Berita

Berita
Lebih Pantas Dari Kapal Terbang, China Bangunkan Kereta Api Mampu Bergerak 1000 kmj
Lebih Pantas Dari Kapal Terbang, China Bangunkan Kereta Api Mampu Bergerak 1000 kmj China dilapor memulakan pembangunan kereta api ‘terapung’ yang mampu bergerak lebih laju daripada kapal terbang kormesial. Dengan menggunakan teknologi apungan magnetik atau disebut sebagai maglev, kereta api berkenaan dirancang untuk berupaya mengangkut penumpang pada kelajuan sehingga 1000 kilometer per jam (kmj). Menurut […]
Berita
Maritim Malaysia Tahan Bot Tunda, Kapal Disyaki Pindah Minyak Secara Haram
Maritim Malaysia Tahan Bot Tunda, Kapal Disyaki Pindah Minyak Secara Haram SHAH ALAM, 6 Disember (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot tunda dan kapal tangki minyak dipercayai sedang melakukan pemindahan minyak secara haram di sekitar perairan Kapar dekat sini, pagi tadi. Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad […]
Berita
Penghantar Makanan Maut Dirempuh Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat
Penghantar Makanan Maut Dirempuh Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat SEPANG, 6 Disember (Bernama) — Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya disyaki dilanggar sebuah kereta di lampu isyarat simpang 3 Jalan Taman Mas, Puchong di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, kereta […]
Berita
MetMalaysia Jangka 6 Negeri Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
MetMalaysia Jangka 6 Negeri Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri sehingga jam 1 pagi nanti. Menerusi muat naik di laman Facebook, daerah Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah tersenarai dalam kawasan yang bakal menerima hujan lebat. Di […]
Berita
RUU Majlis Media Malaysia Dilulus Jemaah Menteri, Dibentang Minggu Depan – Fahmi
RUU Majlis Media Malaysia Dilulus Jemaah Menteri, Dibentang Minggu Depan – Fahmi PUTRAJAYA, 6 Disember (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia diluluskan Jemaah Menteri hari ini dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu hadapan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ia adalah suatu berita baik untuk rakan-rakan […]
Berita
Hujan Lebat Diramal Landa 7 Negeri Hingga Malam Ini
Hujan Lebat Diramal Landa 7 Negeri Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi tujuh negeri sehingga jam 9 malam ini. Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran tersebut terpakai bagi daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah. Begitu juga dengan Seberang […]
Berita
Miftah Maulana Umum Letak Jawatan Utusan Khusus Presiden
Miftah Maulana Umum Letak Jawatan Utusan Khusus Presiden Indonesia – Pendakwah terkenal Indonesia, Miftah Maulana Habiburrahman meletakkan jawatan Utusan Khusus Presiden Bidang Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan yang disandangnya dalam sidang media hari ini, lapor CNN Indonesia. Perkara tersebut disampaikan oleh beliau ketika berada di Pondok Pesantren Ora Aji, Yogyakarta. “Hari ini dengan segala […]
Berita
Tat Meng Sah Tinggalkan Team LZJ
Tat Meng Sah Tinggalkan Team LZJ KUALA LUMPUR, 6 Disember (Bernama) — Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan untuk meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya. Team LZJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tat Meng akan meneruskan khidmatnya bersama pasukan hingga kontraknya berakhir secara rasmi pada […]
Berita
Azman Syah Dipenjara 14 Bulan
Azman Syah Dipenjara 14 Bulan KLANG, 6 Dis (Bernama) — Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lepas. Tertuduh yang juga dikenali sebagai Azman, 43, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas […]
Berita
Sultan Selangor Zahir Rasa Kesal, Dukacita Tahap Kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Sultan Selangor Zahir Rasa Kesal, Dukacita Tahap Kebersihan Bandar Raya Diraja Klang KLANG, (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa kekesalan dan dukacita dengan tahap kebersihan di Bandar Raya Diraja Klang di sini. Meskipun bangga melihat nilai sejarah serta pembangunan pesat di bandar raya itu namun baginda bertitah terdapat banyak […]
Berita
Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak & Labuan Diteruskan
Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak & Labuan Diteruskan KUALA LUMPUR (Bernama) — Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan utama bagi 2024 dan 2025. Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan tersebut, […]
Berita
Penyakit Misteri Menular Di Congo, Lebih 60 Kematian Setakat Ini
Penyakit Misteri Menular Di Congo, Lebih 60 Kematian Setakat Ini Republik Demokratik (DR) Congo kini berjaga-jaga tahap tertinggi susulan penularan penyakit misteri yang telah pun meragut berdozen-dozen nyawa dalam tempoh sebulan yang lepas. Pihak berkuasa kesihatan negara tersebut menyifatkan pesakit yang menyebabkan simptom seperti selsema, batuk, demam dan sakit kepala itu sebagai ‘kecemasan awam yang […]
Berita
Muhammad Jadi Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England & Wales
Muhammad Jadi Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England & Wales Muhammad dilapor menjadi nama paling popular yang dipilih oleh ibu bapa di England dan Wales untuk menamakan bayi lelaki masing-masing pada 2023. Menurut BBC, lebih 4,600 kanak-kanak direkodkan didaftar dengan menggunakan nama tersebut pada tahun lepas. Berdasarkan rekod Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS), Muhammad sudah […]
Berita
Amaran Hujan Berterusan Di 7 Negeri Hingga Minggu Depan
Amaran Hujan Berterusan Di 7 Negeri Hingga Minggu Depan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan tujuh negeri. Hujan berterusan diramal melanda seluruh negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu bermula 8 hingga 11 Disember nanti. Hampir keseluruhan kawasan di Kedah juga tersenarai iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, […]
Berita
Polis Minta Bantuan Kesan Noraqilah
Polis Minta Bantuan Kesan Noraqilah IPOH, 5 Dis (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Selama sejak 1 Dis. Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata Noraqilah Muhammad Shaharizan, 19, yang beralamat di Kampung Medan, Selama, dipercayai kali terakhir dilihat keluar daripada rumah untuk ke […]
Berita
Tidak Mahu Kumpulan GIG Jadi Pekerja Sambilan, MARA Tawar Program TVET
Tidak Mahu Kumpulan GIG Jadi Pekerja Sambilan, MARA Tawar Program TVET Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui GiatMara akan memulakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) buat pekerja gig. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui hantaran di Facebook. Di samping itu, kumpulan berkenaan boleh menyertai […]
Berita
Polis Buka Kertas Siasatan Tiga Anggota Polis Berhibur Di Golok
Polis Buka Kertas Siasatan Tiga Anggota Polis Berhibur Di Golok TUMPAT, 5 Disember (Bernama) — Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki mengunjungi sebuah pusat hiburan di Golok, Thailand serta terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis akan melakukan siasatan berhubung kedua-dua kes itu, melibatkan […]
Berita
Jatuh Kren Di Putrajaya, Dua Maut, Seorang Parah
Jatuh Kren Di Putrajaya, Dua Maut, Seorang Parah PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Dua pekerja warga Indonesia maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai terjatuh daripada kren, ketika melakukan kerja mengecat bangunan kuarters di Presint 8 di sini, hari ini. Pada kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berada dalam bucket kren tersebut untuk mengecat bangunan, […]
Berita
Kerajaan Nafi Berlaku Kebocoran Data 17 Juta MyKad
Kerajaan Nafi Berlaku Kebocoran Data 17 Juta MyKad Kerajaan menafikan berlakunya kebocoran data 17 juta dokumen rasmi MyKad milik rakyat Malaysia seperti didakwa di media sosial, baru-baru ini. Menurut hantaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di laman X, siasatan yang dibuat mendapati tiada kebocoran data ataupun dan transaksi mencurigakan berlaku dalam sistem dibawah seliaannya. Dalam masa […]
Berita
Suami Pelakon Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri
Suami Pelakon Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri KUANTAN, 5 Dis (Bernama) — Suami kepada bekas model dan pelakon didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah. Tertuduh, 46, mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, 39, di sebuah rumah di lorong Indera Mahkota […]