Berita

Amaran Cuaca Buruk Di 7 Negeri Pagi Ini
Amaran Cuaca Buruk Di 7 Negeri Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri sehingga jam 12 tengah hari, hari ini. Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran tersebut dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang. Di Kedah, kebanyakan kawasan di sebelah barat negeri dijangka […]

PM Anwar Bentang Belanjawan 2025 Petang Ini
PM Anwar Bentang Belanjawan 2025 Petang Ini KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat petang ini. Ia merupakan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan beliau dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia ke-13 untuk […]

Kanak-kanak OKU 11 Tahun Ditemukan Lemas
Kanak-kanak OKU 11 Tahun Ditemukan Lemas KOTA KINABALU, 17 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Lokub, Sepanggar di sini. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan Indah Tawasil ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) tersekat pada […]

Israel Dakwa Sedang Periksa Kemungkinan Yahya Sinwar Terbunuh
Israel Dakwa Sedang Periksa Kemungkinan Yahya Sinwar Terbunuh Tentera Israel mendakwa pihaknya sedang memeriksa kemungkinan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar antara tiga yang terbunuh dalam serangan di Semenanjung Gaza, pada Khamis. Bagaimanapun identiti ketiga-tiga yang terbunuh itu masih belum dapat dikenal pasti buat masa ini. Menurut AFP, seorang pegawai tentera Israel memberitahu pihaknya akan melaksanakan ujian […]

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Diramal Badai Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini
Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Diramal Badai Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan buah negeri sehingga jam 1 pagi ini. Menerusi hantara yang dimuat naik di Facebook rasmi jabatan itu, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah […]

Rider Tular Terima RM50 Dalam Eksperimen Sosial Pempengaruh Meninggal Dunia
Rider Tular Terima RM50 Dalam Eksperimen Sosial Pempengaruh Meninggal Dunia Rider p-hailing yang menerima sekeping RM50 secara rambang di pusat beli-belah, Ahmad Farhan Othman, 32, telah menghembuskan nafas terakhir pada 2 Oktober. Menurut Sinar Harian, video Allahyarham dalam eksperimen sosial tersebut telah menjadi tular semula sejak beberapa hari lepas. Isteri Allahyarham, Nursuziliana Mohd Johari berkata, […]

Kanak-kanak Diculik Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran – Ketua Polis Selangor
Kanak-kanak Diculik Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran – Ketua Polis Selangor SHAH ALAM, 17 Okt (Bernama) — Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini Selasa lepas dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. […]

Pekerja Ladang Cili Maut Dipercayai Dibaham Harimau
Pekerja Ladang Cili Maut Dipercayai Dibaham Harimau KOTA BHARU, 17 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai dibaham harimau di belakang rumah kongsi sebuah ladang cili di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli-Gerik, semalam. Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata pihaknya menerima laporan polis pada hari ini daripada pengadu yang merupakan […]

Hujan Luar Biasa Landa Asia Tenggara Akibat Fenomena La Nina
Hujan Luar Biasa Landa Asia Tenggara Akibat Fenomena La Nina Rantau Asia Tenggara bakal menyaksikan taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor South China Morning Post. Difahamkan, cuaca buruk itu dijangka menjejaskan sektor ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan industri lain yang sudah terkesan akibat sebilangan ribut yang melanda […]

Belanjawan 2025: CAP Harap Cukai Jualan Rokok Diperkenal Semula
Belanjawan 2025: CAP Harap Cukai Jualan Rokok Diperkenal Semula GEORGE TOWN, 17 Okt (Bernama) — Persatuan Pengguna Pulau Pinang berharap kerajaan dapat mengembalikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok kerana ia akan menjimatkan wang yang dibelanjakan oleh ribuan keluarga untuk rokok. Presidennya Mohideen Abdul Kadeer berkata kali terakhir cukai jualan […]

Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Carabat FC
Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Carabat FC Kelab bola sepak baharu, Carabat FC mengumumkan Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad sebagai pemilik kelab tersebut hari ini. Kelab yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor itu memperkenalkan Sharnaaz menerusi satu siaran di laman Instagram kelab tersebut. “Memperkenalkan Sharnaaz Ahmad, pemilik kebanggaan Carabat FC. “Sebagai seorang yang berwawasan, Mamu memiliki visi […]

Kes Konsesi Pasir MBI: SPRM Teliti 20 Projek Dipercayai Mempunyai Unsur Rasuah
Kes Konsesi Pasir MBI: SPRM Teliti 20 Projek Dipercayai Mempunyai Unsur Rasuah KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti 20 projek pembangunan kerajaan negeri Selangor, kerana disyaki mempunyai unsur bayaran rasuah kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata penelitian itu, hasil siasatan lanjut pihaknya berhubung kes […]

Kontraktor, Anak Saudara Didakwa Bunuh Sabari
Kontraktor, Anak Saudara Didakwa Bunuh Sabari JITRA, 17 Okt (Bernama) — Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, bulan lepas. Tertuduh 1, 38, dan anak saudaranya tertuduh 2, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kontraktor dan […]

Kelahiran Hidup Meningkat 7.7 Peratus Pada 2023
Kelahiran Hidup Meningkat 7.7 Peratus Pada 2023 PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) — Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus kepada 455,761 pada 2023 berbanding 423,124 kelahiran pada 2022, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam terbitan Perangkaan Penting 2024. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kelahiran bayi lelaki direkodkan melebihi bayi perempuan iaitu masing-masing 235,981 […]

Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri & 1 Wilayah Petang Ini
Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri & 1 Wilayah Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 buah negeri dan 1 wilayah sehingga jam 4 petang ini. Menerusi hantaran di laman Facebook, seluruh negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka alami hujan lebat. Amaran ribut […]

Hasil Siasatan Kematian Pakar Perubatan Patologi Akan Didedahkan – Dr Dzulkefly
Hasil Siasatan Kematian Pakar Perubatan Patologi Akan Didedahkan – Dr Dzulkefly KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mendedahkan hasil siasatan jawatankuasa bebas yang menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi Hospital di Lahad Datu, yang didakwa dibuli di tempat kerja kepada umum, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Dzulkefly berkata […]

3,847 Kanak-Kanak Dilapor Hilang Dari 2020 Hingga September Lepas
3,847 Kanak-Kanak Dilapor Hilang Dari 2020 Hingga September Lepas KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Seramai 3,847 kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dari 2020 hingga September tahun ini, dengan 96 peratus kes kehilangan berjaya ditemukan semula, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata daripada jumlah itu, 792 kanak-kanak […]

Tentera Malaysia Di Lubnan Boleh Serang Balas Israel Jika Kedudukan Terancam
Tentera Malaysia Di Lubnan Boleh Serang Balas Israel Jika Kedudukan Terancam Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan dibenarkan melancarkan serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya kedudukan mereka terancam. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memaklumkan bahawa langkah ini adalah selaras dengan garis panduan perlindungan yang ditetapkan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di […]

Lebih 100 Maut Dalam Letupan Lori Tangki Minyak
Lebih 100 Maut Dalam Letupan Lori Tangki Minyak ABUJA, 17 Okt (Bernama-Xinhua) — Angka kematian akibat letupan lori tangki minyak di negeri utara Nigeria, Jigawa, awal minggu ini melebihi 100 orang, kata jurucakap Presiden Nigeria Bola Tinubu, Rabu. Kenyataan yang dikeluarkan pada petang Rabu oleh Bayo Onanuga, jurucakap kanan presiden, bagi pihak Tinubu, menyifatkan kebakaran […]

Pelajar Sekolah Maut Dihempap Tembok Runtuh
Pelajar Sekolah Maut Dihempap Tembok Runtuh Indonesia – Seorang pelajar sekolah menengah di Banjarnegara, Jawa Tengah maut dihempap tembok yang runtuh ketika cuba melompat keluar dari kawasan sekolah, lapor Detik. Ketua Polis Daerah Bawang, Inspektor Suhardi Deny Setyawan menyimpulkan kejadian tembok yang menghempap pelajar berkenaan sebagai kemalangan. “Kemungkinan tembok itu sudah tidak kuat lalu roboh,” […]