Berita

Isteri Taib Mahmud Rayu Hentikan Tuduhan & Sangkaan Jahat Terhadapnya
Isteri Taib Mahmud Rayu Hentikan Tuduhan & Sangkaan Jahat Terhadapnya Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merayu kepada orang ramai agar menghentikan tuduhan dan sangkaan jahat terhadap dirinya, lapor Astro Awani. Beliau berkata sedemikian dalam satu surat terbuka terhadap pihak media. Ia susulan dakwaan atas tindakannya yang dipercayai melarikan bekas […]

Raja Charles III Disahkan Hidap Kanser, Mula Terima Rawatan
Raja Charles III Disahkan Hidap Kanser, Mula Terima Rawatan Raja Charles III telah disahkan menghidap penyakit kanser dan dilaporkan mula menerima rawatan, lapor AFP. Berita yang mengejutkan itu telah dimaklumkan oleh Istana Buckingham pada Isnin. Susulan pengumuman itu, ramai yang menyatakan sokongan dan mendoakan agar Raja Charles III sembuh daripada penyakit terbabit. Sebelum disahkan menghidap […]

Polis Kesan Waris Mayat Wanita Tanpa Identiti Di Teluk Intan
Polis Kesan Waris Mayat Wanita Tanpa Identiti Di Teluk Intan IPOH, 5 Feb (Bernama) — Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk, di Teluk Intan, bulan lepas, dipercayai dibunuh. Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira […]

Peminat Tuntut Semula Duit Tiket Lepas Kecewa Messi Tak Main
Peminat Tuntut Semula Duit Tiket Lepas Kecewa Messi Tak Main Perlawanan persahabatan antara Hong Kong dan Inter Miami pada Ahad yang sepatutnya menyaksikan kehebatan pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi, mendapat sambutan yang buruk daripada peminatnya apabila pemain itu tidak turun ke padang untuk beraksi. Lapor CNN, walaupun Inter Miami telah berjaya mengalahkan Hong Kong […]

FamilyMart Malaysia Tetap Pendirian Tak Sokong Keganasan
FamilyMart Malaysia Tetap Pendirian Tak Sokong Keganasan FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa ia tetap dengan pendiriannya yang tidak menyokong sebarang keganasan atau pembunuhan. Jelasnya, pada hari ini pihaknya telah dimaklumkan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU dengan Elbit Systems. “Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia. “Pada Mac 2023, ia […]

Polis Sarawak Sahkan Terima Laporan Tun Taib Dibawa Keluar Hospital
Polis Sarawak Sahkan Terima Laporan Tun Taib Dibawa Keluar Hospital Polis Kontinjen Sarawak telah mengesan satu hantaran tular di media sosial berkaitan kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengesahkan menerima laporan mengenai isu tersebut. […]

Ahli KWSP Dibenarkan Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans Ahli Keluarga
Ahli KWSP Dibenarkan Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans Ahli Keluarga KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan ahlinya dibenarkan untuk menggunakan dana dalam Akaun 2 untuk tujuan membeli produk insurans hayat dan kritikal serta takaful bagi ahli keluarga terdekat, lapor Dagang News. Difahamkan, inisiatif ini terletak di bawah i-Lindung Fasa […]

MPK Kini Dikenali Sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang
MPK Kini Dikenali Sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang KUALA LUMPUR — Majlis Perbandaran Klang (MPK) secara rasminya diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) hari ini, lapor Astro Awani. Pengisytiharan itu telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis pagi tadi. Untuk pengetahuan, ia merupakan satu-satunya daerah yang mendapat status ‘Diraja’ […]

Johor Kekal Larangan Jual Vape
Johor Kekal Larangan Jual Vape BATU PAHAT, 5 Feb (Bernama) — Kerajaan Johor mengekalkan larangan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu sama seperti yang diputuskan sejak 1 Jan 2016 dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjualnya secara terbuka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata sehubungan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak […]

Seorang Lagi Pendatang Tanpa Izin Lolos Maut, Jumlah Diberkas 54 Orang Setakat Pagi Ini – KP Perak
Seorang Lagi Pendatang Tanpa Izin Lolos Maut, Jumlah Diberkas 54 Orang Setakat Pagi Ini – KP Perak IPOH, 5 Feb (Bernama) — Seorang lagi pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor, Tapah, maut akibat kemalangan jalan raya malam tadi, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. Mohd Yusri berkata […]

Masih Kekal Relevan, Facebook Kini Genap 20 Tahun
Masih Kekal Relevan, Facebook Kini Genap 20 Tahun Platform media sosial gergasi, Facebook menyambut ulang tahun yang ke-20 tahun penubuhannya semalam, lapor CNN. Aplikasi ini diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sewaktu beliau masih seorang pelajar Universiti Harvard. Pada awalnya, rangkaian sosial itu diciptakan adalah untuk penggunaan rakan-rakan pelajarnya. Namun, sepanjang dua dekad […]

Penjualan “Energy Stick”, KKM Akan Ambil Tindakan
Penjualan “Energy Stick”, KKM Akan Ambil Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bakal mengambil tindakan segera mengenai penjualan produk penyedut hidung atau ‘energy stick’, lapor Sinar Harian. Ia susulan produk tersebut tular di media sosial dan didakwa boleh memberi tenaga dan kesegaran kepada pengguna. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya sebelum ini […]

Keputusan Pengurangan Hukuman Najib: PM Anwar Mahu Kritikan, Kecaman Dihentikan
Keputusan Pengurangan Hukuman Najib: PM Anwar Mahu Kritikan, Kecaman Dihentikan PUTRAJAYA, 5 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya semua kritikan dan kecaman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dihentikan. Anwar turut menggesa agar keputusan itu dihormati kerana ia bukan sahaja dibuat berlandaskan […]

Polis Cedera Dilanggar Ketika Rondaan Cegah Jenayah
Polis Cedera Dilanggar Ketika Rondaan Cegah Jenayah IPOH, (Bernama) — Seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan, cedera setelah dilanggar lari sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, jam 7.30 malam semalam. Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis berusia 34 tahun itu, bersama seorang lagi anggota yang […]

Boss Mario Tak Hilang, Sedang Dapatkan Rawatan Di Hospital Swasta
Boss Mario Tak Hilang, Sedang Dapatkan Rawatan Di Hospital Swasta MELAKA, 4 Feb (Bernama) — Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Boss Mario ditemukan selamat dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Jalan Syed Abdul Aziz di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Boss Mario, atau nama sebenarnya […]

Mayat Lelaki Lengkap Berpakaian Ditemui Dalam Longkang
Mayat Lelaki Lengkap Berpakaian Ditemui Dalam Longkang Mayat seorang lelaki yang berada dalam keadaan tertiarap ditemukan dalam longkang sedalam satu meter di Jalan Pasir Hor-Pasir Tumboh, Kampung Seribong di Kelantan oleh dua pekerja syarikat penyelenggaraan jalan, lapor Sinar Harian. Difahamkan, ketika kejadian, salah seorang daripada pekerja tersebut, Mohd Araf Saupi, 25, berkata dia terkejut serta […]

Gaji Rendah Dan Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah – KPN
Gaji Rendah Dan Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah – KPN SHAH ALAM, 4 Feb (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain, hari ini tidak menafikan gaji yang rendah dan sikap individu antara faktor yang menyebabkan seseorang pegawai serta anggota terlibat dalam kesalahan rasuah. Beliau berkata selain faktor tersebut, banyak lagi faktor […]

Klang Bandar Diraja Bukan ‘Bandar Colombia’ – Ketua Polis Negara
Klang Bandar Diraja Bukan ‘Bandar Colombia’ – Ketua Polis Negara KLANG, 4 Feb (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini menegaskan Bandar Klang adalah Bandar Diraja dan menolak tanggapan negatif sesetengah pihak bahawa bandar itu seperti ‘Bandar Colombia’ kerana khuatir akan mencetuskan kebimbangan orang ramai. Beliau berkata hasil lawatannya di bandar tersebut […]

Polis & PGA Serbu Pelabuhan Klang, Ratusan Warga Asing Ditahan Untuk Dokumentasi
Polis & PGA Serbu Pelabuhan Klang, Ratusan Warga Asing Ditahan Untuk Dokumentasi Lebih 300 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu kawasan penempatan di Persiaran Raja Muda Musa di Pelabuhan Klang hari ini. Memetik Sinar Harian, kawasan berkenaan dikenali dengan kebanjiran warga asing yang menyewa beberapa unit kediaman di […]

Syarikat Jerman Buat Sistem Kerja 4 Hari Seminggu, Gaji Dibayar Penuh
Syarikat Jerman Buat Sistem Kerja 4 Hari Seminggu, Gaji Dibayar Penuh Sebanyak 45 syarikat dan organisasi di Jerman dilaporkan mula melaksanakan jadual bekerja empat hari seminggu bagi tempoh enam bulan, lapor DW. Difahamkan, inisiatif itu telah diketuai oleh firma perunding Intraprenör dengan kerjasama organisasi bukan untung yang bernama 4 Day Week Global (4DWG). Walaupun tempoh […]