Berita

Gaya hidup
(Video) “Bangunlah Sahabat..,” Sebak, Anjing Kejutkan Kawan Yang Maut Akibat Dilanggar
Video yang menyayat hati ini menunjukkan seekor anjing ‘menggerak’ rakannya supaya bangun selepas dilanggar oleh sebuah kereta. Rakaman yang diambil oleh seseorang itu berlaku di Peru memperlihatkan haiwan jalanan itu membelai rakannya untuk bangun. Orang awam yang lalu lalang di tempat tersebut boleh mendengar keluhan yang memilukan haiwan ini seolah-olah, “Bangun sahabat…” Video yang berdurasi […]
Berita
Dulu Si Ibu Katanya Hanya Kerja Tukang Cuci, Ini Kisah Hidup Suka-Duka Mesut Ozil Sebelum Jadi Bintang
Sejak kritikan Mesut Ozil menarik perhatian dunia, nama Ozil telah menjadi sebutan dan pelbagai pihak yang dapat dilihat tampil mempertahankan dan menentang tindakan yang dibuat oleh pemain tengah Arsenal itu. Sungguh pun dia tahu bahawa pelbagai risiko bakal dihadapinya akibat daripada tindakannya itu, dia tetap berani menyuarakan kritikan tersebut. Siapakah Ozil ini? Mengapa dia sanggup […]
Berita
Saya ‘Rasa’ Wang Dalam Akaun Bank Cukup – Najib
Kuala Lumpur : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau ‘rasa’ wang dalam akaun banknya cukup apabila terus mengeluarkan cek walaupun tanpa mengetahui jumlah baki di dalamnya. Najib, 66, berkata beliau akan meminta bekas ketua setiausaha peribadinya, Allahyarham Datuk Azlin Alias untuk memeriksa dengan Ketua Pegawai […]
Berita
”Biasa Orang Order Untuk Dia Makan,” Rider Grab Terharu, Dapat Customer Baik Hati Belanja McD
Rezeki datang dalam pelbagai cara. Kadang-kala ianya hadir tanpa terduga oleh kita. Seperti apa yang berlaku kepada seorang ‘rider’ GrabFood baru-baru ini. Menerusi satu hantaran yang tular, individu yang menggunakan akaun @runqifadamha di Twitter, telah berkongsi pengalamannya apabila bertemu pelanggan yang bermurah hati. Pelanggan tersebut dikatakan membuat pesanan makanan segera tetapi bukan untuk diri sendiri, […]
Berita
Amaran Ribut Petir Di Kedah, Pahang, Johor, Sarawak Dan Sabah
Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 5 petang ini. Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, kawasan yang dijangka terjejas di Kedah adalah Baling dan Kulim manakala di Pahang ialah Tioman, sementara Johor melibatkan […]
Berita
Indonesia Percepat Proses Pindah Ibu Negara
JAKARTA, 19 Dis (Bernama) — Presiden Indonesia Joko Widodo pada Rabu mengarahkan Kabinet untuk mempercepat projek memindahkan ibu negara dari Jakarta ke pulau Borneo bagi memastikan “Lembah Silikon” itu dapat disiapkan pada 2023, setahun lebih awal. Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan Widodo menulis dalam Facebooknya, bahawa kerajaan akan mewujudkan agensi baharu untuk memantau penempatan semula […]
Gaya hidup
“Jumlah Sales Jauh Beza Bila Pakai Kopiah, Sales Jatuh Teruk Bila Tertinggal Kopiah Kat Rumah” – Peniaga
Perniagaan merupakan bidang yang diceburi oleh ramai orang kerana boleh memberikan pulangan yang lumayan. Walaupun perniagaan juga berisiko untuk rugi, namun usaha yang gigih dan strategi yang bijak dapat membawa pulangan yang lumayan. Namun begitu, ada juga dalam kalangan peniaga yang menggunakan ‘taktik’ untuk memastikan perniagaannya meraih keuntungan. Begitulah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Moreeza […]
Berita
Malaysia Juara Kejohanan Ragbi Asia B-19 Divisyen 2
SERDANG, 18 Dis — Malaysia dinobatkan juara Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 Tahun (B-19) Divisyen 2, selepas mengatasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) 15-14 pada aksi kedua di Padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini. Malaysia mengumpul enam mata keseluruhan sementara UAE empat, selepas dicampur dua mata diraih kedua-dua pasukan dalam aksi pertama, […]
Berita
(Video) Arsene Wenger Pertahan Tindakan Ozil Kritik Penindasan Etnik Uighur Di China
Bekas pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan mempertahankan tindakan Mesut Ozil yang dikritik berkenaan dengan isu penderitaan etnik Uighur di China. “Mesut Ozil mempunyai hak untuk bersuara sama seperti orang lain dan dia telah menggunakan ‘statusnya’ untuk meluahkan pendapatnya itu walaupun ianya tidak sepatutnya dikongsikan kepada semua orang, namun dia berhak untuk berbuat sedemikian,” kata […]
Gaya hidup
Mitsui Outlet Buat Sale Sampai 90%, Ada Juga Jenama-jenama Hebat Seperti Adidas, Puma, Skechers Dan Banyak Lagi
Biar betul, diskaun sampai 90%? Iya betul, korang tak salah baca. Kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sekarang ni tengah berlangsung Christmas Sale sehingga 90 peratus! Banyak produk yang dicantas harga dengan diskaun istimewa. Rugi kalau tak pergi. Bukan tu je, korang boleh.. .. Shopping sampai tengah malam Krismas dah nak tiba, tapi hadiah tak […]
Berita
“Jangan Rompak Duit Hantaran Lelaki”, Ini 11 Pesanan Buat Bakal Pengantin Dan Mentua
Bukan senang untuk mengumpul wang di zaman kegawatan ekonomi ini. Berapa ramai orang yang melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung hidup terutamanya bagi mereka yang tinggal di tengah bandar. Inilah yang dihadapi oleh bakal pengantin khususnya pihak lelaki yang bekerja keras untuk mencukupkan wang hantaran, bak kata Tuan Azizul Azli Ahmad, “mereka himpun duit sampai […]
Luar Negara
Saintis Temui Sampel DNA Pada ‘Gula-Gula Getah’ Berusia 5,700 Tahun
Saintis serta pakar di seluruh dunia sentiasa melakukan pelbagai kajian berkaitan dengan jejak purba yang mempunyai pelbagai sejarah. Baru-baru ini, satu sampel Zaman Batu telah ditemui oleh para saintis di Denmark yang didakwa seperti gula-gula getah. Sampel yang berusia 5,700 tahun itu telah diekstrak bersama sampel DNA manusia yang memberi maklumat yang cukup tentang sumber […]
Berita
(Video) Hadapi Dua Pertuduhan, Donald Trump Bakal Dipecat?
Donald Trump, presiden Amerika Syarikat (AS) merupakan pemimpin yang ketiga dalam sejarah dipecat Dewan Perwakilan AS (House of Representatives) dimana keputusan dakwaan tersebut akan menentukan samada beliau akan terus kekal di Rumah Putih atau tidak. Trump menghadapi dua tuduhan antaranya adalah salah guna kuasa dan menghalang siasatan Kongres. Semasa proses pengundian berlaku, Presiden Trump sedang […]
Berita
Wanita Muslim Hamil Diserang Selamat Lahirkan Anak
Seorang wanita Islam yang diserang di sebuah kafe di Sydney tempoh hari telah dilaporkan berjaya melahirkan seorang bayi lelaki. Wanita yang berusia 31 tahun itu dipercayai sedang hamil 38 minggu ketika diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa bersama rakan-rakannya di sebuah kafe. Lelaki yang menyerangnya itu telah didakwa atas tuduhan melakukan kekejaman dan […]
Berita
Senarai Penerima Subsidi Petrol Dijangka Dikeluarkan Pada Februari – Chong
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dijangka mengeluarkan senarai muktamad penerima Program Subsidi Petrol (PSP) pada Februari depan, kata Timbalan Menteri berkenaan Chong Chieng Jen. Beliau berkata pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat kementerian berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi setelah pemurnian data itu selesai dilaksanakan. “Berdasarkan data yang diterima daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH) dan […]
Gaya hidup
(Video) Dua Beranak Naik Kelisa Dari Malaysia Ke Turki Demi Misi Bantuan Musim Sejuk
Seorang pengembara bersama anaknya berjaya membuktikan bahawa kereta tempatan turut berkemampuan untuk merentasi benua dan sempadan negara. Dengan menaiki Perodua Kelisa yang berusia kira-kira 15 tahun, Nursulhi Rahim atau lebih dikenali sebagai Along telah memulakan pengembaraan bersama anak lelakinya merentasi benua dalam tempoh lebih kurang sebulan sehingga hari ini. Mereka yang bekerjasama dengan Majlis Perundingan […]
Sukan
(Video) Ronaldo ‘Melayang’ Di Udara Hampir 3 Meter, Catat Rekod Gol Terbaik
Peminat sukan bola sepak sering dihidangkan dengan jaringan-jaringan menarik oleh pemain sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo. Nama besar dalam arena sukan bola sepak ini boleh dikatakan dikenali oleh semua orang. Pemain kebangsaan Portugal ini juga pernah melakukan sejarah jaringan tandukan dengan lompatan tinggi sehingga menggegar jaring gol lawan. Terbaru, Ronaldo telah berjaya memastikan pasukan meraih tiga […]
Luar Negara
Tidur Depan Kipas Dipercayai Jadi Punca Wanita Maut Kesejukkan
Kebanyakan negara empat musim pada ketika ini mengalami musim sejuk dan dipenuhi dengan salji namun negara-negara di Asia tenggara juga turut merasai tempias sejuk disebabkan angin monsun timur laut dari utara Siberia dan Asia. Disebabkan cuaca ini juga, seorang wanita di Thailand ditemui meninggal dunia semasa tidur selepas suhu tiba-tiba berada pada 10 darjah celcius […]
Berita
Warga Emas Berputih Mata Wang RM17,000 Dilarikan Dua Lelaki Tidak Dikenali
Kuantan : Seorang warga emas berusia 80 tahun berputih mata apabila wang RM17,000 miliknya yang baharu sahaja dikeluarkan dari bank dilarikan oleh dua lelaki yang berpura-pura meminta bantuan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata ketika berada di bandar Jengka, Maran dekat sini pada 11 pagi semalam, mangsa dihampiri oleh dua […]
Berita
Gadis Hidap Penyakit Misteri Berat Naik Mendadak 200kg Meninggal Dunia
Berat seorang gadis yang naik secara misteri sehingga mencecah 200 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan pernah menjadi tular di media sosial suatu ketika dahulu. Terbaru, gadis tersebut Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi pada jam 10.50 malam di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Menurut ibu saudaranya, Zainab Hassan, […]