Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Yusoff Rawther
Gambar: BERNAMA

Yusoff Rawther Bebas Tuduhan Edar Dadah, Miliki Pistol Tiruan

Hannah

Yusoff Rawther Bebas Tuduhan Edar Dadah, Miliki Pistol Tiruan

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammed Yusoff, 32, pada akhir kes pendakwaan.

Muhammad Jamil berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pemilikan ke atas dua pucuk pistol dan dadah berkenaan.

“Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan juga, mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk mahkamah ini mensabitkan tertuduh atas kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya.

“Oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dihadapi tanpa perlu dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

Muhammed Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept tahun lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini pada 9.25 pagi, 6 Sept tahun sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Muhammad Jamil dalam penghakiman ringkasnya berkata tidak dipertikaikan bahawa semasa pemeriksaan ke atas kereta Nissan Teana milik Muhammed Yusoff, saksi pendakwaan pertama (SP1) Insp Wan Muhammad Wan Ali menjumpai satu beg hitam mengandungi dua pucuk pistol di tempat duduk hadapan kenderaan itu.

Hakim itu berkata pemeriksaan selanjutnya ke atas kenderaan itu di IPK Kuala Lumpur oleh SP6, Koperal Amirul Azwa Zahari telah menjumpai satu bungkusan plastik hitam mengandungi dadah di tempat duduk belakang kereta.

“Memang benar kereta itu didaftarkan atas nama tertuduh dan milik tertuduh serta kunci dan alat kawalan jauh kereta dalam milikan tertuduh. Tidak dinafikan juga, tertuduh berada berhampiran kereta dan membuka pintu kereta tersebut semasa operasi dijalankan.

“Namun keterangan itu tidak boleh dibuat satu kesimpulan munasabah bahawa tertuduh mempunyai kawalan ekslusif atas kereta tersebut dan mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dua pucuk pistol dan dadah berkenaan,” katanya.

Menurut hakim itu, tiada keterangan saksi pendakwaan bahawa terdapat individu lain mempunyai akses ke atas kenderaan itu dan meletakkan dadah serta dua pucuk pistol dalam kereta berkenaan.

Selain itu, tiada keterangan menunjukkan tertuduh berada dalam keadaan mencurigakan semasa pistol dan dadah dijumpai, sebaliknya tertuduh menafikan beg hitam mengandungi pistol dan bungkusan plastik hitam mengandungi dadah dijumpai dalam kereta itu adalah miliknya.

Prosiding hari ini dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Muhammed Yusoff.

BACA: Facebook, TikTok, YouTube Turunkan 159,518 Kandungan Berkaitan Judi, Penipuan Dalam Talian – Fahmi

Sumber: BERNAMA