Berita

Berita
Wabak Polio Kembali Wujud di Filipina, Doktor Malaysia Mungkin Perlu Bongkar Muzium Untuk Alat Rawatan Wabak “Prasejarah”
Setelah 19 tahun negara-negara Asia Tenggara disahkan bebas polio oleh World Health Organization, saintis Filipina mengumumkan kewujudan kembali penyakit ini di negara tersebut. Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari Lanao del Sur telah disahkan dijangkiti penyakit berkenaan manakala seorang lagi pesakit paralisis flaksid akut disyaki menghidapi penyakit yang sama. Polio merupakan satu penyakit bawaan virus […]
Berita
Pengguna Diminta Cuci Topeng Muka Selepas Guna 4 Jam, Kuman Terkumpul Boleh Undang Penyakit Lain
Orang ramai yang menggunakan topeng muka semasa musim jerebu ini disarankan untuk menukar atau mencuci topeng muka selepas menggunakannya selama empat hingga enam jam bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit lain. Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Datuk Dr R. Kannan menyatakan bahawa tempoh luput sesuatu topeng itu bergantung pada kualiti bahan yang digunakan. […]
Berita
Pelajar Malaysia Di Medan Meninggal Akibat Jangkitan Kuman Pada Tonsil
SEMARANG (Jawa Tengah), 21 Sept (Bernama) — Seorang pelajar Malaysia meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada tonsil di Medan, Sumatera. Nurul Arifah Ahmad Ali, 20, pelajar Fakulti Kedoktoran, Universiti Sumatera Utara, disahkan meninggal dunia jam 2.30 pagi tadi di Rumah Sakit Umum Pusat (Hospital) H. Adam Malik, Medan. Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI), Prof Madya […]
Berita
(Video)Tular Rakaman Bangkai Ular Didakwa ‘Berkaki’ Ditemui Jadi Mangsa Kebakaran Hutan Di Riau?
Baru-baru ini tular video penemuan seekor ular yang mati dalam kebakaran hutan di Indragiri Hulu, Riau, Indonesia. Dalam video berkenaan, beberapa penduduk telah menemui seekor ular yang hangus ditemui selepas kebakaran di lokasi tersebut padam. Sambil meneliti fizikal haiwan tersebut, mereka mendakwa terdapat dua kaki pada badan ular tersebut. Walaubagaimanapun, Ahli Herpetologi Lembaga Ilmu Pengetahuan […]
Berita
“Puncanya Aku Makan Semua Nak Extra Pedas” Insaf, Lelaki Kongsi Betapa Seksanya Kena GERD
Sakit tidak mengenal usia. Semasa sihatlah kita perlu menjaga kesihatan dengan baik kerana bila dah sakit, segalanya tidak akan sama seperti dulu walaupun kita telah menjalani rawatan. Seorang pengguna Twitter, Naufalantezem berkongsi pengalamannya mengalami sakit perut yang teramat sangat akibat dari cara pemakanannya yang tidak sihat. Jom baca perkongsiannya. “Lebih dua minggu aku menahan sakit […]
Berita
Ceroboh Wilayah Negara, APMM Halau Kapal Penguatkuasa Vietnam Di Laut Terengganu
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya mengusir keluar sebuah kapal penguatkuasa Vietnam yang mengganggu APMM menjalankan tugas ketika menahan sebuah bot nelayan daripada Vietnam kerana menceroboh sempadan perairan Malaysia untuk merompak hasil laut negara di Terengganu pada 18 September lalu. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Haji Ibrahim Bin […]
Berita
Rampasan Dadah Terbesar Negara, Kokain Dalam Arang Batu Bernilai RM 2.4 Bilion Dirampas Di Pulau Pinang
George Town – Polis berjaya merampas 12 tan kokain dicampur arang batu bernilai RM 2.4 bilion dalam tiga kontena di Terminal Kargo Utara Butterworth daripada satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa pada 10 September lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada sidang media di Balai Polis Bayan Baru semalam berkata, polis menerusi Op […]
Berita
Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik Meninggal Dunia
PONTIAN, 21 Sept (Bernama) — Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik meninggal dunia sekitar 6 pagi tadi di Hospital Pontian, dekat sini. Pemergian Ahli Parlimen Tanjung Piai itu disahkan oleh Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor Mohd Solihan Badri. “Beliau yang dimasukkan ke hospital pagi tadi, dipercayai […]
Berita
Balu Mejar Zahir Pohon Hentikan Spekulasi Kematian Suaminya
KUALA LUMPUR, (Bernama) — “Saya mohon jangan dibangkitkan benda yang bukan-bukan berkaitan pemergian arwah suami, kesian arwah yang telah tiada”, kata balu Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut dalam insiden tertembak ketika membuat aksi gimik pada Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini. Nour […]
Berita
Lelaki Berkelakuan Aneh Kantoi, Lakukan Hubungan Terkutuk Dengan Kon Di Tempat Awam
Seorang lelaki mengaku bahawa dia telah melakukan hubungan seksual dengan kon pembersihan di stesen keretapi Wigan semasa mabuk. Lelaki yang berumur 38 tahun itu telah ditemui di dalam lif dalam keadaan seluarnya terlucut sehingga paras buku lali manakala pinggulnya disumbatkan ke dalam kon itu. Semasa dia diberhentikan daripada perbuatannya itu, polis telah mengesan satu bahan […]
Berita
Jerebu: 18 Kawasan Masih Dalam Kategori Tidak Sihat
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Kualiti udara di negara ini pada keseluruhannya bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pagi ini menunjukkan penurunan dan tiada kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat. Setakat pukul 8 pagi ini, 18 kawasan mencatat bacaan tidak sihat iaitu lapan di Sarawak iaitu Sri Aman (170); Kuching (179); Samarahan […]
Berita
”Wakafkan Masjid Segah Ini, Sediakan Ruang Kubur Untuk Dikebumikan,” Kisah Hebat Pengasas RHB
Kekayaan yang diperolehi di dunia ini andainya dialirkan untuk akhirat kelak, menjadi saham bekalan ketika berada di sana. Seperti satu tokoh hebat di dalam arena perbankan negara di mana kisahnya memberi inspirasi kepada ramai. Tidak lain tidak bukan, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, pengasas RHB Berhad. Ramai yang tidak menyangka, masjid gah persis Masjid Nabawi […]
Berita
Pelajar Bersyukur Motor ‘Ysuku’ Tak Lesap, Individu ‘Misteri’ Tolong Simpan Kunci
Sifat jujur merupakan sifat yang perlu diterapkan dalam diri setiap orang kerana memberikan kehidupan yang lebih baik. Tidak kiralah kepada sesiapa pun, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat perlu prihatin terhadap nasib orang lain. Seperti yang dikongsikan oleh seorang individu melalui laman Twitter, dia berkongsikan pengalamannya berjumpa seorang individu jujur yang tidak akan dapat dibalas […]
Berita
Keadaan Jerebu Di Seluruh Negara Beransur Pulih
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Keadaan jerebu bertambah baik hampir di kesemua kawasan pada tengah malam ini berbanding petang tadi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan penurunan. Bagaimanapun, Sri Aman, di Sarawak masih lagi mencatatkan paras bahaya walaupun merekodkan penurunan bacaan IPU daripada 405 pada pukul 7 malam tadi kepada 379, setakat 11 malam ini. […]
Berita
(Gambar&Video) Cinta Pertama Zamani Di Jinjang Pelamin Pada Usia 48 Tahun
Bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, telah menamatkan zaman bujangnya di usia 48 tahun dalam satu majlis tertutup yang diadakan pada malam ini. Perkara tersebut dikongsikan oleh page rasmi peminat zamanislamborneo menerusi sebuah video dikatakan sewaktu majlis pernikahan mereka. Malah, sekeping gambar turut dimuatnaik selepas itu yang menunjukkan keberadaan Zamani di sebuah butik pengantin. View […]
Berita
Lebih 4,000 Perkongsian, Wanita Ini Dedah Balasan Suami Kepadanya Setelah Dia Beranak Ramai
Apabila melahirkan cahaya mata, pastinya tugas seorang isteri bertambah. Beban yang dipikul itu selalunya bertambah berat apabila si isteri terpaksa menguruskan anak-anak yang lain tanpa bantuan suami. Bukan mahu mengeluh, tetapi itulah realiti sebenar yang perlu dilalui oleh setiap wanita bergelar isteri dan ibu. Namun, perkongsian seorang wanita mengenai suaminya yang mampu melakukan segala tugasan […]
Berita
Jerebu di Sarawak Punca Peningkatan Penyakit – KKM
Negeri Sarawak terutamanya di Bahagian Sri Aman dilihat sebagai kawasan yang paling teruk terjejas akibat cuaca jerebu. Berikutan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai situasi terkini berkaitan jerebu di Sarawak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di […]
Berita
Tersipu-Sipu Pelajar Ini Peragakan Pakaian Sekolah, Sebelum Ini Hanya Mampu Berpakaian Biasa, Terima Kasih Cikgu
Bukan semua orang terutamanya kanak-kanak mendapat nasib yang baik ketika menempuh kehidupan di atas dunia ini. Faktor kesusahan seperti kemiskinan boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Namun, sekiranya golongan ini diberikan peluang untuk belajar seperti kanak-kanak yang lain, sudah pastinya dia akan gembira malah turut dapat mengukir senyuman bagi orang-orang di sekeliling. […]
Berita
‘Stress’ Bila Kena Beratur Panjang Nak Keluarkan Duit Di Mall, Ini Cara Paling Cepat ‘Shopping’ Tanpa Cash
Masa tu aku excited tau nak pergi mall sebab ada sale. Aku memang suka shopping time ada sale ni, jimat sikit. Yelaa, sapa je yang tak suka jualan murah kan? Tapi tau tak, masa aku sampai mall tu nak keluarkan duit, peh, ramai sangat orang yang beratur weh! Paling penat bila tengok orang beratur lama […]
Berita
Raja Perlis Larang Aktiviti Politik Kepartian Di Masjid
Sanglang : Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini melarang agenda mana-mana politik kepartian daripada dilaksanakan di masjid, atau diselitkan dalam program-program di masjid bagi mengelakkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam Perlis. Raja Perlis bertitah baginda juga telah mengamanahkan agensi-agensi agama seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri […]