Berita
Pasangan Kekasih Lari Pemeriksaan Polis Sebelum Terbabas Ke Dalam Longkang
BUTTERWORTH, 20 Okt (Bernama) — Dua pelajar sebuah pusat latihan kemahiran yang juga pasangan kekasih ditahan kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLLB), di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) […]

Penjawat Awam Kedah Dapat Bayaran Khas RM750
ALOR SETAR, 20 Okt (Bernama) — Kerajaan Kedah hari ini mencadangkan bayaran khas sebanyak RM750 diberikan kepada semua pegawai, kakitangan dan anggota pentadbiran negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika membentangkan Belanjawan 2020 negeri di Wisma Darul Aman di sini berkata pembayaran berkenaan akan dibuat pada Disember ini. “Bayaran khas ini sebagai menghargai jasa […]
Seram Duduk Dengan Mak Mertua, Nampak Baling Daging Ayam Mentah Sambil Mulut Kumat-Kamit
Kita sebagai seorang muslim seharusnya percaya dengan kewujudan hal-hal ghaib yang kebiasaannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Namun, kadang kala ianya ‘hadir’ dan dapat dirasai oleh sesetengah individu. Seperti perkongsian kisah seram oleh seorang wanita yang diganggu dengan beberapa kejadian aneh di rumah selepas kedatangan ibu mertuanya. Dia yang mengalami ketakutan setiap masa […]

4 Sebab Kenapa Guna Semula Botol Air Plastik Undang Bahaya
Ada di antara kita yang mempunyai tabiat menyimpan setiap botol air yang dibeli dan menggunakannya kembali. Botol tersebut hanya perlu dibasuh bersih dan diisi dengan air kosong yang telah dimasak, lalu disimpan di dalam peti sejuk. Mesti ramai yang pernah buat macam ni kan? Nampak remeh, namun tahukah anda perkara tersebut sebenarnya mengundang bahaya kepada […]

Hidap ‘Bipolar Disorder’, Doktor Pukul Bekas Isteri, Bapa Mertua Disahkan Waras
Hasil pemeriksaan psikiatri yang dijalankan ke atas doktor yang memukul bekas isteri dan bapa mentuanya pada September lalu menunjukkan dia berada dalam keadaan waras. Menurut laporan kesihatan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, tertuduh disahkan menghidap bipolar disorder atau kecelaruan efektif dan tertuduh juga menyedari perbuatan yang dilakukannya salah disisi undang-undang. Tertuduh, Syed Ariff Syed […]

11,050 Karton Rokok Tidak Sah Bernilai RM2.06 Juta Dirampas
Johor Bahru : Polis Marin mematahkan cubaan membawa 11,050 karton rokok tidak sah pelbagai jenis bernilai RM2.06 juta di tepi Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, semalam. Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Supt Noor Azman Jamal berkata rampasan pada 3 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Khas PPM Bukit Aman yang turut […]

“Caj RM50 Ribu Satu Meja Tapi Hidang Pakai Pinggan Plastik Dan Besen Basuh Ikan ,” – Pengasas Terkenal
‘Pinggan mangkuk kualiti pasar malam sedangkan satu meja ni kena bayar RM50K untuk 10 seat’, begitulah kekesalan yang diluahkan oleh Bonda Rozita Ibrahim menerusi satu status yang dimuat naik di media sosialnya semalam. Perkara tersebut dikatakan berlaku ketika beliau menghadiri sebuah majlis kenamaan yang dihadiri oleh nama-nama besar seperti Chef Wan, Datuk Jimmy Choo dan […]
(Video)”Seorang Yang Merendah Diri”, Keputusan 4.00 Sebanyak Tujuh Kali, Neelofa Cari Graduan Cemerlang
Kebanyakkan universiti ketika ini sedang sibuk menjalankan Istiadat Konvokesyen di universiti masing-masing bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Pelbagai reaksi yang ditampilkan oleh para graduan dan ibu bapa sama ada berbangga dan juga menangisi kejayaan yang diperolehi. Media sosial sejak semalam hebah memperkatakan mengenai seorang graduan cemerlang Universiti Utara […]

Guru Mangsa Penipuan Rugi RM8,080 Dalam Dua Jam
Kuantan : Seorang guru lelaki menjadi mangsa penipuan tunggakan kad kredit menyebabkannya kerugian RM8,080 hanya dalam tempoh dua jam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata mangsa yang berusia 30 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang menyamar sebagai petugas Mahkamah Melaka sekitar 10 pagi semalam ketika berada di Bandar […]

Semak Skim i-Suri Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun
Berita baik buat golongan suri rumah apabila kerajaan memutuskan untuk meneruskan Bantuan iSuri KWSP seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini. Insentif ini dapat memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Bagi golongan suri rumah yang layak, mereka bakal memperolehi sumbangan kerajaan sebanyak RM200* pada tahun […]

62 Cedera Dalam Rusuhan Di Barcelona
Bogota : Keganasan tercetus di bandar raya Barcelona pada Jumaat apabila penunjuk perasaan membantah keputusan Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara antara sembilan hingga 13 tahun terhadap sembilan pemimpin kemerdekaan Katalan. Rusuhan bermula di Via Layetana dan kemudian merebak ke kawasan bersejarah Plaza de Cataluna di pusat bandar, lapor agensi berita Anadolu. Satu lagi kawasan yang […]
Muka Penuh Darah, Anak Merayu Minta Tengok Ibu Bapa Terperangkap Dalam Kereta
Anak mana yang tidak sedih sekiranya melihat ibu bapa mereka sedang berada dalam penderitaan. Begitulah yang dialami oleh dua orang kanak-kanak yang menangis teresak-esak di tepi jalan apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Tol Sumatera, Indonesia pada pagi tadi. Namun, menerusi rakaman yang dikongsikan di Facebook, […]
Selamba Panggil Permaisuri Agong ‘Che Minah’, Reaksi Tuanku Buat Ramai Senang Hati
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali sebagai kerabat diraja yang mempunyai keperibadian yang merendah diri dan mendekati rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah Raja Permaisuri Agong sering mendapat perhatian setiap kali ‘tweet’nya muncul di ruangan Twitter. Menerusi ciapan terbaru Twitter @cheminahsayang itu, Tuanku Permaisuri ada menceritakan mengenai kejadian pagi tadi apabila […]

Enam Terbunuh Empangan Runtuh Di Rusia
Moscow : Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 14 lagi cedera, selepas sebuah empangan runtuh di daerah Kuraginsky di wilayah Krasnoyarsk, Rusia, Sabtu lalu, memetik media tempatan lapor agensi berita Xinhua. “Nasib 10 lagi mangsa masih tidak diketahui,” kata Kementerian Kecemasan Rusia. Pejabat serantau Kementerian Kecemasan berkata empangan di sebuah takungan air terletak di lombong emas […]

Selepas Taufan Hagibis, Hujan Lebat Diramal Landa Jepun
Tokyo : Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Jumaat mengeluarkan amaran hujan lebat dijangka berlaku pada hujung minggu, ketika Jepun masih bergelut akibat taufan Hagibis pada minggu lalu yang menjejaskan negara itu. Ketika usaha pemulihan sedang dijalankan, wilayah di seluruh Jepun sekali lagi berdepan hujan lebat, yang boleh mencetuskan tanah runtuh dan banjir besar terutama di […]

Awas, Ribut Petir Bakal Membadai Seluruh Malaysia Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka melanda melibatkan semua negeri di Malaysia. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 13 negeri dijangkakan terlibat dengan ribut petir iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan. #ributpetirmetmalaysia […]

Wanita Dipenjara 17 Jam Gara-Gara Kuat Membebel, Suruh Suami Kemas Rumah
Kehidupan sebagai suami isteri sudah tentu mempunyai pelbagai liku-liku yang boleh mencabar ego dan kesabaran malah jika tidak diselesaikan dengan baik, rumahtangga yang dibina akan runtuh. Sama dengan kes yang berlaku di North Yorkshire, United Kingdom pada April lalu, seorang isteri telah ditahan atas tuduhan membebel terhadap suaminya dan dimasukkan ke dalam lokap selama 17 […]
Kegigihan Anak-Anak Tiau Cari Dana Untuk Naik ‘Belon’ Ke Kuala Lumpur
Menjadi seorang guru bukan sahaja untuk mencurahkan ilmu tetapi guru juga berperanan untuk memahami, mempelajari dan mendidik anak-anak murid mengenai erti kehidupan dengan penuh hikmah dan kesabaran. Usaha yang dilakukan oleh setiap guru untuk kebaikan anak-anak muridnya sememangnya merupakan pengorbanan terbesar yang tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Bagi Izma Harliana Juhar, dia menyimpan impian […]

Terkini: Lori Kimia Terbalik, Plaza Tol Ayer Keroh Ditutup
Satu kemalangan melibatkan lori terbalik dilaporkan telah berlaku di laluan sebelum keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh pada pukul 11.29 pagi ini. Disebabkan kejadian itu, semua kenderaan tidak dibenarkan keluar melalui Plaza Tol Ayer Keroh kerana lori tersebut membawa bahan kimia berbahaya sehingga berlakunya tumpahan. Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak PLUS Malaysia menerusi kenyataan […]

Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun Hilang
Seorang kanak-kanak, berusia 11 tahun, Intan Nuralyssa Qaseh dipercayai hilang sejak Jumaat (18/10/2019). Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang mengeluarkan notis kanak-kanak hilang bagi hebahan orang ramai. Menerusi laporan yang dikeluarkan pihak polis, lokasi kejadian atau tempat kali terakhir keberadaan adik Intan dipercayai di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh, Rawang. Diminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan […]