Berita
Nahas, Kereta Api Bertembung Dengan Lori Lintas Trek, Pemandu Alami Kecederaan Serius
Sehingga empat gerabak dilaporkan telah tergelincir dari landasan selepas kenderaan itu merempuh lori berlaku di wilayah tengah Nghe An pada pagi ini. Menurut laporan media tempatan, kereta api yang sedang bergerak bertembung dengan trak yang cuba melalui persimpangan kereta api di Dien Truong Commune, daerah Dien Chau. Kemalangan itu telah menyebabkan empat gerabak daripada kereta […]
Dakwa Udara Kedap Dalam Kapal Terbang, Wanita Bertindak Buka Pintu Kecemasan Undang Cemas
Pada 23 September yang lalu, seorang wanita dari China dikatakan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika menaiki kapal terbang. Wanita berkenaan telah membuka pintu kecemasan kapal terbang yang dinaikinya. Menurut laporan media tempatan, pesawat tersebut telah bersedia untuk berlepas menuju ke Wuhan, China dari Lanzhou. Walau bagaimanapun, tindakan penumpang berkenaan telah menyebabkan penerbangan itu […]
“Terasa Nak Minum Air Sirap, Tiba-tiba Orang Hulur Air Ros..” Anak Setia Jaga Ibu, Dapat Rasa ‘Keajaiban’ Tanah Suci
Semua pasti ingin dijemput menjadi tetamu Allah di Mekah demi melaksanakan Rukun Islam Kelima. Tanah suci yang terlalu istimewa untuk umat Islam sehingga membuatkan mereka yang pernah mengunjunginya berasa tenteram dan tindu untuk kembali. Pelbagai perasana bercampur baur tatkala menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW, mulut dan hati pasti tidak putus-putus mengucapkan syukur […]
385 Pusat Bekalan Tadahan Air Bukit Dibina Di Kelantan
GUA MUSANG, 26 Sept (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) sudah membina 385 pusat bekalan tadahan air bukit untuk keperluan 90,574 penduduk luar bandar di Kelantan. Jurutera Kesihatan Umum, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Harizah Hamzah berkata pembinaan projek bekalan tadahan air bukit bermula 1985 itu sebahagiannya dinikmati penduduk […]
Amy Search Zahirkan Ucapan Takziah, Doakan Semoga Tuhan Terima Taubat Arwah Yazit
Pada hari ini, kita telah dikejutkan dengan pemergian salah seorang daripada anggota kumpulan rock lagenda tanah air iaitu Yazit ahmad. Allahyarham serta anggota kumpulan lain yang terdiri daripada Amy, Hillary Ang, Nasir, dan Zainal pernah menghiburkan kita semua menerusi lagu-lagu yang pernah hits dan masih segar dalam ingatan kita antaranya ialah Issabella, Fantasia bulan madu, […]
Selepas Jerebu, Gempa Bumi Kuat Pula Goncang Pulau Maluku Hingga Meragut Nyawa
JAKARTA, 26 Sept (Bernama) — Gempa bumi bermagnitud 6.8 Skala Richter menggoncang kepulauan Maluku, Indonesia, pada pukul 6.46 pagi waktu Indonesia Barat. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berpusat di 40km timur laut Ambon-Maluku di kedalaman 10km dan tidak mencetuskan tsunami. Tiga gempa susulan bermagnitud 3.2 hingga 5.6 Skala Richter dicatatkan berlaku […]
(Video) Cemburu Tengok 2 Anak Sendiri Noda Anak Angkat, Mak Cekik Dan Bunuh Mangsa Usia 5 Tahun
Cibadak, Indonesia – Kerana pengaruh video lucah, dua orang remaja bersama ibu mereka bertindak kejam apabila bersekongkol melakukan jenayah rogol dan bunuh ke atas anak angkat keluarga mereka berusia 5 tahun. Menurut Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi, mangsa pada mulanya diperkosa oleh salah seorang saudara angkatnya (RD) berusia 14 tahun di dalam bilik air rumah […]
”Kejadian Terpencil, Kemalangan Dalam Latihan”, TDM Dedah Keputusan Siasatan Kes Kematian Mejar Zahir
Lembaga siasatan insiden melibatkan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya akibat tertembak peluru ketika demonstrasi awal September mengkalifikasikan kejadian tersebut sebagai kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan. Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini, pihak lembaga mendapati peralatan yang digunakan ketika demonstrasi tersebut berada dalam keadaan baik. “TDM […]
Anggota Polis Maut Langgar Babi Di Gerik
Gerik : Seorang anggota polis maut akibat melanggar seekor babi di Kilometer 50.3 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dekat Padang Grus, Lenggong, malam tadi. Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata mangsa Koperal Mohd Rafizu Che Hasli, 33, yang merupakan anggota Balai Polis Selat Pagar meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa yang […]
Hujan Hasil Pembenihan Awan Tidak Jejas Kesihatan – MetMalaysia
Kuala Lumpur : Orang ramai tidak perlu bimbang dengan hujan hasil operasi pembenihan awan (OPA) kerana ia tidak menjejaskan kesihatan, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon. Beliau berkata MetMalaysia menggunakan kaedah pembenihan basah (wet seeding) melalui garam dengan kandungannya natrium klorida atau jenis garam masakan dilarutkan dalam air dan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). “Orang ramai tidak perlu […]

Khabar Duka, Yazit Search Pulang Ke Rahmatullah
Yazit Ahmad, pemain dram kumpulan rock legenda Search, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di usia 55 tahun selepas menderita akibat kerosakan otak. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di facebook rasmi beliau, allahyarham disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.53 pagi di sisi keluarga dan sahabat handai beliau. Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati, […]

Kes Amuk Bayan Lepas : Polis Kenal Pasti Tiga Suspek Keluar Kenyataan Sensitif
Kuala Lumpur : Polis telah mengenal pasti tiga lelaki yang disyaki mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung kes polis tembak mati seorang individu dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Isnin. Ketua Penolong Pengarah D5 Pendakwaan/Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Mior Farid Alatrash Wahid berkata dua daripada lelaki itu berasal dari Kedah manakala seorang lagi dari […]
(Video)Rumah Melayu Yang Tersepit Di Tengah-Tengah KL, Jadi Semangat Perjuangan Warisan
‘Rumah Degil’ yang terdapat di Chow Kit di tengah-tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur kembali mendapat perhatian ramai apabila timbul isu tanah yang terdapat di Kampung Baru pada waktu ini. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui sejarah sebenar mengenai rumah tersebut. Melalui satu perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki telah menceritakan serba sedikit mengenai […]
“Tak Pernah Sangka Muka Terpampang Dekat Motor Franco Morbidelli, Betul lah Orang Cakap Jangan Give-up”
Pergh, mesti best kan kalau muka kita ni diabadikan dekat motor PETRONAS Sepang Racing Team berlumba di MotoGP Malaysia nanti. Macam mustahil je bunyinya tapi ni lah misi #PengejarImpian yang korang semua berpeluang dapat. Takde benda yang mustahil. Bila dah terpampang muka korang nanti, masa tu baru terfikir, “Tak pernah sangka muka aku terpampang dekat […]
Lagi Kejadian Kebakaran Hutan, Lebih 2 Juta Ekor Hidupan Liar Dipercayai Mati Terbakar
Lebih 2 juta haiwan liar termasuk jaguar, puma dan llama, dipercayai mati dalam kebakaran hutan yang telah berlaku selama beberapa minggu, di Bolivia. Api kebakaran itu memusnahkan hutan tropika Chiquitania yang terletak di timur negara itu. “Kami telah berunding dengan pakar biologi dari Chiquitania dan telah menganggarkan bahawa lebih daripada 2.3 juta haiwan telah hilang […]
Individu Pertikai Nasihat Perubatan Diberikan, Dr Amalina Tampil Bidas Dengan Kenyataan “Win”
Sekiranya bercakap mengenai Dr Amalina Bakri, pastinya kebanyakan rakyat Malaysia mengenali individu yang sedang berkhidmat di United Kingdom sebagai pelatih pakar bedah. Sejak beberapa bulan yang lalu, namanya menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila memulakan usaha untuk mendapatkan rawatan terhadap bayi kecil, Ainul Mardhiah yang menghidapi kanser sel tumor pada bahagian mulutnya. Dr Amalina juga dikenali […]
Lelaki Kongsi Detik Cemas Sambut Bayi Di Rumah Hanya Dengan Bimbingan Staf Kesihatan Melalui Telefon
Siapa tak cuak kalau terpaksa berhadapan situasi cemas dalam keadaan tiada persediaan mental dan fizikal. Bahkan, tak ramai yang mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang kesihatan dan pertolongan cemas. Namun, apabila dalam situasi terdesak, kadangkala kita dapat melakukan sesuatu yang tidak pernah terjangka sebelumnya. Seorang pengguna Facebook baru-baru ini berkongsi pengalamannya menyambut sendiri bayi bersama […]

”Mesin Hayat Yazit Akan Dicabut Bila-Bila Masa”- Abang
Abang kepada bekas anggota kumpulan Search, Yazit Ahmad yang ketika ini sedang dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur memaklumkan mesin bantuan hayat yang dipasang kepada pemain drum terkenal itu akan dicabut pada bila-bila masa mulai 8.35 pagi tadi. ”Semua dijemput menghadir kan diri ke masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati untuk solat jenazah […]

Lori Bawa 20,000 Liter Bahan Kimia Terbalik Di Bagan Serai
IPOH, 25 Sept (Bernama) – Selepas lebih 16 jam atau setakat pukul 9 malam ini, lori tangki dengan muatan kira-kira 20,000 liter cecair kimia jenis ‘Acetone’ yang terbalik ke dalam parit di Kampung Parit Mentara 3, Bagan Serai, belum dapat dikeluarkan. Lori tangki itu yang dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Pulau Pinang, terbabas sebelum […]
Pesawat Hypersonik ‘Angkasa’ 3 Kali Lebih Pantas Dari Bunyi, Waktu Penerbangan Tersingkat Hingga 80%
Tempoh penerbangan dari London ke Sydney yang mengambil masa hampir 22 jam dikatakan boleh menjadi 80% lebih singkat pada tahun 2030, sekiranya hasrat untuk mencipta pesawat menggunakan enjin roket hypersonik yang sedang dibangunkan di United Kingdom menjadi realiti. Agensi Angkasa UK mengumumkan semalam di Persidangan Angkasa UK 2019 bahawa mereka akan bekerjasama dengan Agensi Angkasa […]