Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Video Hina Islam: Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara – KPN

Athirah
Video Hina Islam
Kredit: Bernama

Video Hina Islam: Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara – KPN

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama hari ini berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

“Namun kita percaya dia berada di luar negara,” katanya ringkas.

Semalam, Razarudin berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memuat naik video tular di laman sosial sejak Rabu yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Beliau berkata siasatan dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu oleh seorang individu di Balai Polis Manchis, Bentong, Pahang, petang Rabu.

Video itu memaparkan beberapa individu mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina umat agama Islam, dipercayai dihasilkan ekoran isu melibatkan penyampai radio yang didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu, namun telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.

BACA: Dah Macam “Generator”, Wanita Guna EV Ketika Tiada Bekalan Elektrik

BACA: Saja Bergurau Panggil Isteri, Lelaki Tak Sangka Kahwin Dengan Kawan Sendiri

BACA: Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi Antara 32 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat

Sumber: Bernama