Gaya hidup›Kesihatan
Vaksin COVID-19 Bangavax Bangladesh Dapat Kelulusan Ujian Terhadap Manusia
DHAKA, 24 Nov (Bernama) — Vaksin COVID-19 buatan tempatan pertama Bangladesh menerima kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia. Bangavax, vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech mendapat kelulusan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh (BMRC) pada Selasa, lapor Xinhua. “Kami dapat kebenaran daripada BMRC untuk lakukan ujian kepada 64 peserta dewasa yang sihat,” kata pegawai […]

Buah Pinggang Mungkin Rosak? Ini Salah Satu Komplikasi Gout Yang Ramai Tidak Tahu
Bagi penghidap sakit gout, sudah pasti anda mengetahui betapa ‘peritnya’ sakit tersebut sehingga menyebabkan aktiviti harian mungkin terganggu kerana kesukaran untuk berjalan. Sakit gout ini dikatakan berlaku akibat lebihan asid urik dalam darah. Apabila lebihan asid urid ini berlaku maka akan membentuk urat kristal yang terkumpul dalam sendi. Bila dah terkumpul akan timbulnya sakit pada […]

Nampak Macam Pisang Tapi Tak Sama, Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Beza Buah Pisang Dengan “Plantain”
Pernahkah anda lihat setandan ‘pisang’ yang berwarna hijau dengan kulit tebal di pasar raya? Namun jangan terlalu awal membuat konklusi kerana itu bukanlah ‘pisang’ tetapi ianya digelar sebagai plantain. Plantain ialah satu tanaman yang dikatakan ‘sepupu berkanji pisang’ yang sangat terkenal di Amerika Latin, Afrika, dan Caribean. Namun begitu adakah ‘Pisang’ dan ‘Plantain’ sama atau […]
Betul Ke Pakai Inai Henna Boleh Buat Kulit Berparut Kekal? Ini Yang Korang Kena Tahu
Pemakaian inai atau henna merupakan satu trend yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Kebiasaannya, inai dipakai sebagai hiasan di tangan kaum hawa bagi acara-acara penting, seperti pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Ada juga yang memakainya hanya sekadar suka-suka kerana memiliki corak yang pelbagai. Di pasaran terkini, sudah banyak warna baharu yang telah dikeluarkan dan […]
Lebih 2.6 Juta Populasi Remaja Negara Lengkap Divaksinasi
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Sebanyak 2,603,148 individu atau 82.7 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau […]
Vaksin COVID-19: Dos Penggalak Diberi Esok Untuk Ahli Parlimen Yang Belum Terima
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada Ahli Parlimen yang belum menerimanya diadakan esok untuk sesi ketiga di klinik Parlimen. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari. “Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Datuk Dr Murugesu Raju […]
Rasa Kebas Dan Kesemutan Di Anggota Badan, Perkara Biasa Atau Tanda Sakit, Ni Cara Mudah Untuk Legakan2K Tu
Korang perasan tak, kadang-kadang korang mesti akan rasa macam kebas-kebas dan kesemutan secara tiba-tiba kan kat anggota badan. Haaa, korang tau ke tak sebenarnya kenapa rasa tu datang, Bukan saja-saja tau. Maksudnya ada something wrong la tu kat badan korang. Sebelum jadi lagi teruk, baik korang selidik punca rasa tu datang. Untuk dapat info mudah […]

(Video) “Nampak Perkataan Double Kadang-Kadang,” Ini 3 Tanda Mata Anda Stress Ketika Belajar
Dalam sehari, berapa jam anda belajar atau bekerja menggunakan komputer mahupun telefon bimbit? Lima atau enam jam itu merupakan perkara biasa. Namun, ada yang lebih daripada itu, lebih-lebih lagi dalam golongan pelajar. Sebelum ini, sesi persekolahan diadakan secara dalam maya dan para pelajar diminta untuk menghadiri kelas secara maya. Ia merupakan salah satu faktor yang […]
Kerajaan Siap Sedia Jika Berlaku Gelombang Keempat COVID- Aaron
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kerajaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19 dalam negara susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lepas. Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata kesan jangkitan COVID-19 itu hanya dapat dilihat sekitar 10 ke 14 hari akan datang. “Kesan jangkitan kita akan dapat 10 ke […]
Orang Diabetes Tak Tahu Nak Makan Apa Waktu Sarapan? Cuba 9 Menu Ini
Semua rakyat Malaysia pasti maklum dengan menu sarapan yang pelbagai di sini. Pelbagai jenis makanan yang boleh didapati dari makanan berat sehinggalah ke manisan seperti kuih-muih. Namun begitu, bukan semua boleh menikmati sarapan mengikut menu apa yang mereka sukai. Hal ini demikian kerana bagi pesakit yang menghidapi diabetes mereka perlu menjaga pemakanan mereka. Oleh itu, […]

Boleh Jadi Makin Teruk Di Trimester Akhir, Ini Cara Berkesan Atasi Sakit Belakang Semasa Hamil, Cara ‘Last’ Tu Paling Mudah
Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Tak lengkap rasanya mahligai rumah tangga yang dibina tanpa kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang. Setelah sekian waktu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, berita kehamilan sudah pasti menjadi khabar gembira yang paling ditunggu-tunggu pasangan suami isteri. Maka tak hairanlah kalau dari hari pertama […]
Jangan Main Petik & Makan, Ini Cara Nak Kenalpasti Cendawan Yang Beracun
Apabila sebut je pasal cendawan, ada dua perkara yang akan terlintas di fikiran kita, iaitu peribahasa Melayu atau makanan. Cendawan merupakan sejenis kulat yang hidup di atas tanah atau sumber nutriennya, seperti kayu. Mengandungi sumber protein, vitamin dan zat galian (kalsium dan posforus), cendawan dapat membekalkan nutrien sihat dan boleh diamalkan dalam pemakanan seharian. Namun, […]
(Video) Doktor Gigi Ini Tunjuk Cara Paling Mudah Nak Tahu Mulut Korang Berbau Atau Tidak
Masalah mulut berbau merupakan salah satu masalah yang sangat dibenci oleh semua orang. Masalah mulut berbau ini berpunca daripada banyak faktor seperti merokok, penyakit gigi dan ada juga yang disebabkan oleh sikap seseorang yang tidak suka memberus gigi. Masalah mulut berbau bukan sahaja memberikan kesan kepada diri sendiri, malah kepada orang sekeliling juga. Orang yang […]
“Kena Apply Thai Pass Kat Link Ini,” Lelaki Ini Kongsi Proses ‘Penuh’ Nak Melancong Ke Bangkok
Rasanya tak ada manusia yang tidak suka melancong, lebih-lebih lagi jika berpeluang ke tempat orang. Tambahan pula sekarang kerajaan sudah memberi kelonggaran untuk melancong ke luar negara, lagi ramailah yang seronok kan? Pasti ada yang gemar melancong ke Bangkok, Thailand? Mana taknya, di situ kaya dengan pelbagai makanan yang menyelerakan sekaligus memiliki permandangan yang cantik. […]
Covid-19: Tempat Peranginan Terkemuka Di Langkawi Ditutup Sementara
ALOR SETAR, 22 Nov – Sebuah tempat peranginan terkemuka di Langkawi ditutup sementara mulai hari ini berikutan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja di premis itu. Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata penutupan berkenaan atas inisiatif pihak tempat peranginan itu sendiri untuk mengekang penularan wabak tersebut sekali gus menjamin keselamatan pekerja serta pelancong. […]
Orang Ramai Di AS Dinasihat Elak Beli Bawang Tertentu Ekoran Penularan Wabak Salmonella
Pihak Pentadbiran Makanan Dan Dadah AS menasihati pengguna supaya tidak membeli bawang tertentu berikutan penyebaran wabak Salmonella di 38 buah negeri termasuk Puerto Rico, lapor berita CDC melalui CNN US. Menurut laporan CNN, beberapa syarikat sudah tidak lagi mengambil bekalan bawang ekoran daripada penularan wabak Salmonella yang dikatakan tersebar melalui bawang merah, kuning, dan putih […]

Kenali 3 Jenis Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan, Ini Antara Pilihan Selamat Bagi Si Ibu
Bagi ibu hamil, antara situasi cukup mencemaskan ketika menanti hari-hari terakhir sebelum bersalin adalah posisi bayi dalam kandungan yang berada dalam keadaan songsang. Difahamkan, kedudukan songsang ini dipercayai boleh menyukarkan bayi untuk lahir secara normal pada kedudukan sebenar; iaitu kepala di bawah dan kaki di atas. Pernah juga digembar-gemburkan dalam masyarakat bahawa kedudukan bayi songsang […]
COVID: Sistem Amaran Berisiko Tinggi Kesan Peningkatan Kes Akan Diperkenal
REMBAU, 21 Nov (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes COVID-19 dalam negara. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata menerusi sistem tersebut KKM mencadangkan beberapa sektor diperketat sekiranya didapati berlaku peningkatan kes namun ia bukan sekatan pergerakan penuh. “Saya akan umumkan perkara itu termasuk perincian dalam situasi […]
TERKINI: 4,854 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 4,854 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,586,601 kes. Kes positif harian di Malaysia menunjukkan setakat tengah hari 21 November menunjukkan penurunan berbanding 5,859 kes semalam. Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, […]
Si Kecil Boleh Terdedah Penyakit HFMD, Ini Punca Dan Cara Cegah Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut yang boleh dijangkiti. Penyakit ini kebiasaannya terjadi dalam kalangan kanak-kanak khususnya bayi. Jangkitan virus HFMD ini disebarkan melalui sentuhan tangan yang telah tercemar dengan virus. Bayi yang dijangkiti HFMD dikatakan akan mengalami gejala seperti demam, hilang selera makan, ruam, dan sakit tekak. Kebanyakan […]