Berita

Tiada Sambutan Aidilfitri Di Seri Perdana Tahun Ini — PM Anwar
Tiada Sambutan Aidilfitri Di Seri Perdana Tahun Ini — PM Anwar PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk membuat sebarang majlis sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Seri Perdana tahun ini, sebaliknya hanya mahu mengikuti sambutan anjuran kementerian di negeri-negeri. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan harus mengamalkan langkah […]

Lima Punca Enjin Kereta Semput, Masalah Nombor 5 Ramai Jarang Dengar
Lima Punca Enjin Kereta Semput, Masalah Nombor 5 Ramai Jarang Dengar Ketika memandu kenderaan, anda sudah tentu pernah berdepan dengan situasi kereta terasa semput ketika menekan pedal minyak untuk memecut, kan? Jika situasi berkenaan pernah terjadi, anda jangan buat tak tahu atau pandang sebelah mata sahaja masalah tersebut.Hal ini kerana, situasi enjin semput adalah bahaya […]

13 Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Pelajar Kolej Vokasional
13 Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Pelajar Kolej Vokasional LAHAD DATU, 2 April (Bernama) — Tiga belas remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional di sini, bulan lepas. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang […]

Majikan Ini Bagi Bonus RM350,000 Jika Pekerja Lahirkan Anak
Majikan Ini Bagi Bonus RM350,000 Jika Pekerja Lahirkan Anak Sebuah syarikat di Korea Selatan dilapor bersedia membelanjakan sejumlah besar wang bagi mengatasi masalah kelahiran rendah yang sedang dialami negara itu, lapor CNN. Booyoung Group, sebuah firma pembinaan yang berpangkalan di Seoul merancang untuk memberikan bonus sebanyak 100 juta Korea Won (RM350,500) kepada pekerjanya yang menimang […]

Meriah, Peminat Ucap Selamat Tinggal Pada Gundam Gergasi Di Yokohama
Meriah, Peminat Ucap Selamat Tinggal Pada Gundam Gergasi Di Yokohama YOKOHAMA — Peminat siri anime fiksyen Gundam mengucapkan selamat tinggal kepada robot Gundam Mobile Suit Gundam Seed yang ‘bersaiz hidup’ pada hari terakhir pameran di jeti Yokohama, Jepun. Memetik Kyodo News, persembahan itu dijalankan adalah bersempena memperingati ulang tahun ke-40 tayangan pertama siri televisyen itu, […]

KK Mart Kuching Dibaling “Molotov Cocktail”, Polis Giat Kesan Suspek
KK Mart Kuching Dibaling “Molotov Cocktail”, Polis Giat Kesan Suspek Selepas dua insiden serupa, kali ini kejadian membaling molotov cocktail berlaku di KK Mart cawangan Kuching, Sarawak pada Ahad lepas. Difahamkan, kejadian yang berlaku di sana merupakan insiden ketiga yang melibatkan kedai serbaneka tersebut, lapor Astro Awani. Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) […]

Surat Layang: FAM Mahu Buat Laporan Polis
Surat Layang: FAM Mahu Buat Laporan Polis SUBANG JAYA, 1 April (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran ‘surat layang’ yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan badan induk itu baru-baru ini. Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya juga bercadang untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) […]

Pengendali Terminal Bas Di Semenanjung Wajib Mohon Lesen Terminal – Loke
Pengendali Terminal Bas Di Semenanjung Wajib Mohon Lesen Terminal – Loke SEPANG, 1 April (Bernama) — Semua 169 terminal bas di Semenanjung Malaysia sama ada di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta diwajibkan memohon lesen terminal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk beroperasi. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pelesenan terminal adalah penting bagi […]

17.65 Juta Profil Warganegara Telah Dikemas Kini Dalam Sistem PADU – Rafizi
17.65 Juta Profil Warganegara Telah Dikemas Kini Dalam Sistem PADU – Rafizi PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) — Seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, berjaya dikemas kini dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, […]

PM Anwar Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu
PM Anwar Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) — Harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah dan stabil jika dibandingkan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata masih ada sesetengah pihak yang menyelar […]

8.4 Juta Rakyat Bakal Terima STR Fasa 2 Mulai Rabu Ini
8.4 Juta Rakyat Bakal Terima STR Fasa 2 Mulai Rabu Ini PUTRAJAYA — Kementerian Kewangan mengumumkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bakal disalurkan kepada 8.4 juta rakyat mulai 3 April 2024 ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. Dalam kenyataan tersebut, beliau berkata peruntukan […]

Tengku Zafrul Umum Letak Jawatan Bendahari UMNO Selangor
Tengku Zafrul Umum Letak Jawatan Bendahari UMNO Selangor PUTRAJAYA — Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan perletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor sebentar tadi. Beliau dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas melihat rangka pelaksanaan kebangkitan parti itu hambar malah tidak sehaluan dengan tema di […]

Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak Belum Dimaklumkan Secara Rasmi – Abang Johari
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak Belum Dimaklumkan Secara Rasmi – Abang Johari KUCHING, (Bernama) — Kerajaan Negeri Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan sebuah syarikat berpangkalan di Brunei untuk memulakan projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang akan melalui beberapa destinasi di Bumi Kenyalang. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau […]

Kerajaan Baharu Palestin Angkat Sumpah
Kerajaan Baharu Palestin Angkat Sumpah RAMALLAH, 1 April (Bernama) — Kerajaan baharu Palestin diketuai Perdana Menteri Mohammad Mustafa mengangkat sumpah di sini pada Ahad. Kerajaan baharu yang terdiri dari 23 menteri berportfolio termasuk sekurang-kurangnya enam daripada Semenanjung Gaza. Mohammad juga akan mengambil alih jawatan Menteri Luar daripada diplomat veteran Riyad Al-Maliki. Semasa majlis mengangkat sumpah di […]

Semua Jenis Basikal Tidak Dibenarkan Masuk Ke Dalam Tren – KTM Berhad
Semua Jenis Basikal Tidak Dibenarkan Masuk Ke Dalam Tren – KTM Berhad KUALA LUMPUR — Semua jenis basikal adalah tidak dibenarkan dibawa masuk di dalam tren ETS dan semua jenis perkhidmatan KTM Intercity. Perkara itu dimaklumkan KTM Berhad dalam satu kenyataan pada hari ini. “Semua jenis basikal adalah tidak dibenarkan dibawa di dalam tren ETS […]

Polis Sahkan Terima Laporan Guru Didakwa Lakukan Pedofilia
Polis Sahkan Terima Laporan Guru Didakwa Lakukan Pedofilia KOTA BHARU — Satu laporan berhubung seorang guru yang didakwa melakukan aktiviti pedofilia terhadap seorang pelajar lelaki telah diterima polis, lapor Sinar Harian. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun apabila mangsa membuat laporan tersebut. Kata Muhammad Zaki, keterangan daripada saksi juga diambil […]

Penjawat Awam Pahang Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 – Wan Rosdy
Penjawat Awam Pahang Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 – Wan Rosdy KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kira-kira 8,000 penjawat awam Pahang bakal menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM1,000. Perkara itu diumumkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik Beraya ke Pahang di sini, malam Ahad. “Saya akan beritahu […]

Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah
Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam Termasuk Lantikan Kontrak, RM250 Buat Pesara PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Anwar juga memaklumkan bantuan sebanyak RM250 akan diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen […]

Telekung, Kek Kenangan Terakhir Aqif – Ibu
Telekung, Kek Kenangan Terakhir Aqif – Ibu TELUK INTAN, 31 Mac (Bernama) — “Arwah ada menghadiahkan saya sepersalinan telekung dan sebiji kek sempena hari jadi saya baru-baru ini, itu kenangan terakhir,” demikian luahan ibu Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni. Megat Ashman Aqif, 21, seorang daripada pelajar Malaysia yang menuntut di University of Canterbury terkorban dalam […]

Biskut Resipi Tunku Azizah Dihasilkan Banduan Laris Dijual
Biskut Resipi Tunku Azizah Dihasilkan Banduan Laris Dijual KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Kehebatan dan ketangkasan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan pelbagai juadah masakan bukan sahaja sentiasa menjadi perhatian masyarakat bahkan ramai setia menantikan kemunculan video baginda beraksi di dapur. Dek kerana itu, tidak menghairankanlah apabila setiap kali dimuat naik di media sosial, video […]