa fasa kegagalan atau kekecewaan terlebih dahulu dan ia sebenarnya menjadi pembangkit semangat yang sangat penting dalam proses menelusuri kehidupan yang sangat mencabar. Walaupun mungkin kejayaan tersebut perlu diharungi dengan pelbagai jenis kesukaran, kita seharusnya mengetahui bahawa ia menjadi kekuatan yang paling berharga yang terkadang dilihat mampu mengubah diri […]

“Tujuan Kerja Haji Dapat Haji Mabrur, Bukan Pergi Sana Sembuh Sakit Atau Untuk Meninggal” – Dr Mohammad
Tanggapan masyarakat di negara ini bahawa pergi menunaikan haji untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi atau meninggal dunia di Tanah Suci adalah persepsi yang perlu diperbetulkan, menurut Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) 1440H/2019M Dr Mohammad Faid Abd Rashid. Dr Mohammad yang kali kelima bertugas dengan pasukan petugas perubatan haji Malaysia berkata haji merupakan rukun Islam kelima […]

”Mandi Satu Jam, Sapu Rumah 10 Kali Sehari..” Derita OCD Ramai Tak Tahu
Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) merupakan satu penyakit yang tidak asing lagi. Individu yang menghidap OCD ini suka melakukan sesuatu secara berulang kerana tidak yakin dengan apa yang dilakukan sebelum itu, selain mengalami rasa resah, tertekan dan cemas. Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Syaza Rahizad mengenai ahli keluarganya yang merupakan penghidap OCD. Mereka boleh menghabiskan waktu […]

“You Apa Pun Bukan,” Individu ‘Serang’ Raja Permaisuri Agong Cetus Kemarahan Netizen
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mengutarakan pendapatnya melalui akaun Twitter miliknya. Setiap kali Permaisuri Agong berkongsikan tweet, ianya pasti mendapat perhatian netizen. Walaupun dibanjiri dengan komen-komen positif, namun terdapat juga komen-komen sebaliknya. Tidak terlepas juga, media-media tempatan turut mengambil kesempatan tersebut untuk berkongsikan kepada lebih ramai orang mengenai pendapat dan […]

Bahaya Influenza, KKM Saran Langkah Kendali Pesakit Terutama Kanak-Kanak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 berkaitan situasi semasa jangkitan influenza di Malaysia. Berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh […]

Suami Isteri Miliki Empat Gading Gajah Ditahan
Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah (Protect) semalam menahan sepasang suami isteri warga Indonesia di sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit berhampiran Luasong, kira-kira 70 kilometer dari Tawau, kerana memiliki empat gading gajah. Lelaki berumur 48 tahun yang bekerja di ladang berkenaan serta memiliki pas pekerja itu ditahan pada 1.30 tengah hari bersama isterinya berumur 50 […]

(Gambar) Memukau, Satu Dunia Kongsi Gambar Hujan Meteor Quadrantid ‘Banjiri’ Langit
Pancuran meteor Quadrantids telah melanda ruang langit dunia dari 11 malam 4 Januari sehingga awal pagi 5 Januari 2020. Berbeza dengan gerhana matahari, fenomena hujan meteor Quadrantids ini tidak memerlukan sebarang peralatan khas yang perlu digunakan. Disebabkan itu juga, ramai yang mengambil kesempatan untuk melihat sendiri fenomena alam yang menghiasi ruangan langit dunia itu. Seperti […]
Iran Tawar $80 Juta Untuk Kepala Trump, AS Ancam Serangan Lebih Keras Jika Iran Menyerang
Sebelum ini dunia dikejutkan dengan kematian komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani dan kerisauan rata-rata warga maya akan kemungkinan berlakunya perang dunia ketiga dalam masa terdekat. Terbaru, Iran telah membuka ‘tawaran’ kepada sesiapa yang dapat membunuh Presiden AS, Donald Trump. Menurut laporan media, Iran memberikan ganjaran berjumlah […]

Ribuan Berkumpul Ketibaan Jenazah Soleimani, Ayatollah Ali Bersumpah Balas Dendam
Sejak Ahad, beribu-ribu orang telah berkumpul bagi memberikan penghormatan kepada komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mejar Jeneral Qasem Soleimani. Beliau terkorban pada hari Jumaat lalu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) Jenazah Soleimani dilaporkan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz pada waktu Subuh semalam. Menerusi siaran langsung […]
(Video) Veteran UTK Polis Pasang Hajat Ke Tanah Suci, Berharap Ada Yang Sudi Membawanya
Dahulunya mereka bergolok gadai sehingga nyawa sendiri ibarat telur dihujung tanduk demi keselamatan negara. Namun kini seringkali kisah mereka tersimpan sepi dalam lipatan sejarah. Inilah nasib ramai bekas anggota keselamatan negara baik dalam ketenteraan mahupun polis. Baru-baru ini, wartawan jenayah, Syahril A. Kadir sempat menemubual Sarjan (B) Nazaruddin Mohd. Zain, salah seorang bekas anggota Unit […]
‘Syiling Bertuah’ Bawa Padah, Lelaki Didenda RM70,525 Campak Syiling Dalam Enjin Pesawat
Anhui, China: Seorang lelaki didenda lebih AS$17,200 (RM70,525) kerana didakwa mencampakkan ‘syiling bertuah’ ke enjin pesawat sebuah kapal terbang. Lu Chao, 28 yang pertama kali menaiki pesawat itu perlu membayar syarikat Lucky Air atas tindakan yang dilakukan pada Februari tahun lalu. Dia mengaku mencampakkan syiling sebelum pesawat berkenaan berlepas dari sebuah lapangan terbang di Anhui […]
(Video) Api Makin Marak, Rakyat Australia Luah Rasa Syukur Akhirnya Hujan Turun
Tiada apa yang mampu menggambarkan kegembiraan warga Australia apabila hujan akhirnya turun membasahi bumi yang dilanda kebakaran belukar. Krisis kebakaran belukar yang dilaporkan bermula sejak September itu telah menyebabkan kemusnahan hutan seluas kira-kira 5 juta hektar serta mengorbankan sekitar 480 juta haiwan pelbagai spesies. Cuaca berangin serta suhu yang tinggi membuatkan api semakin mudah merebak. […]
TERKINI: Premis Makanan Dilarang Sedia Ruang Khas Merokok Dalam Kawasan Operasi Perniagaan
BATU GAJAH, 5 Jan (Bernama) — Premis makanan tidak dibenarkan menyediakan ruang khas untuk merokok buat pelanggan di dalam kawasan operasi perniagaan mereka. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata peraturan itu termasuk dalam arahan yang menetapkan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka sebagai jarak kawasan larangan merokok. “Sekiranya […]
(Video) Viral Bendera Merah Dinaikkan Dimasjid Iran, Didakwa Simbol Sedia Untuk Perang?
Susulan pembunuhan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas komander tertinggi Iran Mejar Jeneral Qassim Suleimani, hubungan kedua-dua negara tersebut dilihat semakin tegang. Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat melalui akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengancam Iran untuk tidak mengambil apa-apa tindakan jika tidak mahu negara mereka diserang. Namun, dalam satu video yang […]
Budak 12 Tahun Kena Kompaun Miliki Rokok, Bagi Alasan Milik Ayahnya
KLUANG, 5 Jan (Bernama) — Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dikenakan kompaun sebanyak RM50 setelah didapati memiliki sekotak rokok walaupun memberikan alasan ia milik ayahnya. Pegawai Kesihatan Daerah Kluang Dr Mohd Nizam Subaher berkata individu bawah umur yang didapati memiliki atau menghisap rokok boleh dikenakan kompaun tanpa mengira tempat sama ada di premis makanan atau pun tempat lain. Katanya tindakan berkenaan dilakukan bagi memastikan […]
Ronaldo Tayang Jam Rolex Termahal Di Dunia, Harganya Boleh Buat Anda Rasa Nak Pitam
Umum telah mengetahui bahawa Cristiano Ronaldo sememangnya seorang selebriti bola sepak yang terkenal serta antara yang terkaya dalam sukan yang diceburinya itu. Baru-baru ini, bintang Juventus itu dilihat memakai jam tangan jenama Rolex yang didakwa merupakan jam tangan bagi jenama itu yang termahal di dunia. Kekayaan Ronaldo tidak perlu disangkal lagi kerana melalui akaun Instagramnya […]

(Video) Siti Nurhaliza Tergamam, Peminat Dari Portugal Datang Nak Tengok Konsert, Siap Nyanyi Lagu Nirmala
Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi yang begitu terkenal di rantau Asia ini. Bakat yang ada padanya sudah tidak perlu disangkal lagi kerana pelbagai anugerah telah berjaya dirangkulnya sejak mula menceburi industri hiburan tanah air. Seperti yang kita ketahui, Nama Dato’ Siti Nurhaliza ini sudah menjadi tidak asing lagi dalam kalangan negara-negara yang berjiran di […]
Keluarga Nora Anne Fail Saman: Dusun Resort Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi
SEREMBAN, 5 Jan (Bernama) — The Dusun Resort akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi mengenai tindakan keluarga Nora Anne Quoirin yang mengemukakan saman sivil terhadap operator resort itu yang merupakan lokasi kehilangan dan kematian remaja Ireland itu pada Ogos tahun lalu. Pengarah The Dusun Resort Haanim Bamadhaj ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum mengenai saman […]
(Video)Kebakaran Semakin Parah, Penganut Kristian Sertai Umat Islam Australia Berdoa Minta Hujan Turun
Adelaide – Berikutan krisis kebakaran yang semakin parah, sekumpulan penganut agama Islam berkumpul dan menunaikan solat sunat Istisqa’ (solat minta hujan) secara berjemaah di sini. Lebih 50 lelaki, wanita dan kanak-kanak berkumpul di Bonython Park untuk menunaikan solat sunat berkenaan, mendoakan para petani serta mangsa yang terjejas. Paderi Patrick McInerney dari pusat Hal Ehwal Kristian […]
(Video) TERKINI: Kumpulan Al-Shabab Didakwa Serang Pangkalan Tentera AS Di Kenya
Lamu, Kenya – Kumpulan militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, Al-Shabab dilapor telah menyerang pangkalan tentera di sini yang menempatkan tentera tempatan dan Amerika Syarikat. Perkara berkenaan disahkan pesuruhjaya Lamu, Irungu Macharia. “Ada serangan tetapi mereka telah ditangkis,” katanya kepada AFP. Namun menurut Al-Jazeera, tiada maklumat jelas andai terdapat sebarang kecederaan dalam serangan berkenaan. Al-Shabab turut […]