Berita

Bukan Hanya Y15, Semua Motosikal Diubah Suai Akan Diambil Tindakan -JPJ
Miri – Penguatkuasaan terhadap motosikal yang dimodifikasi bukan sahaja melibatkan pemilik motosikal jenis Yamaha 15ZR atau Ysuku sahaja, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid. Menurutnya, semua pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan mereka dengan melanggar spesifikasi JPJ akan dikenakan tindakan, bukan semata-mata memfokuskan kepada pemilik Ysuku sahaja. “Saya perlu perbetulkan, […]
Pertahan Hingga Hujung Nyawa, ‘Rumah Degil’ Di Tengah Kuala Lumpur Kekal Utuh, Jadi Iktibar Ramai
Sejak kebelakangan ini, media sosial hangat membicarakan mengenai isu tanah yang terdapat di Kampung Baru. Pelbagai spekulasi timbul seperti pemilik tanah enggan untuk menjualkan tanah milik mereka walaupun telah ditawarkan pada kadar tertinggi. Disebalik isu berkenaan, seorang individu melalui akaun Facebook miliknya telah berkongsikan kisah mengenai Rumah Degil yang terletak ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. […]

“Aku Suka Kena ”Road Bully” Ni, Tapi Aku Mengalah Dulu”, Pemuda Kongsi Apa Patut Buat Bila Kena Buli Di Jalan Raya
Isu buli jalanan bukanlah hal yang ringan kerana silap hari bulan, ia boleh mendatangkan kecederaan serius bahkan meragut nyawa seperti yang berlaku di Lebuhraya PLUS tempoh hari. Terbaru, dua lelaki bergaduh di plaza tol akibat ketidak puasan hati sesama mereka dengan disaksikan oleh anak salah seorang pemandu dan isterinya yang bertindak merakam detik berkenaan. Hal […]

Lelaki Disyaki Ahli Sindiket Pemerdagangan Manusia Ditembak Mati – Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 24 September (Bernama) – Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki anggota sindiket pemerdagangan manusia warga asing mati ditembak polis di Jalan Bandar 10, Puchong dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, lelaki terbabit dikatakan membawa lapan pendatang tanpa izin rakyat Myanmar dengan menaiki kereta jenis Perodua Alza. Ketua Polis Negara Tan […]
Pelajar Malaysia Di Pekanbaru Dan Jambi Dievakusi Esok
JAKARTA, 24 September (Bernama) – Pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, dijadual dievakuasi keluar dari wilayah itu, esok. Menurut sumber, pelajar yang akan dibawa pulang ke Malaysia, dijadualkan bermula pagi esok, manakala pelajar yang akan dievakuasi ke Jakarta, dijadual tiba pada jam 6 petang. Belum terdapat butiran lengkap mengenai penerbangan evakuasi itu. Pelajar yang dievakuasi […]

(Video) Ngeri Tengok Jalan Raya Merekah, Gempa Bumi Kuat Goncang Pakistan, ‘Telan’ 19 Nyawa
Gempa bumi 5.8 magnitud menggegar timur Pakistan dan membunuh sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan lebih daripada 300 orang. Menurut pegawai, gempa itu dilaporkan terjadi berhampiran dengan bandar Mirpur, di Kashmir yang dikendalikan oleh Pakistan. Banyak video dan gambar mula berlegar di media sosial, salah satu daripadanya adalah rakaman di mana kenderaan-kenderaam tersadai tepi dan ada yang […]

Dah Bergaduh Di Tol, 2 Lelaki Jadi Kawan Baik Lepas 9 Jam Dalam Tahanan Polis
Lima hari lalu tular di laman media sosial mengenai insiden kejar-mengejar di antara sebuah kenderaan jenis van Hiace dan Mazda CX5 yang didakwa berlaku plaza tol di Ibu Negara. Suasana menjadi semakin tegang apabila berlakunya pergelutan diantara kedua-dua pemandu hingga mengakibatkan kecederaan. Berikutan itu, mereka dipenjara sehari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas […]
Lebih RM23,000 Kompaun Dikeluarkan Terhadap 97 Perokok Ingkar
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan kompaun berjumlah RM23,650 kepada 97 perokok termasuk 11 warga asing dan tiga perokok bawah umur dalam operasi anti-merokok hari ini. Seramai 87 anggota jabatan itu dan wakil Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai terlibat dalam ‘Ops Penang Sihat 10/2019’ itu yang […]

Ibu Nakhoda Hidup Membantu Ibu-Ibu Usahawan Menerusi Tabung Hulurkan Harapan
KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2019 – Program Keusahawanan Ibu Nakhoda Hidup usahasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls) mengakhiri perjalanan tahun kelima setelah menjelajah ke 10 lokasi MYDIN sejak Mac tahun ini dan menyaksikan peningkatan positif dari ibu-ibu usahawan seluruh Malaysia. Untuk tahun […]
“Alhamdulillah, Hujan Lebat Usir Jerebu,” Netizen Panjat Syukur, Banyak Kawasan Dah Mula Dibasahi Hujan
Dalam kenyataan terbaru oleh Jabatan Meteorologi, Malaysia bakal mengalami Fasa Peralihan Monsun yang dijangka bermula hari ini dan berterusan sehingga awal November 2019. Dimaklumkan juga bahawa dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir. Berikutan itu, kebanyakan kawasan diramalkan […]
Cetus Kontroversi Keberadaan ‘Rumah Paku’, Kementerian Wilayah Persekutuan Tampil Mohon Maaf
Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai perkongsian yang dibuat oleh Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan yang memaparkan rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan. Menerusi posting berkenaan, rata-rata warganet mendakwa bahawa pihak kementerian tidak profesional di dalam usaha menangani isu pembangunan di Kampung Bharu. Malah, mereka juga menganggap bahawa pihak kementerian tidak perlu […]

Sering Dilabel ‘Mulut Puaka’, Siapa Sangka Chef Wan Duda Idaman Malaya
Bila sebut sahaja nama Chef Wan, pasti semua akan terkenangkan celoteh Chef selebriti yang disegani dan dikenali ramai ini. Selain peribadi yang menghiburkan, ramai mengetahui beliau mempunyai suara yang lantang dalam menyuarakan pendapatnya di media sosial. Namun, siapa sangka pendedahannya kali ini mengejutkan ramai kerana berkaitan dengan bekas isteri beliau. Rupanya di sebalik ‘mulut puaka’ […]
‘Singa’ Milik Singapura Terancam, Patung Ikonik ‘Merlion’ Tertinggi Bakal Dirobohkan
Setiap kali mengunjungi Singapura, satu perkara yang tidak mahu dilepaskan oleh kebanyakan pelancong ialah melawat tugu ikonik Singapura, patung Merlion. Para pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di sekeliling Merlion tersebut dan memuat naik gambar ke dalam media sosial bagi membuktikan mereka telah sampai di Singapura. Namun, dalam siaran akhbar pada 20 September lepas, […]
(Video) Satu Keluarga Dapat Hidayah Peluk Islam, Detik Indah Dirakam Sayu
Siapa pernah menyangka, hidayah daripada Allah akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Beruntunglah golongan-golongan yang menerima hidayah terutamanya bagi orang yang baru sahaja memeluk Islam. Perkara ini kerana seseorang itu seperti mendapat kehidupan baru yang pastinya lebih baik dari sebelumnya. Menerusi beberapa ciapan melalui akaun Tweet Islamik di laman Twitter, terdapat perkongsian mengenai kisah […]
Riau Diisytihar Daurat Jerebu, IPU Melebihi 500
Jakarta : Provinsi Riau diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500. Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa. Memetik media tempatan, Syamsuar berkata pemerintah Riau kini menyediakan tempat pemindahan sementara yang kondusif terutamanya untuk anak-anak dan wanita hamil. Sementara itu Pengarah […]

Sayu, Bangsal Jadi Tempat Berteduh Lapan Sekeluarga
Kota Bharu : Kerana tidak mahu membebankan penyewa kerana lambat membuat bayaran sewa rumah, lapan sekeluarga nekad meninggalkan rumah sewa yang didiami di Panchor, Pengkalan Chepa dan memilih untuk tinggal di dalam bangsal di Pantai Mek Mas di sini. Pengamal perubatan Islam, Imran Amin, 59, yang berasal dari Pekan, Pahang berkata mereka sekeluarga meninggalkan rumah […]
Darurat Jerebu : Pelajar Malaysia Di Pekanbaru Dan Jambi Dipindahkan
Putrajaya : Seramai 280 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia akan dipindahkan ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Daripada jumlah tersebut, 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia manakala 120 akan dipindahkan ke Dewan Malaysia di Jakarta, Indonesia, kata NADMA dalam kenyataan hari ini. NADMA, Wisma Putra […]
“Abah Nampak Padang Masyar Masa Koma, Tiga Malam ‘Cahaya’ Datang Tunggu Masa Cabut Nyawa”
Kejadian yang berlaku kepada orang lain seringkali Allah turunkan sebagai pengajaran untuk kita bermuhasabah dalam diri. Seperti perkongsian oleh seorang pemuda mengenai kejadian yang menimpa bapanya setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa bulan lepas. Akibat insiden itu, bapanya mengalami kecederaan parah hingga koma selama sebulan lebih. Di dalam tempoh tersebut, bapanya berdepan beberapa […]
(Video) Aksi Gajah Berenang Di Tasik Kenyir Jadi Perhatian Netizen
Kuala Terengganu : Mamalia terbesar di darat iaitu gajah juga mempunyai kebolehan untuk berenang jauh dalam air menggunakan belalainya untuk bernafas di permukaan, namun peluang untuk menyaksikan haiwan itu berenang adalah sesuatu yang jarang diperoleh. Bagi Mohd Suwardi Muhamad Azmi, 37, pengalamannya terserempak dengan seekor gajah yang sedang berenang di Tasik Kenyir di Hulu Terengganu […]
(Video) Langit Merah Kembali Reda, Jambi Disimbahi Hujan Rahmat, Penduduk Sujud Syukur
Ekoran fenomena jerebu yang melanda beberapa negara di Asia, Indonesia dilihat sebagai negara yang paling terkesan ekoran kualiti udara di sana berada di tahap yang sangat merbahaya. Apa tidaknya, menerusi rakaman tular sebelum ini, ruang langit di daerah Jambi, Indonesia yang sepatutnya berwarna kebiruan bertukar menjadi kemerahan. Kesan daripada itu, penduduk sekitar terpaksa bernafas dalam […]