Berita
(Video) Kemunculan Patin Gergasi Gemparkan Kaki Pancing
Tuah berpihak kepada sekumpulan kaki pancing apabila candit yang dipasang di dalam sungai ‘mengena’. Malah, tangkapan itu lebih mengejutkan mereka ekoran saiz tangkapan yang besar dan mempunyai berat kira-kira 150 kilogram(kg). Ikan patin seberat 150kg telah berjaya dinaikkan oleh penduduk kampung di Kampung Jejawi, Pasir Mas, Kelantan. Pada awalnya, candit dipasang kerana air sungai yang […]

Saya Tidak Malu Berkongsi Masalah, Kesukaran Dapat Anak – Tunku Azizah
PETALING JAYA, 8 Nov (Bernama) — “Saya tidak malu untuk memberitahu atau berkongsi dengan dunia semua masalah dan kesukaran yang perlu saya lalui untuk mendapat anak.” Itulah kata-kata Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bertitah pada majlis perasmian pusat fertiliti, Alpha IVF and Women’s Specialists di Encorp Strand Mall di sini hari ini. Tunku […]

Dua Rentung Di Seremban: Polis Cari Waris Mangsa Kedua
SEREMBAN, 8 Nov (Bernama) – Polis kini sedang mengesan waris kepada salah seorang daripada dua lelaki mangsa kemalangan van yang rentung Rabu lepas kata Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim. Katanya setakat ini pihaknya berjaya mengesan seorang waris, manakala waris seorang lagi mangsa belum dapat dikesan. “Waris yang berjaya dikesan dipercayai ibu kepada […]
Pelajar UNIMAP Hilang, Giat Dikesan – Polis
KANGAR, 8 Nov (Bernama) – Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Tahun 4 daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan dilaporkan hilang sejak semalam, berikutan beliau tidak pulang ke kediamannya di Kampus Unicity Alam, Sungai Chuchuh di Padang Besar dekat sini. Beliau yang dikenali sebagai Tuan Ahmad Amar Tuan Azlan, 23, dilaporkan tidak kembali kira-kira 8 malam […]
(Video) Cekal Laksana Ibadah, Viral Pakcik Tunai Solat Walau Sedang Sakit Sentuh Hati Netizen
Solat itu tiang agama. Tidak kiralah semasa sakit ataupun sihat, solat tetap perlu dilaksanakan. Sejak semalam tular rakaman video seorang ‘pakcik’ dikatakan sedang tunai solat. Melalui kiriman video daripada Si Penulis di laman Facebook menunjukkan seorang warga emas menunaikan solat walaupun dalam keadaan uzur. Riak wajah yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut, anda boleh dapat rasakan […]
(Video) Penuh Adab, Tular Video Pelajar Salam ‘Pak Guard’ Sebelum Masuk Sekolah Terima Pujian Netizen
Melentur buluh biar dari rebungnya yang membawa maksud didikan pada anak-anak di awal usia mereka. Bahkan, pepatah Melayu ini sesuai untuk diberi kepada sebuah sekolah di mana tular satu video mengenai murid bersalaman bersama ‘Pak Guard’. Sungguh luar biasa. Rakaman murid bersalaman dengan pengawal keselamatan yang teguh berdiri di pintu sekolah tersebut menjadi perhatian ramai. […]

Angin Kencang, Ribut Petir Dijangka Di Pulau Pinang Sehingga Ahad
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang terutama di bahagian tanah besar bermula hari ini hingga Ahad susulan tempias Taufan Nakri dan Taufan Matmo. Exco Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, berkata ramalan cuaca esok dan lusa menjangkakan hujan dan angin kuat antara jam 1 tengah hari hingga […]

Arwah Sihat Semasa Pulang Ke Asrama Tahfiz – Ibu Tiri
Temerloh : Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang maut dipercayai akibat perbuatan tiga remaja di sebuah pusat tahfiz di Lanchang di sini, didakwa berada dalam keadaan sihat semasa kembali ke asrama pada Ahad lalu. Perkara itu dimaklumkan ibu tiri mangsa, Asmaliza Ahmad, 39, yang berkata Mohammad Aimin Nurul Amin, anak tunggal perkahwinan terdahulu suaminya, pulang bercuti […]

Harga RON97 Naik Satu Sen, RON95 Dan Diesel Kekal
Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.57 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Nov. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter. […]
“Allah Pinjamkan Chaq Kat Ummi Sat Ja,” Hiba, Ibu Luah Anak Tak Sempat Jamah Bihun Sup Terakhir Sebelum ‘Pergi’
Ujian yang paling terkesan adalah kehilangan orang tersayang. Apatah lagi bila seseorang itu kehilangan insan yang bernama anak hanya sekelip mata sahaja. Walaupun ianya pahit, tetap jua ditelan dan redha. Kehilangan anak yang menjadi harapan dan punca rezeki keluarga pergi meninggalkan ibu tercinta buat selama-lamanya hanya kerana kecuaian orang lain. Mangsa kemalangan jalan raya yang […]

Kanak-Kanak Lemas Jatuh Dalam Laut Di Labuan
Labuan : Seorang kanak-kanak perempuan berumur 21 bulan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam laut dari rumah perkampungan atas air di Sebor, Saguking, di sini, Rabu. Mayat Nor Saidah Abdul Said ditemui terapung di dalam air di bawah rumah oleh ibu bapanya kira-kira 11 malam ketika mereka mencarinya yang hilang dari bilik tidur rumah berkenaan. […]

Kekuatan Badai Kategori Lima, Taufan Halong Paling Kuat Dunia Dijangka Hampiri Vietnam, India
Taufan Gergasi Halong merupakan salah satu daripda ribut terkuat yang direkodkan di mana-mana lautan di Bumi sejak Dvorak dimasuki pada tahun 1970-an. Taufan ini juga merupakan taufan ketujuh terbesar pada tahun ini dan kini merupakan salah satu daripada sistem tropika terkuat yang diperhatikan sejak liputan satelit bermula pada tahun 1970-an, dan menjadikannya salah satu ribut […]
Dr Mujahid Keluar Kenyataan Rasmi, Kes Pelajar Tahfiz Didakwa Dipukul
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa sebentar tadi baru sahaja mengeluarkan kenyataan media berikutan dengan kejadian seorang pelajar tahfiz berusia 7 tahun yang dipercayai maut akibat dipukul rakannya baru-baru ini. Berikutan dengan kejadian tersebut, seramai 3 orang pelajar di pusat tahfiz berkenaan yang berusia 13 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Menerusi […]

“Namun Kita Lakukan Perkara Yang Sebaliknya Seolah-Olah Teringin Benar Ke Neraka” – PU Syed
Kontroversi panas yang melanda kedua-dua pelakon popular nampaknya menjadi semakin hangat. Aksi panas yang tular dan menjadi buah mulut ramai itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah atau lebih dikenali sebagai PU Syed. Menerusi teguran yang dimuat naik di laman instagram beliau, PU Syed menyifatkan perbuatan kedua-dua pelakon tersebut sebagai tidak senonoh walau apa jua alasan […]

Microsoft Jepun Buktikan Produktiviti Syarikat Naik Lepas Laksana Kerja Empat Hari Tapi Bayar Gaji Lima Hari
Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda pasti menginginkan cuti yang panjang dan ‘lari’ sebentar daripada kesibukan dan tekanan kerja namun apalah daya kebiasaannya cuti yang diperoleh hanya selama dua hari. Lain pula dengan syarikat Microsoft di Jepun yang melakukan ‘eksperimen’ terhadap cuti pekerjanya dan berjaya membuktikan bahawa bekerja selama 4 hari menjadikan lebih produktif selain […]
Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Ribut Tropika Nakri, Dijangka Landa Perairan Sabah
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan iaitu kira-kira 603 km ke barat laut dari Kudat, Sabah. “Berdasarkan pencerapan […]

Fenomena Cuaca Pelik, Ribuan ‘Telur’ Penuhi Pesisir Pantai Finland
Beberapa keping gambar yang diambil oleh seorang jurugambar amatur, Risto Mattila, memperlihatkan satu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu ribuan bola ais yang berbentuk telur menghiasi pinggir pantai Finland. Pakar mengatakan bahawa proses yang jarang berlaku ini disebabkan oleh kepingan-kepingan kecil ais yang dibawa oleh angin dan air. Mattila yang berasal dari pinggir bandar Oulu berkata […]
Pemandu Bas Rempuh Pelajar Tingkatan 4, Dikenalpasti Positif Syabu, Tiada Lesen Memandu Sah
George Town, 8 Nov – Pemandu bas persiaran yang melanggar empat buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas sehingga mengakibatkan kematian seorang pelajar tingkatan empat semalam disahkan positif dadah jenis syabu. Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan AA Anbalagan berkata, suspek yang berusia 49 tahun dikenalpasti positif dadah jenis syabu melalui […]
2 Lelaki Terkejut, Burger Yang Didakwa Disimpan Hampir 25 Tahun Bagaikan Baru Dibeli Semalam
Sebiji burger dari sebuah restoran makanan segera yang didakwa dibeli pada tahun 1995 dan disimpan dalam sebuah bangsal di Australia selama bertahun-tahun dipercayai masih lagi kelihatan elok, nyata dua lelaki yang kini menganggap burger berusia 25 tahun itu sebagai “mate” atau kawan mereka. Casey Dean, 39, dan Eduards Nits, 38, mendakwa bahawa mereka telah membeli […]
(Video) Agong Periksa Dua Kemalangan Berlaku Sekitar Putrajaya
PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan terhadap pengguna jalan raya apabila mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi Seri Paduka untuk memeriksa dua kemalangan yang berlaku di sekitar Putrajaya pagi tadi. Laman Instagram Istana Negara (istana_negara) hari ini memuat naik dua klip video dan dua gambar […]