Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Dua parah ditetak 11 lelaki
Gambar: AI

Dua Parah Ditetak 11 Lelaki Pecah Masuk Rumah

Hannah

Dua Parah Ditetak 11 Lelaki Pecah Masuk Rumah

KUALA LUMPUR (Bernama) — Dua lelaki tempatan cedera parah selepas ditetak 11 lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka di Jalan Bunga Melur, Batu 14, Puchong, Selangor, tengah malam Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar dalam kenyataan berkata enam suspek berusia 23 hingga 28 tahun telah ditahan dan polis merampas sebilah parang daripada mereka.

“Suspek kini direman hingga Rabu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394/326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan dan mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati keenam-enam suspek mempunyai rekod jenayah dan rekod berkaitan dadah.

Mohd Fairus berkata 11 lelaki bertopeng yang dipercayai membawa beberapa parang itu datang ke rumah terbabit dengan menaiki tiga kereta sebelum membuka pagar serta pintu rumah yang tidak berkunci lalu meluru ke dalam rumah itu.

Suspek, katanya menetak mangsa yang berusia lingkungan 31 dan 38 tahun di ruang tamu berkali-kali menggunakan parang sebelum meninggalkan rumah itu dengan menaiki kereta.

Mohd Fairus berkata kedua-dua mangsa yang cedera parah pada bahagian badan, kaki serta tangan dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menyalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-7862 7222 atau Pegawai Penyiasat ASP Khairulazizi Ismail 019-2817820.

BACA: Pernah Tular, Ibu Tolak ‘Stroller’ Anak Austistik Cari Roti 3 Pagi Terlibat Kemalangan

BACA: Kanak-Kanak Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Dalam Longkang

BACA: Malaysia Catat 27.9 Juta Ancaman Dalam Talian Pada 2024 – Kaspersky

Sumber: BERNAMA