Berita

Ketua Turus Angkatan Tentera Iran Terbunuh Dalam Serangan Israel
Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mohammad Bagheri dilapor terkorban dalam serangan Israel yang menyasarkan fasiliti dan ketenteraan negara itu pada pagi Jumaat. Menurut AFP, kematian Mejar Jeneral Mohammad Bagheri disahkan oleh agensi berita tempatan. Berita lanjut menyusul Sumber: AFP

Keputusan Perbicaraan Kes Yusoff Rawther: Ini Respon Jabatan Peguam Negara
Keputusan Dalam Perbicaraan Kes Jenayah Melibatkan Muhammed Yusoff Rawther Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan media mengambil maklum dengan keputusan perbicaraan kes jenayah melibatkan Muhammed Yusoff Rawther. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi dalam keputusannya pada 12 Jun lepas telah membebaskan Yusoff Rawther daripada pertuduhan-pertuduhan terhadapnya di akhir pendakwaan. Menurut Jabatan Peguam Negara, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah […]

Serangan Israel: Harga Minyak Dunia Melonjak Lebih 12 Peratus
Serangan Israel: Harga Minyak Dunia Melonjak Lebih 12 Peratus Harga minyak dunia dilapor melonjak lebih 12 peratus sementara beberapa pasaran saham utama menjunam selepas serangan Israel ke atas Iran yang menyasarkan fasiliti nuklear dan ketenteraan negara itu. Menurut AFP, keadaan itu didorong oleh amaran-amaran keras yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak yang menjurus ke arah kebimbangan […]

Serangan Israel: Iran Tutup Ruang Udara, Ikrar Bertindak Balas Dengan Keras
Serangan Israel: Iran Tutup Ruang Udara, Ikrar Bertindak Balas Dengan Keras Iran dilapor telah menutup ruang udara untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan susulan serangan Israel ke atas fasiliti nuklear dan ketenteraan negara berkenaan. Menurut AFP, angkatan tentera Iran turut berikrar akan bertindak balas dengan keras terhadap serangan yang dilancarkan Israel pada pagi Jumaat itu. […]

Serangan Israel: Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Terkorban
Serangan Israel: Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Terkorban Serangan Israel ke atas fasiliti nuklear dan ketenteraan Iran pada pagi Jumaat dilapor membunuh antara pemimpin tertinggi negara berkenaan. Menurut AFP, kematian Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Hossein Salami telah dilaporkan oleh media tempatan. “Mejar Jeneral Hossein Salami terkorban dalam serangan Israel yang menyasarkan […]

Israel Dilapor Lancar Serangan Sasar Fasiliti Nuklear Iran
Israel Dilapor Lancar Serangan Sasar Fasiliti Nuklear Iran Israel dilapor telah melancarkan serangan “preemptive” ke atas Iran yang menyasarkan fasiliti nuklear dan pangkalan tentera milik negara itu, pada pagi Jumaat. Menurut AFP, serangan tersebut berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran kemungkinan ‘konflik besar’ meletus di rantau berkenaan. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu […]

Jajaran Seksyen 2 WCE Mula Laksana Kutipan Tol Tengah Malam Ini
Jajaran Seksyen 2 WCE Mula Laksana Kutipan Tol Tengah Malam Ini SHAH ALAM, 12 Jun (Bernama) — Jajaran Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SAE (KESAS) ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Persimpangan Bertingkat Banting akan melaksanakan kutipan tol bermula pada 12.01 tengah malam ini. WCE dalam kenyataan […]

Kerajaan Tanggung Perbelanjaan Dr Mahathir Ke Forum Nikkei
Kerajaan Tanggung Perbelanjaan Dr Mahathir Ke Forum Nikkei MELAKA, 12 Jun (Bernama) — Kerajaan menanggung kos perbelanjaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun bagi menghadiri Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 pada Mei lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan memperuntukkan kira-kira RM486,000 bagi kos berkenaan selepas menerima permohonan daripada […]

Letupan Karbida Rosakkan Kedai Buah, Enam Kereta Di Bandar Baru Klang
Letupan Karbida Rosakkan Kedai Buah, Enam Kereta Di Bandar Baru Klang SHAH ALAM, 12 Jun (Bernama) — Sebuah kedai buah-buahan di Jlan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang dekat sini rosak teruk selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan […]

Nahas Gerik: JPJ Akan Buka Kertas Siasatan Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah
Nahas Gerik: JPJ Akan Buka Kertas Siasatan Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah GERIK, 12 Jun (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kertas siasatan untuk mengheret pengendali syarikat bas yang terbabit dalam kemalangan meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke mahkamah. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tindakan itu boleh diambil […]

Yusoff Rawther Bebas Tuduhan Edar Dadah, Miliki Pistol Tiruan
Yusoff Rawther Bebas Tuduhan Edar Dadah, Miliki Pistol Tiruan KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat […]

Facebook, TikTok, YouTube Turunkan 159,518 Kandungan Berkaitan Judi, Penipuan Dalam Talian – Fahmi
Facebook, TikTok, YouTube Turunkan 159,518 Kandungan Berkaitan Judi, Penipuan Dalam Talian – Fahmi PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) — Platform media sosial Facebook, TikTok dan YouTube telah bersetuju menurunkan sebanyak 159,518 kandungan berkaitan aktiviti perjudian, penipuan dalam talian, buli siber serta penyebaran berita palsu setakat semalam, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata jumlah itu […]

KL City, KDN & PDRM Dapat Lesen Kebangsaan
KL City, KDN & PDRM Dapat Lesen Kebangsaan KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Badan bebas First Instance Body (FIB) telah meluluskan lesen kebangsaan kepada Kuala Lumpur City FC (KL City), Kelantan Darul Naim FC (KDN) dan PDRM FC bagi menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baharu. Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif […]

Polis Tahan Calon SPM Disyaki Bunuh Ibu, Abang Kandung
Polis Tahan Calon SPM Disyaki Bunuh Ibu, Abang Kandung Seorang pelajar Tingkatan Lima telah ditahan pihak polis selepas disyaki membunuh ibu dan abang kandungnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal, 51, serta anak sulungnya, 21, ditemui […]

Lans Koperal Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Nur Farah Kartini
Lans Koperal Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Nur Farah Kartini SHAH ALAM, 12 Jun (Bernama) — Anggota polis yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit pada tahun lepas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Tertuduh, 27, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian wanita […]

Haji 2026: Indonesia Terima Amaran, Kuota Haji Mungkin Dipotong 50 Peratus
Haji 2026: Indonesia Terima Amaran, Kuota Haji Mungkin Dipotong 50 Peratus Isyarat tegas telah disampaikan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Indonesia berhubung pelaksanaan ibadah haji tahun 2026, apabila negara itu memberi amaran bahawa kuota jemaah haji Indonesia mungkin dipotong sebanyak 50 peratus. Menurut laporan media tempatan, langkah ini dikaitkan dengan pelbagai masalah yang timbul sepanjang […]

Syor Perjalanan Rombongan Pelajar Universiti Hanya Pada Waktu Siang Wajar Diperhalusi
Syor Perjalanan Rombongan Pelajar Universiti Hanya Pada Waktu Siang Wajar Diperhalusi KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Cadangan supaya perjalanan rombongan pelajar universiti dihadkan pada waktu siang wajar diperhalusi susulan kemalangan bas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Isnin lepas. Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurrul […]

AS “Berkemungkinan Besar” Tangguh Tarif Bagi Negara Yang Berunding “Secara Ikhlas”
AS “Berkemungkinan Besar” Tangguh Tarif Bagi Negara Yang Berunding “Secara Ikhlas” ISTANBUL, 12 Jun (Bernama-Anadolu)– Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Rabu berkata pentadbiran Trump “berkemungkinan besar” menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas negara-negara yang sedang mengadakan rundingan perdagangan “secara ikhlas” dengan AS, lapor Anadolu Ajansi (AA). Ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Ways and […]

Guru, Anak Sulung Ditemui Maut Dalam Rumah
Guru, Anak Sulung Ditemui Maut Dalam Rumah Seorang guru wanita dan anak sulungnya ditemui maut dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, awal pagi tadi. Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 6 pagi, mangsa yang juga seorang ibu tunggal, 51, bersama anak lelaki sulungnya, 21, ditemui tidak bernyawa di ruang tamu […]

“Keluarga Jutawan Malaysia” Ini Beli Hartanah Mewah Di Singapura
“Keluarga Jutawan Malaysia” Ini Beli Hartanah Mewah Di Singapura “Keluarga jutawan Malaysia” ini kini secara rasmi menguasai sepenuhnya salah satu pembangunan hartanah mewah di tengah-tengah Daerah Perniagaan Pusat (CBD) Singapura. Ini berikutan pembelian kepentingan majoriti daripada syarikat hartanah ternama Singapura, City Developments Limited (CDL), yang dimiliki oleh keluarga jutawa Kwek Leng Beng. Dalam satu pengumuman […]