Berita

Polis Tahan Lelaki Disyaki Pukul Gelandangan
Polis Tahan Lelaki Disyaki Pukul Gelandangan Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki memukul gelandangan di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu yang juga turut tular di media sosial. “Pada jam lebih kurang 1.46 pagi, […]

Kenapa Awak Tak Cakap Dari Mula? – FB Najib Razak
Kenapa Awak Tak Cakap Dari Mula? – FB Najib Razak “Kenapa awak tak cakap dari mula?” Itu reaksi yang dikongsikan di laman Facebook Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Kenyataan itu dimuatnaik […]

Adakan Perbincangan Santai, Anwar Terima Kunjungan Rajinikanth
Adakan Perbincangan Santai, Anwar Terima Kunjungan Rajinikanth Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth, di pejabatnya hari ini. Menerusi perkongsian di laman X, Anwar menitipkan penghargaan terhadap bintang filem terkenal itu. “Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan […]

Kerajaan Tak Tolak Perkenalkan Semula GST – Rafizi
Kerajaan Tak Tolak Perkenalkan Semula GST – Rafizi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini memaklumkan bahawa kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Bagaimanapun, menurutnya, strategi utama kerajaan adalah untuk meluaskan sumber hasil negara. Ia termasuk fokus ke arah membangunkan Cukai Keuntungan Modal, yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024, lapor Sinar Harian. […]

Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia: Masih Tiada Permohonan Dibuat – Ayob Khan
Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia: Masih Tiada Permohonan Dibuat – Ayob Khan Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dirancang akan diadakan di Sogo pada Sabtu depan, lapor Awani. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata belum ada sebarang permohonan dihantar oleh penganjur perhimpunan berkaitan perhimpunan […]

Akta Semakan Hukuman Mati Dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023 Berkuat Kuasa Esok
Akta Semakan Hukuman Mati Dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023 Berkuat Kuasa Esok PUTRAJAYA, 11 Sept (Bernama) — Sebanyak 1,020 banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup kini boleh memfailkan permohonan untuk membuat semakan hukuman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini berikutan penguatkuasaan Akta Semakan Hukuman Mati dan […]

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula, Akan Dibatalkan – PM Anwar
Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula, Akan Dibatalkan – PM Anwar KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) […]

Padah Guna Suar Semasa Bergambar ‘Pre-Wedding’, Gunung Bromo Terbakar 50 Hektar
Padah Guna Suar Semasa Bergambar ‘Pre-Wedding’, Gunung Bromo Terbakar 50 Hektar Tindakan sepasang kekasih yang menyalakan suar semasa penggambaran pra-perkahwinan di Gunung Bromo, Indonesia membawa padah apabila ia menjadi punca kebakaran besar seluas 50 hektar dalam kejadian Rabu lalu, lapor Detik.com. Kejadian malang tersebut berlaku di kawasan Bukit Teletubbies selepas suar dinyalakan bagi mengeluarkan asap […]

Tak Puas Hati Keputusan Seri Dengan Malaysia, Penyokong China Minta “Refund” Duit Tiket
Tak Puas Hati Keputusan Seri Dengan Malaysia, Penyokong China Minta “Refund” Duit Tiket Gara-gara kecewa dengan keputusan seri dalam aksi persahabatan, penyokong bola sepak China menuntut ganti rugi bagi tiket perlawanan yang dibeli semasa menyaksikan perlawanan China menentang Malaysia di Stadium Phoenix Hill, Chengdu pada Sabtu. Menerusi video yang dimuat naik China Sport Vision, ia […]

Kes 23 Penghuni Tahfiz Mati Terbakar: Mahkamah Tolak Rayuan Pemuda
Kes 23 Penghuni Tahfiz Mati Terbakar: Mahkamah Tolak Rayuan Pemuda PUTRAJAYA, 11 Sept (Bernama) — Seorang pemuda kekal ditahan di penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan membunuh 23 mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Abu Bakar Jais, […]

Hansi Flick Dipecat Selepas Jerman Dibelasah Jepun
Hansi Flick Dipecat Selepas Jerman Dibelasah Jepun Ketua jurulatih pasukan bola sepak Jerman, Hansi Flick sah dipecat selepas kekalahan memalukan ke atas gergasi Asia, Jepun. Perlawanan persahabatan itu menyaksikan Jerman tewas 4-1. Ia kekal rekod tanpa kalah Jepun menentang Jerman selepas kali terakhir bertemu di kempen Piala Dunia Qatar tahun lepas. Prestasi buruk pasukan Jerman […]

Syed Saddiq Enggan Kosongkan Kerusi Parlimen Muar
Syed Saddiq Enggan Kosongkan Kerusi Parlimen Muar Walaupun terdapat desakan untuk mengosongkan kerusi Parlimen, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan dirinya enggan membuat tindakan tersebut walaupun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah meninggalkan blok kerajaan. Lapor Sinar Harian, perkara tersebut sebaliknya perlu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) susulan melanggar ikrar untuk […]

Pelakon Mek Habsah Meninggal Dunia Akibat Penyakit Paru-paru
Pelakon Mek Habsah Meninggal Dunia Akibat Penyakit Paru-paru Penyanyi, pelakon dan pelawak popular era 1980-an, Mek Habsah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru, kira-kira 2.45 pagi Isnin, menurut cucunya, Huraimi Hilman, lapor Gempak. Berita pemergian penyanyi berusia 67 tahun itu dimaklumkan oleh Huraimi menerusi laman Facebook. Difahamkan, allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan […]

Hotel Empat Bintang Milik Ronaldo Jadi Tempat Perlindungan Mangsa Gempa Di Maghribi
Hotel Empat Bintang Milik Ronaldo Jadi Tempat Perlindungan Mangsa Gempa Di Maghribi Hotel kepunyaan Cristiano Ronaldo di Maghribi dilapor telah menjadi tapak perlindungan bagi mangsa terselamat dalam gempa bumi besar yang melanda negara tersebut pada Jumaat lalu, lapor Marca. Difahamkan, kira-kira hampir 2,000 orang maut dan ratusan lagi cedera selepas Maghribi mengalami kejutan seismik berukuran […]

Polis Terengganu Nafi Op Khas Motosikal Berunsur Sabotaj
Polis Terengganu Nafi Op Khas Motosikal Berunsur Sabotaj KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) — Polis Terengganu menafikan bahawa pelaksanaan Op Khas Motosikal pada Jumaat dan Sabtu lepas mengandungi unsur sabotaj terhadap program himpunan tahunan RXZ Members 5.0 yang berlangsung dalam tempoh sama di Kuala Nerus. Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata operasi tersebut dijalankan secara […]

Warga Emas Maut Nahas Lapan Kenderaan Dalam Perjalanan Hantar Cucu Ke IPT
Warga Emas Maut Nahas Lapan Kenderaan Dalam Perjalanan Hantar Cucu Ke IPT NIBONG TEBAL, 10 Sept (Bernama) — Wanita warga emas yang maut dalam nahas membabitkan lapan kenderaan termasuk dua treler di Kilometer (KM) 164.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini awal pagi tadi, dalam perjalanan bersama keluarga menghantar cucu lelakinya mendaftar ke institut pengajian tinggi di Perlis. Ketua Polis […]

Kemenangan PRK Pulai, Simpang Jeram Bukti Rakyat Johor Matang Politik
Kemenangan PRK Pulai, Simpang Jeram Bukti Rakyat Johor Matang Politik KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Kemenangan calon daripada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram adalah bukti kematangan politik rakyat Johor, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ia menunjukkan bahawa […]

Berada Di Kedudukan Pertama, Roti Canai Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia
Berada Di Kedudukan Pertama, Roti Canai Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia Makanan kegemaran rakyat Malaysia, roti canai telah disenaraikan sebagai salah satu roti terbaik di dunia. Menerusi senarai terkini di laman Facebook Taste Atlas, roti canai Malaysia mendahului senarai dengan berada di tangga teratas dalam carta roti terbaik dunia. Roti canai telah menerima penilaian 4.9 […]

Terhibur, Youtuber Keluarkan Kad Uno “Reverse” Lepas Dilayangkan Kad Kuning Oleh Pengadil
Terhibur, Youtuber Keluarkan Kad Uno “Reverse” Lepas Dilayangkan Kad Kuning Oleh Pengadil Tindakan seorang youtuber Max Fosh yang memberi kad Uno ‘reverse’ kepada pengadil semasa perlawanan bola sepak amal Sidemen FC pada Sabtu menjadi tular dan disifatkan sebagai perkara lucu yang pernah berlaku di padang. Memetik Complex, dalam rakaman permainan pada minit ke-78, pengadil Liga […]

Mayat Ditemukan Dalam Lori, Polis Tahan Dua Lelaki
Mayat Ditemukan Dalam Lori, Polis Tahan Dua Lelaki KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah lori yang diparkir di kawasan tempat letak kereta di Danau Kota, Setapak di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata mayat […]