Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

DBKL Sahkan Kejadian Longkang Runtuh Di Kampung Kerinchi
Kejadian longkang runtuh dilaporkan telah berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan di Facebook berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam pada Isnin dan pihaknya telah mengambil langkah keselamatan sejurus laporan diterima.
“DBKL mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.
BACA: Tanah Jerlus: Enam Lurang Kumbahan Dibuka Luaskan Kawasan Pencarian Mangsa
“Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian,” katanya pada Selasa.
Gambar yang dimuat naik pihak DBKL menunjukkan runtuhan longkang berlaku di kawasan pejalan kaki. Sebahagian kecil struktur jalan berdekatan turut runtuh. Setakat ini, tiada mangsa atau kerosakan harta benda awam dilaporkan berlaku disebabkan kejadian tersebut.
Sebelum ini, satu kejadian tanah mendap di Jalan Masjid India berlaku kira-kira jam 8 pagi pada Jumaat lepas. Kejadian yang menggemparkan seluruh negara itu melibatkan seorang pelancong dari India dan turut dirakam menerusi kamera litar tertutup di kawasan pejalan kaki.
Mangsa, Vijayaletchumi, 48, dilaporkan hilang apabila dilihat terjatuh bersama tanah yang jerlus. Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dengan kerjasama pelbagai pihak.
Menurut pasukan SAR, pelbagai kaedah telah dilakukan dalam usaha mencari mangsa termasuk pengujian menggunakan botol. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata objek tersebut mengambil masa sekitar empat jam untuk tiba ke titik terakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.
“Kalau mengikut aliran air, (laluan) sepanjang 5.3 hingga 6 kilometer dari lokasi kejadian tanah jerlus hingga ke loji IWK Pantai Dalam,” katanya.
Beliau berkata, teknologi kamera turut digunakan di lurang kumbahan untuk mengesan mangsa.
“Pada hari ini juga Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains turut hadir melakukan pemantauan di lokasi kejadian, termasuk melakukan imbasan,” tambahnya lagi.
Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)