Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Malaysia Ancaman Dalam Talian 2024
Gambar: Bernama

Malaysia Catat 27.9 Juta Ancaman Dalam Talian Pada 2024 – Kaspersky

Iqbal Yasir

Malaysia Catat 27.9 Juta Ancaman Dalam Talian Pada 2024 – Kaspersky

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.

Menurut laporan Rangkaian Keselamatan Kaspersky terkini, Malaysia kini menduduki tempat ke-30 di seluruh dunia untuk ancaman web.

“Data tersebut menggariskan keperluan kritikal bagi langkah keselamatan siber yang dipertingkatkan untuk melindungi individu dan perniagaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurus Besar Kaspersky Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong berkata pengabaian amalan terbaik keselamatan siber boleh membawa akibat yang buruk, daripada pelanggaran data dan kerugian kewangan kepada kerosakan reputasi termasuk juga, gangguan perkhidmatan kritikal.

“Peningkatan ancaman web yang dikesan di Malaysia adalah amat membimbangkan. Data terkini kami menunjukkan kecanggihan penjenayah siber yang semakin bertambah serta keperluan mendesak bagi individu dan perniagaan untuk terus meningkatkan perlindungan mereka terhadap ancaman siber,” katanya.

Yeo juga menggesa rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan keselamatan dalam talian dan segera mengambil langkah proaktif, memandangkan sejak 2020 hingga 2024, kira-kira RM5 bilion kerugian berlaku akibat jenayah siber.

“Usaha berterusan kerajaan Malaysia untuk memerangi ancaman siber layak mendapat pujian. Langkah-langkah ini adalah penting dalam melonjakkan kesedaran orang ramai dan mengukuhkan pertahanan siber negara,” katanya.

“Untuk berada selamat dalam talian memerlukan pendekatan pelbagai lapisan. Kata laluan yang kuat, mengemas kini perisian, selain berhati -hati terhadap percubaan memancing data (phishing) hanyalah langkah awal. Anda perlu menggunakan penyelesaian keselamatan siber yang mantap, jadi anda mampu meningkatkan perlindungan anda terhadap ancaman siber,” katanya lagi

Sumber: Bernama

BACA: Diruntuhkan Sepenuhnya, Stadium Shah Alam Tinggal Kenangan

BACA: Ramai Salah Anggap Vape Boleh Hilangkan Ketagihan Merokok, Ini Yang Korang Kena Tahu Dulu

BACA: Dah Lama Wujud, Rupanya Ini Kesilapan Terbesar Mungkin Ramai Buat Bila Main Game Ular