Bomba Bantu Hantar Lelaki 350 Kg Ke Hospital
ALOR GAJAH, 31 Jan (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor Gajah dari rumahnya di Kuala Sungai Baru di sini, awal pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata proses mengeluarkan lelaki berusia 40 tahun yang berada dalam keadaan lemah dari bilik air mengambil masa 20 minit disebabkan ruang sempit.
“Isteri lelaki itu memberitahu cuba membantu suaminya untuk keluar dari bilik air namun tidak berjaya menyebabkannya menghubungi bomba pada 2.56 pagi untuk meminta bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Banding Dengan Poland, Mat Saleh Tak Sangka Kualiti Udara Malaysia Macam Ni
Tiga Kampung Indonesia Masuk Malaysia, Pakar Kongsi Implikasi Terhadap Negara
Pancaran Solar Terkuat Selepas 20 Tahun Dipantau, Ini Kesan Pada Bumi
Gerhana Matahari Penuh Kedua Terpanjang Abad Ke-21 Bakal Berlaku
Bisnes Lenyap & Modal RM680k Hangus Semasa PKP, Lelaki Bangkit Bina Taman Arnab Pertama Di Melaka
Lelaki itu yang bekerja sebagai guru dikatakan demam sejak lebih seminggu lepas dan berehat di rumah selepas diberikan cuti sakit.
Mohd Hafidzatullah berkata lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah terlibat dalam operasi itu perlu menenangkan lelaki tersebut yang menahan kesakitan akibat jangkitan kuman pada kaki selain menghidap asma.

