Berita

Kerajaan Laksanakan Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Malaysia Bermula 10 Jun 2024
Kerajaan Laksanakan Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Malaysia Bermula 10 Jun 2024 Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bermula Isnin, 10 Jun […]

4 Gajah Di Kluang Dipercayai Mati Akibat Kegagalan Pernafasan, Organ Mungkin Diracun
4 Gajah Di Kluang Dipercayai Mati Akibat Kegagalan Pernafasan, Organ Mungkin Diracun Empat ekor gajah yang ditemui mati di Kahang Timur, Kluang pada awal bulan ini dipercayai mengalami kegagalan pernafasan dan organ serta pendarahan dalaman. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, menyatakan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa gajah-gajah tersebut telah diracun […]

Nahas Bas Rompin: Panggilan Video Perbualan Terakhir Bersama Isteri
Nahas Bas Rompin: Panggilan Video Perbualan Terakhir Bersama Isteri ROMPIN, 9 Jun (Bernama) — Panggilan video menjadi perbualan terakhir Saifullizan Abu, 53, dengan isterinya Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi. Saifullizan berkata menerusi panggilan video sekitar 12 tengah malam itu, isterinya yang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Jeram, […]

Aliran Berbuih, Bau Seakan Diesel Dikesan Di Sungai Gombak
Aliran Berbuih, Bau Seakan Diesel Dikesan Di Sungai Gombak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan aliran berbuih serta bau seakan diesel di sebuah tapak projek pembangunan di Sungai Gombak sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu. Menerusi hantaran di Facebook, LUAS berkata semakan mendapati permasalahan itu disyaki berpunca daripada pencucian jentera berhampiran lokasi pihaknya selepas […]

Nahas Bas Rompin: Hasnatul Adilah Sempat Tanya Keadaan Anaknya
Nahas Bas Rompin: Hasnatul Adilah Sempat Tanya Keadaan Anaknya ROMPIN, 9 Jun (Bernama) — Mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau awal pagi tadi, Hasnatul Adilah Hassan, 48, sempat bertanyakan keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian. Perkara itu dikongsikan rakan setugasnya Asmaniza Mohamad, 50, yang memaklumkan Hasnatul Adilah yang […]

Nahas Bas Rompin: Mangsa Ketiga Meninggal Dunia
Nahas Bas Rompin: Mangsa Ketiga Meninggal Dunia Polis mengesahkan seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan sebuah bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau pagi tadi, meninggal dunia. Lapor Sinar Harian, kematian individu tersebut menjadikan sekurang-kurangnya tiga nyawa terkorban akibat nahas tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor […]

Bas Bawa Rombongan Guru Terlibat Kemalangan, Dua Dilaporkan Maut
Bas Bawa Rombongan Guru Terlibat kemalangan, Dua Dilaporkan Maut Sekurang-kurangnya dua maut apabila bas persiaran yang membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabas dan terjunam selepas terlibat dengan kemalangan dengan sebuah treler pada awal pagi Ahad. Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam […]

Tiada Keretakan Di Lebuh Raya SPE – KKR
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan tiada keretakan pada persimpangan bertingkat Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Jalan Cheras, di sini. KKR menerusi kenyataan ringkas di platform X hari ini, memaklumkan pemeriksaan pada 11.30 malam tadi mendapati ia hanya kesan garisan hitam iaitu sendi pembinaan semasa kerja konkrit yang dibuat dahulu. “Konsultan […]

Sabah Bakal Berentap Dalam Pusingan Kelayakan Liga Juara-juara Wanita AFC 2024
Sabah Bakal Berentap Dalam Pusingan Kelayakan Liga Juara-juara Wanita AFC 2024 Juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023, Sabah diumumkan bakal bertanding di dalam pusingan kelayakan Liga Juara-juara Wanita AFC 2024 yang bakal berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2024. Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu. […]

Kerajaan Lulus Peruntukan Tambahan RM200 Juta Perkasa TVET
Kerajaan Lulus Peruntukan Tambahan RM200 Juta Perkasa TVET BANTING, 8 Jun (Bernama) — Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM200 juta bagi memperkasa dan meningkatkan penyertaaan belia menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tambahan yang akan disalurkan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) itu, antara […]

Rakyat Di Fasa Hidup Bersama Covid-19 – Dr. Dzulkefly
Rakyat Di Fasa Hidup Bersama Covid-19 – Dr. Dzulkefly KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Dzulkefly berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat pasca-Kabinet peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini. […]

Polis Dedah Ada Percanggahan Keterangan Saksi & Ibu Bapa Zayn Rayyan
Polis Dedah Ada Percanggahan Keterangan Saksi & Ibu Bapa Zayn Rayyan Polis mendedahkan bahawa terdapat percanggahan keterangan antara saksi dengan ibu bapa Zayn Rayyan. Menurut Sinar Harian, perkara itu menjadi antara alasan pasangan suami isteri berkenaan ditahan ketika ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang giat melakukan pelbagai usaha untuk melengkapkan […]

Walau Tewas, Rakyat Malaysia Puji Jojo Ghazali Tak Undur Dalam Gelanggang
Walau Tewas, Rakyat Malaysia Puji Jojo Ghazali Tak Undur Dalam Gelanggang Johan ‘Jojo’ Ghazali yang mewakili Rentap Muaythai Gym tewas menerusi keputusan pengadil ketika menentang Nguyen Tran Duy Nhat dalam aksi ONE 167 sebentar tadi. Berdepan Duy Nhat yang juga merupakan juara lima kali WMF Muay Thai, Jojo yang baru berusia 17 tahun berjaya menyajikan […]

Angkasawan Apollo 8 William Anders Maut, Pesawat Dipandu Terhempas
Angkasawan Apollo 8 William Anders Maut, Pesawat Dipandu Terhempas Bekas angkasawan yang mengikuti misi kedua Apollo 8, William Anders dilapor maut selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas di perairan Kepulauan San Juan pada petang Jumaat (waktu tempatan), lapor CBS News. Mendiang berumur 90 tahun dan kematiannya telah disahkan oleh anaknya, Greg Anders kepada portal berita […]

Diserang Sawan & Hilang Kawalan, Kereta Dipandu Lelaki Rempuh Tiang Hospital
Diserang Sawan & Hilang Kawalan, Kereta Dipandu Lelaki Rempuh Tiang Hospital Seorang lelali dilapor diserang sawan ketika memandu menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh tiang tembok batu di hadapan Jabatan X-ray Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku kira-kira 10.20 malam pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner […]

Jojo Ghazali Tewas Kepada Nguyen, Menerusi Keputusan Pengadil
Jojo Ghazali Tewas Kepada Nguyen, Menerusi Keputusan Pengadil Rezeki nampaknya tidak memihak kepada penarung sensasi, Johan ‘Jojo’ Ghazali dalam pertarungan kali ini selepas beliau tewas kepada Nguyen Tran Duy Nhat dalam ONE 167 sebentar tadi. Dalam pertarungan tiga pusingan yang berlangsung di Bangkok itu, Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym itu tewas menerusi keputusan pengadil. […]

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 17 Jun
Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 17 Jun KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman. Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada esok. “Bagi menyempurnakan titah […]

ByteDance Rancang Jadikan Malaysia Hab AI Dengan Cadangan Pelaburan RM10 Bilion
ByteDance Rancang Jadikan Malaysia Hab AI Dengan Cadangan Pelaburan RM10 Bilion ByteDance merancang untuk melabur dalam AI dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI bagi rantau ini dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan perkara tersebut selepas mengadakan pertemuan bersama Naib […]

Hujan, Ribut Petir Hingga Ahad Di Kebanyakan Tempat
Hujan, Ribut Petir Hingga Ahad Di Kebanyakan Tempat KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara berterusan hingga Ahad ini. Berdasarkan infografik MetMalaysia yang dikongsikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi laman X, hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung. Ini meliputi pantai barat […]

Lori Treler Bawa Kontena Tertera Logo ‘ZIM’ Diarah Tinggalkan Malaysia
ALOR SETAR, 7 Jun (Bernama) — Sebuah lori treler bernombor pendaftaran asing yang membawa kontena tertera logo ‘ZIM’ yang dipercayai dari Israel, telah ditahan dan diarah berpatah balik ke Thailand, semalam. Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Kastam Kedah Suhaime Affindi Zainol Abidin berkata lori kontena itu, yang mengandungi dagangan peralatan komputer ingin memasuki Malaysia melalui […]