Berita

Wanita Jatuh Dalam Lubang Pembentung Sedalam Dua Meter
Wanita Jatuh Dalam Lubang Pembentung Sedalam Dua Meter Seorang wanita berusia 54 tahun berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam lubang pembentung di tengah bandar Samut Sakhon, Thailand. Insiden tersebut berlaku apabila mangsa memijak penutup konkrit yang kelihatan kukuh, namun tiba-tiba runtuh dan menyebabkan dia terjatuh dua meter ke dalam air di bawah tanah. Mangsa […]

MCMC Diminta Tidak Teruskan Pelaksanaan Kaedah Penghalaan Semula DNS – Fahmi
MCMC Diminta Tidak Teruskan Pelaksanaan Kaedah Penghalaan Semula DNS – Fahmi KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS). Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sehubungan itu, MCMC perlu meneruskan siri libat urus bersama semua […]

Pekerja ‘Kesan’ Bunyi Gerakan Tanah Sebelum Tebing Sungai Runtuh
Pekerja ‘Kesan’ Bunyi Gerakan Tanah Sebelum Tebing Sungai Runtuh Pekerja tapak projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) kesan bunyi pergerakan tanah sebelum tebing sungai runtuh di kawasan tersebut pada Sabtu. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, sejurus bunyi tersebut didengari, siren kecemasan […]

26 Lokasi Berisiko Kepala Air, Tanah Runtuh Susulan Hujan Lebat
26 Lokasi Berisiko Kepala Air, Tanah Runtuh Susulan Hujan Lebat Susulan hujan lebat dalam tempoh ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) negeri Kelantan menyenaraikan 18 kawasan yang dikhuatiri berisiko berlaku kepala air selain lapan lokasi berisiko tanah runtuh. Kawasan yang dikenal pasti termasuklah Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh; Lata Rek, Lata […]

Kanak-Kanak Hilang Jumaat Lepas Ditemukan Selamat
Kanak-Kanak Hilang Jumaat Lepas Ditemukan Selamat KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas ditemukan selamat semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dijumpai pada 7.15 malam di Bukit Beruntung dan telah diserahkan kepada ibu bapanya. “Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain […]

Wanita Dakwa Anak Hidap ‘Vitiligo’ Selepas Ditampar Guru
Wanita Dakwa Anak Hidap ‘Vitiligo’ Selepas Ditampar Guru Seorang wanita mendakwa anak lelakinya kini menghidap vitiligo atau sopak selepas bahagian muka anaknya itu ditampar oleh seorang guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, lapor SCMP. Ibu dari China itu berkata, beliau membawa anak lelakinya yang berusia 11 tahun ke hospital setelah menyedari mukanya bengkak teruk. Anaknya […]

Penumpuan Angin Di Utara: Ribut Petir, Hujan Lebat Dalam Tempoh Lebih Panjang
Penumpuan Angin Di Utara: Ribut Petir, Hujan Lebat Dalam Tempoh Lebih Panjang Jabatan Meteorogi Malaysia (MetMalaysia) hari ini memaklumkan berlaku penumpuan angin yang dijangka berterusan di utara Semenanjung Malaysia sehingga 12 September 2024. Menerusi muat naik di platform X, MetMalaysia berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan analisis ke atas model-model cuaca yang dibuat pihaknya. Keadaan itu […]

Taufan Yagi Landa Vietnam, Seorang Terkorban
Taufan Yagi Landa Vietnam, Seorang Terkorban Taufan Yagi yang melanda Vietnam dilapor telah menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terkorban hari ini, lapor AFP. Selain itu, ia turut menyebabkan banyak pokok-pokok tumbang dan menghanyutkan bot serta kapal ke lautan. Menurut Pusat Ramalan Hidrometeorologi Kebangsaan, taufan itu melanda wilayah Hai Phong dan Quang Ninh dengan kelajuan angin melebihi 149 […]

Kepala Air Landa Yan, 4 Kampung Alami Banjir Kilat
Kepala Air Landa Yan, 4 Kampung Alami Banjir Kilat Yan, Kedah – Kejadian kepala air dilaporkan telah berlaku di kawasan air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali, kejadian banjir kilat juga berlaku di empat buah […]

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini
Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di kebanyakan kawasan di seluruh negara. Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut dibuat berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam. “Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan […]

Wanita Maut Dalam Nahas Empat Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS
Wanita Maut Dalam Nahas Empat Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS IPOH, 7 Sept (Bernama) — Seorang wanita maut dalam nahas jalan raya membabitkan empat kenderaan di Kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat sini hari ini. Nahas itu melibatkan lori lima tan, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dan dua motosikal. Penolong Pengarah Bahagian […]

Tanah Jerlus: Insiden Berlaku Akibat Antropogenik, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Tambak – NRES
Tanah Jerlus: Insiden Berlaku Akibat Antropogenik, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Tambak – NRES PUTRAJAYA, 7 Sept (Bernama) — Siasatan pelbagai agensi terhadap kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mendapati insiden berlaku akibat antropogenik (aktiviti manusia), cuaca dan hakisan lapisan tanah tambak bawah permukaan kawasan terlibat. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) […]

Dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota, Hamidin Kini Bergelar Tan Sri
Dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota, Hamidin Kini Bergelar Tan Sri Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri, sebentar tadi. Menerusi siaran langsung RTM di Facebook, pengurniaan gelaran itu telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim […]

Agong Beri Amaran Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara
Agong Beri Amaran Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran akan menarik balik Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada penerima yang terlibat dengan jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum oleh mahkamah. Seri Paduka Baginda bertitah, setiap penerima yang […]

MCMC Tangani Maklumat Salah Mengenai Pengalihan DNS, Sekatan Akses Internet
MCMC Tangani Maklumat Salah Mengenai Pengalihan DNS, Sekatan Akses Internet KUALA LUMPUR (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri. MCMC dalam kenyataan semalam memaklumkan hal itu bagi memastikan pengguna […]

Kontrak Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping Ditamatkan, Tindakan Undang-undang Akan Diambil – Asyraf Wajdi
Kontrak Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping Ditamatkan, Tindakan Undang-undang Akan Diambil – Asyraf Wajdi IPOH, 6 Sept (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menamatkan kontrak kontraktor dewan selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping dan mengambil tindakan undang-undang, susulan tindakan sambil lewa kontraktor itu dalam penyediaan makanan kepada pelajar institusi tersebut. Pengerusi MARA Datuk […]

Bayi 8 Bulan Dipercayai Meninggal Dunia Di Taska
Bayi 8 Bulan Dipercayai Meninggal Dunia Di Taska Seorang bayi lelaki berumur lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska). Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Taman Kelemak Utama di Alor Gajah, Melaka pada petang Jumaat. Difahamkan, mangsa dipercayai merupakan bayi sulung kepada pasangan suami isteri seorang pegawai tentera dan guru. […]

Dewan Makan MRSM Taiping Diarah Tutup – Exco Perak
Dewan Makan MRSM Taiping Diarah Tutup – Exco Perak Dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping telah diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perak susulan kejadian keracunan makanan, lapor Astro Awani. Difahamkan, insiden terbabit turut melibatkan pelajar di institusi pendidikan berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu. Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India […]

Bonnie Bunyau Gustin Raih Emas, Pecah Rekod Dunia
Bonnie Bunyau Gustin Raih Emas, Pecah Rekod Dunia Atlet power lifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila menyumbangkan emas kedua di Sukan Paralimpik Paris 2024. Lebih manis, beliau turut memecahkan rekod dunia dalam acara 72 kilogram (kg) menerusi angkatan ketiga dengan berat angkatan 232 kg. Rekod dunia yang dipecahnya merupakan rekod yang dicatatkan oleh […]

Legoland School Challenge 2024 Pecah Rekod Baru, Terima Penyertaan 3,700 Pelajar Dari 7 Negara
Kuala Lumpur, 6 September 2024 – LEGOLAND® School Challenge 2024 memecahkan rekod baharu dengan penyertaan 3,700 pelajar daripada tujuh negara sekaligus mengatasi jumlah penyertaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak 554 penyertaan berjaya direkodkan, dengan 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu telah direkodkan di mana cabaran ini telah menarik perhatian peserta dari tiga negara baru iaitu […]