Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Stadium Shah Alam diruntuhkan sepenuhnya
Gambar: X KSSA

Diruntuhkan Sepenuhnya, Stadium Shah Alam Tinggal Kenangan

Iqbal Yasir

Diruntuhkan Sepenuhnya, Stadium Shah Alam Tinggal Kenangan

Pernah menjadi stadium kebanggaan suatu ketika dahulu, Stadium Shah Alam yang dulunya megah berdiri kini telah diruntuhkan sepenuhnya hari ini, lapor Stadium Astro.

Penyelesaian kerja-kerja perobohan itu adalah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), yang bakal menjadi identiti baharu negeri Selangor.

Beberapa gambar memaparkan situasi di stadium yang pernah mencipta kemegahan 30 tahun dahulu dimuat naik di laman x KSSA.

“Kemaskini: Sekitar jam 10.20 pagi tadi, kolum terakhir Stadium Shah Alam telah diturunkan. Tiada lagi struktur asal stadium yang masih berdiri,” tulis hantaran tersebut.

Untuk makluman, Stadium Shah Alam mampu menempatkan seramai 80,372 dalam satu-satu masa.

Terdahulu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kelulusan kebenaran merobohkan stadium berkenaan pada Disember lalu. Mengikut perancangan, stadium ini bakal digantikan dengan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang merangkumi tiga fasa.

Fasa pertama dimulakan dengan perobohan stadium lama dan digantikan dengan stadium yang baru, meliputi ruang perniagaan dan tempat letak kereta. Fasa ini dijangka siap menjelang 2026.

Fasa kedua pula melibatkan pembinaan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi manakala fasa terakhir membabitkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel.

Untuk pengetahuan, stesen LRT bagi Laluan Shah Alam (LRT3) telah pun dibina berhampiran kawasan Stadium Shah Alam dan dijangka mula beroperasi awal tahun ini.

Reka bentuk stadium baharu

Menerusi laporan BERNAMA, reka bentuk bentuk KSSA itu dibentangkan oleh pemaju yang dilantik iaitu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Ujar Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menerusi cadangan tersebut, stadium baharu yang bakal dibina nanti mempunyai kapasiti sehingga 35,000 tempat duduk. Lebih menarik, pembinaannya akan mengekalkan simbolik rekaan Stadium Shah Alam yang sedia ada.

Bagaimanapun katanya, orang ramai digalakkan menghantar maklumbalas berhubung projek berkenaan kepada pihaknya.

BACA: Membina Kemakmuran: Usahawan Tempatan Cipta Kejayaan Nasional

BACA: Ramai Salah Anggap Vape Boleh Hilangkan Ketagihan Merokok, Ini Yang Korang Kena Tahu Dulu

BACA: Dah Lama Wujud, Rupanya Ini Kesilapan Terbesar Mungkin Ramai Buat Bila Main Game Ular

Sumber: Stadium Astro