Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik
Siapa tak cuak kalau terpaksa berhadapan situasi cemas dalam keadaan tiada persediaan mental dan fizikal. Bahkan, tak ramai yang mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang kesihatan dan pertolongan cemas.
Namun, apabila dalam situasi terdesak, kadangkala kita dapat melakukan sesuatu yang tidak pernah terjangka sebelumnya. Seorang pengguna Facebook baru-baru ini berkongsi pengalamannya menyambut sendiri bayi bersama isterinya di rumah mereka.
Kata Fahmi Jamil, jika ikutkan tarikh yang telah dijadualkan, isterinya, Noor Kamila Abdullah dijangka bakal melahirkan pada 24 September, namun pada subuh 14 September, Kamila tiba-tiba mengalami kontraksi berlanjutan sehinggalah dia akhirnya terpaksa bersalin di rumah.
Jom baca perkongsian tersebut di bawah.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bulan ni September 2019 ditakdirkan saya dan isteri menimang cahaya mata kedua. Sepatutnya isteri saya dijangka bersalin pada 24/9 ini. Lebih kurang 2 minggu sebelum jangkaan, semasa pergi check up rutin di Klinik Kesihatan Ibu Anak, doktor scan baby sudah turun dan bersedia untuk bersalin.

Hari Ahad 14/9, pagi jam 2, isteri mula rasa sakit. Dia ingatkan sakit yang biasa sahaja. Sakit lagi jam 4, dia bangun dan tak boleh tidur. Masa ini dia belum lagi kejutkan saya tengah tidur. Dia sempat siapkan makanan untuk Qilah, anak perempuan kami yang sulung. Memang isteri saya akan siapkan makanan setiap pagi untuknya dibawa ke pengasuh.
Saya lantas bangun dan tanya, sempat mandi dan subuh tak? Isteri saya jawab, “Ya boleh, sempat. Lepas solat kita pergi”. Kami solat jemaah bersama.
Saya ingat lagi doa saya lepas solat pagi tu bersama isteri,
Saya baca kuat sekurang-kurangnya isteri dapat kekuatan dari doa suami. Saya peluk dia.
Selesai semuanya, mereka menghantar anak sulung ke rumah pengasuh dan terus ke hospital.

Walaubagaimanapun, setelah berjumpa doktor untuk pemeriksaan, mereka diberitahu bahawa ‘pintu’ masih belum buka dan jantung bayi normal. Mereka diberi pilihan sama ada isteri mahu masuk ke wad atau pulang ke rumah.
Disebabkan jarak rumah ke hospital agak dekat, mereka mengambil pilihan untuk pulang ke rumah. Jururawat turut berpesan untuk terus ke hospital jika ada tanda yang muncul.
Jam 11 pagi. Isteri cakap kena pergi hospital. Tak ada tanda pecah ketuban atau pendarahan tetapi kali ini rasa sakit sangat. Saya bergegas keluar dan siapkan kereta. Isteri keluar berjalan perlahan menahan sakit. Belum sempat saya tutup pintu rumah, Isteri cakap macam nak buang air besar dulu.
Masa tu saya dah mula cuak. Saya tanya Isteri,
Boleh tak kalau pergi ke hospital dulu apa apa pun?
Dia jawab, tak boleh. Kena pergi tandas dulu. Kami masuk semula. Isteri masuk tandas dan lepas beberapa ketika dia jerit,
Allah! Ujian apa yang kau nak berikan hari ini.
Saya dah mula panik, saya cakap kita tak boleh beranak kat sini sayang! Tolong ya Allah! Hanya kami berdua saja yang ada di rumah ni. Isteri cakap dah tak boleh naik kereta dah. Kena call ambulans. Saya call 999 untuk ambulans dan beri details.
Suasana semakin tegang. Isteri mengadu sakit buatkan saya lebih gelisah dan tak tahu nak buat apa.
Di tandas jawab saya.
“Encik periksa samada ada pendarahan atau tidak?” Tiada jawab saya. Isteri saya dalam keadaan berdiri ketika itu menahan sakit.
Saya ikut apa diajarkan sambil bertanya dalam keadaan panik, “Bila ambulans nak sampai ni Encik? Isteri dah sakit sangat ni!”
Staf tersebut menjawab, “Tenang Encik, bab ambulans dah selesai. Sekarang kita kena pastikan Isteri dan anak selamat. Percayalah dan ikut cakap saya.”
Sepanjang masa tak putus putus memastikan saya dalam keadaan tenang. Hanya saya dan Isteri sahaja ketika itu. Jika tak bertindak dengan betul, ia melibatkan 2 nyawa.
Beliau sangat memainkan peranan ketika ini. Suara inilah yang menjadi turning point kepada saya untuk kuat berhadapan dengan situasi ini.
Beliau bertanya samada sudah nampak kepala atau tidak? Ya, dan sudah nampak rambut. Jawab saya. Saya sentuh untuk pastikan. Ya betul kepala.
Beliau berpesan jangan sesekali menahan untuk bersalin. Setiap kali ada contraction, terus teran semampu boleh. Suami perlu sentiasa sokong isteri. Biar dia teran dan lepas. Nampak kepala baby keluar sedikit demi sedikit. Saya bimbing isteri dalam keadaan masih panik.

Tubuh kecil yang berlumuran darah pekat merah. Tangisan pertama bayi kuat memecah suasana cemas tadi sebaik saja dia keluar dari rahim ibunya. Tak henti-henti menangis. Allahuakbar! Hebatnya percaturan Tuhan. Dia tunjuk kebesaranNya masa itu.
Saya pegang anak saya yang baru lahir itu terasa seperti separa sedar. Rasa suam badan dia bergerak atas tangan saya. Seperti tak pasti realiti atau mimpi. Sesekali kedua tangan kaki comelnya bergerak gerak menyentuh tangan saya dan kaki isteri.
Saya sambung bercakap dengan staf hospital di talian, beritahu anak dah keluar dan menangis kuat. Sekarang risau pula baby tak berhenti menangis.
Beliau cakap itu petanda yang baik. Kemudian minta saya ambilkan tuala bersih dan balut anak itu. Lap matanya, hidung, dan mulut. Periksa samada dia bernafas dengan baik. Pastikan baby tak sejuk.

Tidak lama selepas itu, ambulans pun tiba untuk membawa isteri dan bayi mereka ke hospital.
Menurut Fahmi, isterinya dimasukkan ke wad dan dibenarkan keluar sehari selepas bersalin manakala anaknya diberikan antibiotik sebelum dibenarkan pulang 4 hari kemudian.
1. Ambil tahu berapa minggu kandungan Isteri. Apa penyakit Isteri. Buku merah sentiasa ditangan. Ia umpama passport untuk orang bersalin apatah lagi dalam keadaan memaksa bersalin di luar hospital. Bila doktor sampai di rumah saya, doktor minta buku merah dulu untuk rujukan sekiranya terdapat apa apa masalah pada Ibu dan bayi sebelum ni.
2. Jangan sesekali tinggalkan ibu yang hampir dengan due date nak bersalin keseorangan dirumah.
3. Pastikan telefon berfungsi. Bateri sentiasa cukup. Telefon berfungsi dengan baik untuk buat panggilan. Hampir setengah jam sepanjang tempoh bersalin dan dengar panduan pihak hospital melalui telefon. Bayangkan jika saya tak boleh buat panggilan. Pastikan telefon sentiasa ada.
4. Jangan panik sekiranya isteri beritahu sakit hendak bersalin. Tanya keadaan isteri samada boleh bergerak atau tidak. Jika boleh bawa kereta, jangan terburu buru, pandu dengan cermat. Ingat kereta kita bukan ambulans nak pecut lelaju.
5. Simpan nombor telefon Klinik Kesihatan Ibu Anak yang kita pergi check up. Simpan dalam telefon. Mereka ini paling dekat dengan kita. Bantuan lebih cepat sementara pihak hospital sampai. Ini kesilapan saya. Ketika kejadian, saya hanya fikir nombor kecemasan 999 sahaja. Buku merah pula ketika itu dalam kereta.
6. Telefon Klinik Kesihatan terdekat beri maklumat penuh dengan tenang supaya penyampaian maklumat itu jelas. Masa ni kita akan kelam kabut. Cuba sehabis baik untuk bertenang. Jika maklumat tak jelas, akan menyukarkan lagi proses.
7. Beritahu pada mereka jika isteri betul-betul dah nak bersalin. Dalam kes saya bila telefon kecemasan 999, mereka sambung pada pihak hospital dan bantu sementara ambulans sampai. Ceritakan apa saja yang nampak pada Isteri. Darah, air atau apa apa saja yang kita nampak. Tenang dan lakukan apa yang disuruh.
8. Sentiasa bersama pihak hospital sepanjang tempoh itu sementara bantuan sampai.
9. Bukan mudah proses untuk ambulans datang memberi bantuan. Segalanya bergantung kepada maklumat yang kita beri. Jika bayi tak cukup bulan, mereka perlu hantar Pakar. Jika kita dirumah kelam kabut, mereka di hospital sedang bertungkus lumus memastikan supaya bantuan tiba dengan betul.

Fahmi yang masih trauma memikirkan segala kemungkinan buruk ketika kejadian itu turut berpesan kepada orang ramai agar tidak mengamalkan kelahiran di rumah tanpa pengamal perubatan yang bertauliah kerana ianya sangat berisiko dan berbahaya.
Nasihat saya kepada mereka yang mungkin mula atau sudah berjinak dengan kumpulan pro-choice, homebirth, kelahiran alami, atau apa saja pilihan ‘alternatif’ yang sewaktu dengannya, yang diselia atau dipimpin oleh orang yang tidak bertauliah dari badan yang sah, elakkan dari terjebak. Buanglah niat untuk menyambut kelahiran sendiri di rumah.
Kita bukan ahlinya.
Nada dan gaya suaranya bercakap dengan saya ketika kecemasan itu seolah olah kami dah kenal lama. Seperti keluarga atau sahabat baik. Rasa keikhlasan dia bekerja membantu saya. Sangat tenang dalam mengawal emosi saya dengan hanya di telefon.
Mungkin dia juga cemas kerana risiko nyawa 2 insan masa itu, namun suara inilah yang memimpin tangan saya ini menyambut zuriat kedua kami. Beri sepenuh keyakinan dan harapan kepada saya.


Syukur atas segalanya. Pasti detik ini menjadi pengalaman yang tak mungkin dilupakan!
Sumber: Fahmi Jamil