Siakap Keli
dbkl kadar baharu
Gambar: Bernama/DBKL

DBKL Nafi Kadar Baharu Parkir Di Kuala Lumpur

DBKL Nafi Kadar Baharu Parkir Di Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan mengenai penetapan kadar bayaran baharu bagi tempat meletak kenderaan di Kuala Lumpur yang tular di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Facebook, DBKL memaklumkan gambar yang memaparkan kadar bayaran tempat meletak kenderaan tersebut merupakan hantaran lama yang dimuat naik semula.

BACA: DBKL Sahkan Kejadian Longkang Runtuh Di Kampung Kerinchi

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ingin memaklumkan bahawa terdapat satu hantaran mengenai kadar baharu parkir di Kuala Lumpur yang berlegar di media sosial.

“DBKL ingin menafikan mengenai perkara tersebut dan hantaran ini adalah hantaran lama yang dikitar semula,” katanya ringkas.

Terdahulu, tular infografik terbabit di media sosial yang mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur via Facebook

BACA JUGA: Aplikasi JomParking Kembali Beroperasi Semula di Kawasan DBKL Bermula 7 Oktober

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.