Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Lori Terbalik Masuk Longkang, Seorang Maut
KUBANG PASU — Sebuah lori jenis Hino dilaporkan terbabas lalu terbalik ke dalam longkang mengakibatkan seorang maut manakala tiga lagi cedera pada pagi Rabu, lapor Astro AWANI.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin, laporan mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 33.1 susur keluar Lebuhraya Utara Selatan itu telah diterima pihaknya pada pukul 6.36 pagi.
Ia selepas talian MERS 999 disambungkan ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengenai panggilan kecemasan berkenaan.
“Sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nazril Ab Rahman bersama tujuh anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Setiba di lokasi, didapati kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
“Tindakan operasi adalah dengan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan anggota mengalami kesukaran untuk mengeluarkan semua mangsa disebabkan ruangan sempit dan berair,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Bustan berkata pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa yang tersepit berusia sekitar 30-an itu meninggal dunia.
Insiden itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.
Mayat mangsa telah diserahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi proses bedah siasat.
Terdahulu, dalam kejadian lain seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas tercampak ke dalam gaung akibat dilanggar oleh sebuah trak pikap.
Difahamkan, ketika kejadian, beliau berada di luar keretanya yang berhenti di bahu jalan di Lebuhraya Timur-Barat, Kampung Batu Hitam, pada Isnin.
Lelaki berusia 60 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala, tiga penumpang lain yang berada dalam kereta jenis Proton Saga dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber: Astro AWANI