Berita
Chong Wei Berterima Kasih Kepada Semua Jurulatih Yang Membantu Kerjayanya
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal di peringkat antarabangsa dan menjadikannya insan yang lebih baik. Chong Wei, 37, yang mengambil keputusan untuk menggantung raketnya Jun lepas, berkata tanpa bimbingan jurulatih-jurulatih berkenaan, beliau tidak akan berpeluang menjadi seperti […]
Nenek Ditemui Hamil 46 Tahun, Zuriat Jadi ‘Batu’ Kerana Percayakan Mitos Bayi Tidur Ini
Pelik tapi benar. Seorang wanita di Casablanca, Moroko (Maghribi) didakwa hamil sehinggalah ‘melahirkan’ bayinya 46 tahun kemudian. Zahra Aboutalib dilaporkan hamil sejak tahun 1955, namun dia tidak pernah memeriksa kandungannya kepada pasukan perubatan tempatan. Pada mulanya, Zahra berasa sakit yang tidak tertanggung selama 48 jam, namun disebabkan trauma melihat pesakit lain meninggal dunia ketika melahirkan, […]
“Nak Saya Tukar Hidung Baru Ke Baru Tak Hina?”- Siti Sarah
Isu menghina bentuk badan atau wajah orang lain sering dimainkan tidak kira siapa mangsanya. Hatta, selebriti terkenal juga tidak lepas dari terkena tohmahan dan penghinaan sebegini. Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin meluahkan rasa terkilannya apabila menerima kutukan secara terus menerus terhadap hidungnya. Tadi tengah scroll IG, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di […]
“Beli Perfume Demi Segulung Ijazah”, Bekas Pelajar IPT Dakwa Dipaksa Jadi ‘Agen’ Minyak Wangi Untuk Lulus
Setiap pelajar pastinya bercita-cita untuk menamatkan pembelajaran dengan cemerlang setelah bertahun-tahun melaburkan wang dan tenaga di institut pengajian tinggi. Bagi menamatkan pembelajaran dengan lulus cemerlang, setiap pelajar perlu melengkapkan tugasan yang diberi pensyarah untuk memperoleh markah. Namun, seorang pelajar di sebuah IPT di semenanjung mendakwa dia dan rakan sekelasnya ‘dipergunakan’ pensyarah mereka untuk melariskan barang […]
Lelaki Bogel Dipercayai Kurang Siuman Mengamuk, Cederakan Polis Dan Diri Sendiri Dengan Parang
KUANTAN, 27 Dis (Bernama) — Seorang lelaki bogek dipercayai kurang siuman dilaporkan mencederakan seorang anggota polis berpangkat koperan dengan melibas mangsa dengan parang. Kejadian yang berlaku di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada pagi tadi bermula apabila anggota berkenaan ditugaskan untuk ke jejantas di Jalan Besar bagi memeriksa aduan seorang lelaki mengetuk […]
(Gambar) Wanita Jepun Hasilkan Komik, Bawa Mesej Penderitaan & Penyiksaan Ditanggung Uighur
Seorang artis komik manga Jepun Tomomi Shimizu menggunakan kuasa lakarannya untuk menceritakan tentang kisah seorang wanita Uighur bagi meningkatkan kesedaran umum berkenaan penderitaan yang dialami oleh etnik Uighur di China. Komik manga itu didakwa dihasilkan bagi menyedarkan orang ramai tentang penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh etnik Uighur di bawah pentadbiran kerajaan China pada masa ini. […]
Awas Dengan 11 Tanda-Tanda OSA Ini Jika Anda Tidur Berdengkur, Berisiko Sebabkan Kematian
Anda tentu pernah mendengar orang berdengkur, sama da dalam kalangan ahli keluarga sendiri atau kenalan rapat anda sendiri. Bukan sahaja boleh menyebabkan diri sendiri tidak selesa ketika tidur, berdengkur juga mungkin turut mengganggu lena orang lain terutamanya jika anda pasangan adalah pasangan suami isteri. Tahukah, berdengkur boleh menyebabkan kematian sekiranya anda menunjukkan simptom-simptom OSA ini. […]
Jadi Amalan Yang Dituntut, Ini 2 Cara Sebenar Mengira Zakat Pendapatan Orang Islam Perlu Ambil Tahu
Menjelang hujung tahun, pasti ramai yang mula bergegas membayar zakat pendapatan. Bagi memudahkan anda mengira berapa nilai yang anda perlu keluarkan, Pusat Pungutan Zakat baru-baru ini berkongsikan dua cara pengiraan zakat pendapatan. Berikut merupakan contoh pengiraan jika pendapatan keseluruhan setahun anda adalah RM48,000. Cara 1 Pendapatan kasar setahun x 2.5% Jika pilih cara 1, zakat […]
(Video) Cemas Nak Lawat Isteri Tenat Di Hospital, Pakcik Diserang ‘Panick Attack’ Gigih Bawa Kereta Walau Dah Terbabas
Seorang lelaki warga emas yang didakwa dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Taiping untuk menziarahi isterinya di hospital telah terbabit dalam kemalangan. Kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah jalan di Perak pada 17/12/2019 jam 6 petang, Ketika kejadian, lelaki tersebut dipercayai sedang mengejar masa untuk melawat isterinya yang sedang sakit di hospital. Namun, malang tidak […]
Perhimpunan Bantah Jawi Batal, Penganjur Akur Keputusan Mahkamah
Kuala Lumpur, 27 Dis – Persidangan Membantah Isu Tulisan Jawi yang dijadualkan diadakan esok di Kolej New Era, Kajang dibatalkan atas perintah mahkamah. Perintah berkenaan telah diserahkan kepada pihak Dong Zong pada jam 5 petang tadi, tulis wakil Polis Daerah Kajang dalam satu kenyataannya hari ini. “Pihak Polis IPD Kajang telah memohon dan mendapat Perintah […]

(Video) 15 Rumah Musnah Dalam Kebakaran
Lahad Datu : Lima belas rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Panji dekat sini, petang ini. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memberitahu bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.06 petang, menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dengan bantuan BBP Kunak ke lokasi kejadian. “Operasi diketuai Abu Bakar Taraji dengan […]
Lelaki Beristeri Dua Didakwa Cabul Anak Tiri Sendiri Berusia 13 Tahun
Seorang pemandu e-hailing telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah pada hari ini kerana didakwa merogol dan melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya selama hampir dua tahun. Semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan, tertuduh yang berusia 42 tahun itu walau bagaimanapun telah dilaporkan mengaku tidak bersalah. Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual fizikal terhadap anak tirinya yang […]
Bekas Pemain Bass Kumpulan Alleycat, Frank Ong Meninggal Dunia Akibat Kanser
Bekas pemain bass kumpulan Alleycat, Frank Ong atau nama Islamnya Abdul Rashid Ong telah disahkan meninggal dunia semalam. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.35 pagi semalam ketika mendapatkan rawatan bagi kanser tahap empat di Sunway Medical Center. Arwah disahkan menghidap kanser paru-paru sejak Oktober lalu dan kesihatannya merosot mendadak sejak kebelakangan ini. Berita pemergiannya […]

Angka Korban Nahas ‘Bek Air’ Meningkat Kepada 14 Orang, 35 Cedera
Almaty : Angka korban nahas penerbangan Bek Air pada Jumaat dekat Almaty, Kazakhstan meningkat kepada 14 orang dan 35 lagi cedera, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan pegawai. Sebelum ini, pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, sembilan maut dan sembilan lagi cedera dalam nahas tersebut yang berlaku sejurus pesawat malang itu berlepas. “14 orang maut di […]
Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Mesti ramai di antara kita yang nak sangat pergi Australia kan? Ha, korang tau tak sebab apa ramai sangat orang yang nak pergi Australia ni. Antara sebab utamanya mestilah laut dia yang cantik, lepas tu yang paling penting sekali, negara Australia ni merupakan negara yang paling dekat sekali dengan Malaysia yang ada 4 musim tau. […]

FAMA Jangka Bekalan Bawang Merah India Pulih Febuari
Bukit Mertajam : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan bekalan bawang merah India yang berkurangan sehingga berlaku kenaikan harga di negara ini pulih menjelang Februari tahun depan. Pengerusi FAMA Ishak Ismail berkata krisis kekurangan bekalan bawang India itu berlaku sejak tiga bulan lepas berikutan banjir di negara berkenaan dan pihaknya telah mengambil beberapa langkah segera […]
Jual Pil Gugur Janin Boleh Dipenjara Tidak Lebih 5 Tahun, Makan Tanpa Kawalan Boleh Bawa Maut – KKM
Mutakhir ini, isu penjualan pil pengguguran janin seperti misoprostol secara dalam talian semakin memuncak. Pengambilan pil gugur tanpa pengawasan pengamal perubatan berdaftar boleh memberi implikasi seperti rahim terkoyak (uterine rupture), pendarahan tidak normal dan jangkitan kuman serta boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat. Selain itu, pengambilan pil gugur juga boleh menyebabkan kelahiran bayi cacat sekiranya kandungan tersebut tidak berjaya […]
(Video) Rakaman Menakutkan, Deruan Angin Taufan Phanfone Saat Hentam Filipina
Taufan Phanfone yang berlaku di Filipina memperlihatkan angka kematian terus meningkat iaitu seramai 28 orang dan 12 orang dilaporkan hilang. Turut dikenali sebagai Taufan Ursula, ia mula ‘menyerang’ di Wilayah Timur Samar pada selasa lalu sehingga menyebabkan hujan lebat dan ribut yang luar biasa. Phanfone terus ‘merebak’ merentasi pulau-pulau di wilayah Visayas Timur, selatan Luzon […]
“Saya Tiada Tauliah Agama, Saya Bukan Ustaz” – Adam Corrie
Siapa yang tidak kenal, pelakon hebat Adam Corrie Lee Abdullah memeluk Islam pada Julai 2007 pernah mendedahkan dia pernah memberitahu dia berasa kosong sebelum memeluk agama Islam. Bagaimanapun, satu kiriman di laman Instagramnya mengenai ramai di antara peminat yang sering bertanyakan dengan hukum hakam agama namun beliau bukanlah indivud yang selayaknya menjawab isu tersebut. Ini […]

“Suara Anak Muda Keramat, Tun Setuju Tangguh Mansuh Elaun Kritikal” – Syed Saddiq
Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 dilapor telah memansuhkan sembilan elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) melibatkan lantikan baharu berkuatkuasa 1 Januari 2020. Perkara tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang penjawat awam yang mahu kerajaan mengkaji semula keputusan berkenaan. Tampil berdiri di belakang anak muda, Menteri Belia dan […]