Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
kereta kanak-kanak langgar van
Sumber: Sinar Harian

Kereta Dipandu Kanak-Kanak 10 Tahun Terbabas, Langgar Van

Hannah

Kereta Dipandu Kanak-Kanak 10 Tahun Terbabas, Langgar Van

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bernasib baik kerana terselamat selepas memandu kereta Toyota Corolla milik keluarganya dan terlibat dalam kemalangan.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 malam pada Selasa, di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut bersama seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang merupakan jirannya.

Bagaimanapun, mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang merupakan jirannya.

“Kereta itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju ke arah Taman Arowana Impian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

BACA: Atlet Olimpik Paris Cedera Parah Diserang, Dibakar Hidup-Hidup

Menurut beliau, semasa melalui satu selekoh, kereta yang dipandu oleh kanak-kanak tersebut terbabas dan melanggar sebuah van Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan.

Akibat perlanggaran itu, van tersebut menggelongsor ke hadapan dan melanggar sebuah kereta Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.

“Semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga perlu memerhati serta memantau tindakan anak-anak di bawah jagaan.

“Ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan, jika pesalah adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan dikenakan tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Sudesh Kumar, di talian 016-4830853 atau melaporkannya di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 111 akta yang sama, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

BACA: Bijak, Budak 8 Tahun Sesat Jalan Minta Bantuan Guna Mesin ATM

BACA: PERKESO Hentikan Sementara Tuntutan Pencarum Di Sebuah Hospital

Sumber: Sinar Harian