Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
atlet olimpik dibakar hidup-hidup
Kredit: Uganda Athletics Federation via X

Atlet Olimpik Paris Cedera Parah Diserang, Dibakar Hidup-Hidup

Hannah

Atlet Olimpik Paris Cedera Parah Diserang, Dibakar Hidup-Hidup

Seorang atlet maraton yang mewakili Uganda, Rebecca Cheptegei, dilaporkan cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai diserang oleh bekas kekasihnya.

Cheptegei mengalami kecederaan serius dengan 75 peratus bahagian badan termasuk wajahnya terbakar.

Kini, atlet yang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 itu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pengajaran dan Rujukan Moi, Eldoret City.

Menurut laporan media tempatan, kejadian tragis menimpa atlet berusia 33 tahun itu dilaporkan berlaku di kediamannya di Trans Nzoia County, Kenya.

Komander Polis Daerah Trans Nzoia, Jeremiah ole Kosiom berkata, insiden tersebut berlaku apabila bekas kekasihnya didakwa menyiram Cheptegei dengan petrol sebelum membakarnya hidup-hidup.

Ketika kejadian, Cheptegei dipercayai baru pulang dari gereja bersama dua anaknya sekitar jam 2 petang pada Ahad.

“Pasangan tersebut terdengar bertengkar di luar rumah.

“Semasa pertengkaran itu, teman lelakinya dilihat menyiram cecair pada wanita tersebut sebelum membakarnya.

“Suspek juga turut terbakar dan mengalami kecederaan serius,” kata Kosiom kepada media tempatan.

Di lokasi kejadian, pihak polis menemui jerrican kuning berkapasiti lima liter, beg dan topi hitam yang dipercayai milik bekas kekasih Cheptegei.

Selain itu, telefon bimbit yang terbakar dan dipercayai milik Cheptegei turut ditemui dan sedang dianalisis secara forensik.

Mengulas lanjut, Kosiom berkata, bekas kekasih Cheptegei juga mengalami kecederaan terbakar yang serius dalam insiden tersebut.

Difahamkan, jiran-jiran yang berada di lokasi kejadian segera memberikan bantuan dan memadamkan api sebelum membawa kedua-dua mangsa ke hospital.

Kini, pihak polis tempatan sedang giat menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

Untuk info, Cheptegei mewakili Uganda dalam acara maraton wanita di Sukan Olimpik Paris 2024, di mana beliau menduduki tempat ke-44.

Peningkatan kes keganasan terhadap atlet di Kenya, termasuk yang mengakibatkan kematian, semakin membimbangkan

Pada April 2022, seorang pelari wanita, Damaris Mutua, ditemui mati dengan kesan cekikan di sebuah rumah di Iten, Rift Valley, dengan bantal menutupi wajahnya.

Beberapa bulan sebelum itu, pelari jarak jauh yang memecah rekod, Agnes Tirop, juga ditemui mati akibat tikaman di bandar yang sama.

Dalam kedua-dua kes ini, pasangan mereka telah dikenal pasti sebagai suspek utama oleh pihak berkuasa.

Bukan sahaja wanita yang menjadi mangsa, pada Disember lalu, seorang lagi atlet Uganda, Benjamin Kiplagat, juga ditikam hingga mati oleh penyerang di Eldoret.

BACA: Lori Terbalik Masuk Longkang, Seorang Maut

BACA: Buaya Masih Bebas, PERHILITAN Selangor Giat Pantau

BACA: Isu Sijil Halal JAKIM: Ini Maklum Balas Restoran Johnny’s dan Black Canyon

Sumber: BBC, Sky News Australia