Berita

Bawa Masuk Bola Final Piala FA, Rupanya Ada Kisah Sebenar Kenapa Abang Grab Ni Terpilih
Imbas kembali pada tanggal 24 Ogos 2024, perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 menjadi memori dalam kalangan penonton tak kiralah dari pihak Johor Darul Ta’zim mahupun Selangor FC. Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut berpihak kepada JDT dengan kemenangan 6 berbalas 1. Namun, dalam perlawanan tersebut, ada satu detik bersejarah yang sangat bermakna bagi seseorang, iaitu pembawa masuk […]

Petinju Indonesia ‘Seru’ Johan Ghazali
Petinju Indonesia ‘Seru’ Johan Ghazali Petinju Indonesia, Frans Hutajulu, secara terbuka menyeru jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali Zulfikar, untuk beradu kekuatan di gelanggang. Tindakan berani itu disuarakan Frans yang dikenali dengan julukan “Roti Kukus” baru-baru ini, selepas meraih kemenangan dalam kejohanan tinju terbesar di Indonesia, Holywings Sport Show. “Saya minta Ghazali dari Malaysia. Saya […]

Individu Lepas Ular Di Kondominium, Protes Penghuni Bela Haiwan Peliharaan
Individu Lepas Ular Di Kondominium, Protes Penghuni Bela Haiwan Peliharaan BANGKOK — Seorang penduduk sebuah kondominium di Ratchada, Bangkok bertindak melepaskan dua ekor ular ke dalam koridor bangunan sebagai tanda protes terhadap pihak pengurusan yang didakwa gagal mengambil tindakan terhadap penghuni yang melanggar polisi larangan haiwan peliharaan, lapor Thaiger. Dalam video yang dimuat naik di […]

Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak
Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak JOHOR BAHRU — Kira-kira 100,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar daerah Johor Bahru terjejas akibat gangguan bekalan air susulan kerosakan luar jangka pada pam-pam utama yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja […]

Kanak-Kanak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 29 Kediaman Pengasuh
Kanak-Kanak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 29 Kediaman Pengasuh KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 29 kediaman pengasuhnya di sebuah kondominium di Puchong dekat sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu […]

AKPS Tolak Kemasukan 112 Warga Asing Di KLIA
AKPS Tolak Kemasukan 112 Warga Asing Di KLIA SEPANG, 20 Mei (Bernama) — Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menolak kemasukan 112 warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan agensi itu. AKPS dalam kenyataan memaklumkan mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Pakistan dan India. “Mereka […]

Lelaki Cemas, Kereta Diserang Gajah Di Jalan Raya Timur Barat
Lelaki Cemas, Kereta Diserang Gajah Di Jalan Raya Timur Barat IPOH, 21 Mei (Bernama) — Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya diserang sekumpulan gajah ketika memandu di Kilometer 11, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dalam kejadian pada 8.15 malam tadi. Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian […]

Azalina Cadang Pertimbang Umur Persaraan Dinaikkan Kepada 65 Tahun
Azalina Cadang Pertimbang Umur Persaraan Dinaikkan Kepada 65 Tahun PUTRAJAYA, (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun. Azalina yang menyuarakan pandangan peribadinya berkata adalah satu kerugian apabila individu diwajibkan bersara pada usia […]

UK Gantung Rundingan Perdagangan Bebas Dengan Israel, Kecam Krisis Gaza Sebagai ‘Keji’
UK Gantung Rundingan Perdagangan Bebas Dengan Israel, Kecam Krisis Gaza Sebagai ‘Keji’ LONDON, 20 Mei (Bernama) — Kerajaan United Kingdom pada Selasa mengeluarkan kecaman paling tegas setakat ini terhadap serangan Israel ke atas Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, menyifatkan krisis kemanusiaan di Gaza sebagai “keji” serta mengumumkan penggantungan rasmi rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) […]

Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Meninggal Dunia
Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Meninggal Dunia KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) — Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 8.45 malam ini. Berita pemergian Allahyarham disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong menerusi satu kenyataan. “Kerajaan negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama […]

Tebing Runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai Sesak Dua Kilometer
Tebing Runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai Sesak Dua Kilometer GUA MUSANG, 20 Mei (Bernama) — Jalan Gua Musang-Kuala Krai tidak dapat dilalui dari kedua-dua arah susulan tebing runtuh di Kilometer 27 berhampiran Gua Sejuk. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran […]

Imam Jatuh Bot Ketika Memancing Ditemukan Lemas
Imam Jatuh Bot Ketika Memancing Ditemukan Lemas MERSING, 20 Mei (Bernama) — Seorang imam ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di sungai berhampiran Jeti Kampung Semaloi, Endau di sini awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata mangsa, Al Hafiz Yunus, 45, yang bertugas […]

Chow Sahkan Pulau Pinang Beli 15 Toyota Camry
Chow Sahkan Pulau Pinang Beli 15 Toyota Camry GEORGE TOWN, 20 Mei (Bernama) — Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengesahkan pembelian 15 kenderaan bagi kegunaan kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Beliau berkata kereta Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) itu diperolehi dengan perbelanjaan RM3.31 juta […]

PTU Cipta Sejarah, Pamer Kehandalan Terbangkan ‘Toruk Makto’
PTU Cipta Sejarah, Pamer Kehandalan Terbangkan ‘Toruk Makto’ LANGKAWI, 20 Mei (Bernama) — Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PTU pertama yang menerbangkan pesawat dalam pertunjukan udara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi sejak dianjurkan pada 1991. Dalam sesi yang bermula pada 1.30 tengah […]

Warga Emas Disaran Dapatkan Vaksin Influenza Secara Percuma Di Fasiliti Kesihatan Terpilih
Warga Emas Disaran Dapatkan Vaksin Influenza Secara Percuma Di Fasiliti Kesihatan Terpilih PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) – Warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik disaran mendapatkan vaksin influenza secara percuma menerusi program Imunisasi Influenza Warga Emas di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) terpilih. KKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan sehingga kini, sebanyak […]

Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban
Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha. Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menitahkan daging korban berkenaan diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40. […]

KPKT Buat Laporan Polis, MCMC Berhubung Penyebaran Berita Palsu MyKiosk
KPKT Buat Laporan Polis, MCMC Berhubung Penyebaran Berita Palsu MyKiosk PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuat laporan polis serta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran beberapa berita palsu mengenai projek MyKiosk. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata beliau telah mengeluarkan arahan kepada […]

Raja Salman Titah Tajaan 1,000 Jemaah Haji Palestin
Raja Salman Titah Tajaan 1,000 Jemaah Haji Palestin RIYADH, 20 Mei (Bernama-SPA) — Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menitahkan penajaan 1,000 jemaah haji dari kalangan keluarga terkorban, tahanan dan mereka yang tercedera dalam kalangan rakyat Palestin untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini, lapor Agensi Berita Saudi (SPA). Penajaan itu merupakan […]

PBT Diarah Hentikan, Sita Semua Iklan Vape – Kerajaan Negeri Selangor
PBT Diarah Hentikan, Sita Semua Iklan Vape – Kerajaan Negeri Selangor Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menghentikan dan menyita serta-merta semua bentuk iklan berkaitan produk rokok elektronik atau vape, sama ada yang dipaparkan di medium fizikal mahupun digital. Menurut Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin, sebelum sebarang […]

Keputusan STAM 2024 Catat Peningkatan, 34 Calon Berjaya Dapat Mumtaz
Keputusan STAM 2024 Catat Peningkatan, 34 Calon Berjaya Dapat Keputusan Mumtaz Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya. “Keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024 telah menunjukkan peningkatan di mana Gred Purata Kebangsaan (GPK) adalah 3.00 mata berbanding 3.09 mata pada tahun 2023, iaitu […]