Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
perkeso hentikan sementara tuntutan
Kredit: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

PERKESO Hentikan Sementara Tuntutan Pencarum Di Sebuah Hospital

Azizah Najib

PERKESO Hentikan Sementara Tuntutan Pencarum Di Sebuah Hospital

Proses tuntutan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disemak oleh Jemaah Doktor di sebuah hospital di Pulau Pinang dihentikan sementara.

Arahan ini dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikutan siasatan yang sedang dijalankan berkenaan pembongkaran rangkaian kartel penipuan tuntutan pencarum. Siasatan ini merupakan kerjasama antara pihak PERKESO, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menjelaskan bahawa pihak KESUMA juga telah mengarahkan PERKESO untuk mengambil langkah berhati-hati dan merombak semula prosedur operasi standard (SOP) semua tuntutan serta-merta.

PERKESO hentikan sementara tuntutan, rombak SOP serta-merta

“Satu rombakan sepenuhnya telah diarahkan dan dalam proses membuat satu SOP baharu. SOP ini akan digunakan dalam kadar segera,” katanya.

Beliau turut menjelaskan pemberhentian proses tuntutan itu hanya melibatkan hospital berkenaan. Pihak PERKESO masih meneruskan proses tuntutan yang diterima dari lokasi yang lain.

BACA: PERKESO Beri Kerjasama Sepenuhnya Banteras Kartel Tuntutan Palsu

Baru-baru ini, SPRM telah membuat penangkapan seramai 32 individu yang terlibat dalam pemalsuan tuntutan hilang upaya kekal (HUK) apabila menerima laporan daripada pihak PERKESO sendiri.

Ketika mendedahkan pembongkaran ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata tuntutan palsu dikenal pasti apabila terdapat keraguan pada cara kemalangan dan tahap kecederaan yang dilaporkan oleh doktor swasta.

BACA: DBKL Nafi Kadar Baharu Parkir Di Kuala Lumpur

“Dalam kes ini, doktor swasta terlibat dalam mewujudkan satu laporan palsu. Di samping itu, Jemaah Doktor juga terlibat dengan kartel ini untuk membantu tuntutan palsu.

“Kes-kes yang mereka gunakan adalah sebagai kes commuting accident. Ia tidak melibatkan third party (seperti) terlanggar lubang, langgar anjing, tergelincir jatuh.

“Sebenarnya tidak wujud (tulang) patah tetapi doktor keluarkan laporan perubatan, tangan patah, kaki patah.

“Jadi kita buat siasatan dalaman, pergi ke hospital (untuk pemeriksaan tetapi) x-ray menunjukkan tidak patah. (Dalam) laporan perubatan menyatakan patah dan beri MC sehingga 90 hari,” jelasnya.

BACA: Tular Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA

Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)