Gaya hidup›Kesihatan

Gaya hidup
Rakyat Malaysia Diajak Sama-sama Melangkah 1 Juta Batu Demi Kesihatan Jantung
Peneraju kesihatan jantung terkemuka di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS bakal memulakan acara ‘walkaton’ tahunannya yang berlangsung selama sebulan menerusi perasmian Walk A Million Miles (WAMM) 2021 pada 29 Ogos 2021 sempena Bulan Jantung Sedunia ini. ‘Walkathon’ maya ini kembali untuk tahun kedua bagi menyebarkan mesej tentang kesihatan jantung di seluruh negara, serta menampilkan isu-isu yang berkaitan termasuk […]
Kesihatan
“Keinginan Menamatkan Riwayat,” Jika Ada 3 Simptom Ini, Anda Mungkin Alami Kemurungan
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang berasa sedih berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga. Malah ia turut berdampak kepada emosi individu dengan rasa cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Kemurungan boleh dihidapi sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa dan terjadi sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Seperti penyakit-penyakit lain, kemurungan turut menunjukkan ‘kehadirannya’ […]
Berita
Pfizer Mohon Kelulusan FDA Untuk Suntikan Dos Ketiga, Mampu Tingkatkan Imunisasi 3 Kali Ganda
Syarikat farmaseutikal Pfizer memohon kelulusan daripada pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk memberi suntikan ketiga atau dikenali sebagai ‘booster shot’ vaksin Covid-19. Pihak Pfizer menjelaskan bahawa suntikan ketika ini mampu meningkatkan imunisasi tiga kali ganda terhadap virus ini. Ia menyasarkan untuk selesaikan penyerahan dokumen permohonan kelulusan menggunakan suntikan ketiga pada individu yang […]
Berita
Trauma Covid-19: Apa Peranan Pekerja, Majikan?
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – “Hingga hari ini saya masih ada rasa takut dan bimbang apabila nampak ramai orang. Saya juga tidak keluar ke mana-mana selain ke tempat kerja dan selepas itu terus pulang ke rumah.” Demikian luahan bekas pesakit COVID-19 Noraznida Daud, 48. Menurut Eksekutif Insurans dan Takaful di sebuah syarikat insurans terkemuka di ibu kota […]
Kesihatan
Seramai 866 Remaja, Kanak-kanak Dijangkiti COVID-19 Di Sabah
KOTA KINABALU, 25 Ogos (Bernama) — Seramai 866 orang daripada keseluruhan 3,224 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini merupakan remaja serta kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata daripada jumlah itu, seramai 565 orang berumur enam hingga 17 […]
Berita
Bengkak Pada Leher Tapi Tak Sakit? Awas, Ia Mungkin Tanda Awal Penyakit Hashimoto
Bengkak pada bahagian leher kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit tiroid, namun ramai yang tidak sedar bahawa tidak semua pesakit menunjukkan gejala tiroid. Bagi yang belum tahu, penyakit tiroid juga ada pelbagai jenis dan yang paling dialami oleh semua orang adalah Hipertiroid dan hipotiroid. Pun begitu, ada satu lagi penyakit yang berkait dengan tiroid yang jarang diketahui […]
Berita
10 Lokaliti Di Sabah, Satu Di Pahang Dikenakan PKPD Mulai Jumaat
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Sebanyak 10 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 9 Sept manakala satu lokaliti di Johor iaitu Kampung Orang Asli Kuala Masai di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok hingga 8 Sept. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad […]
Berita
Thailand Jangka Hasilkan Vaksin COVID-19 Tempatan Menjelang Akhir Tahun
BANGKOK, 25 Ogos (Bernama) — Vaksin tempatan RNA messenger (mRNA) COVID-19 Thailand dikenali ChulaCov19 dijangka tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata calon vaksin, yang dibangunkan Universiti Chulalongkorn itu sedang di fasa ketiga ujian klinikal dan menunjukkan kemajuan memberangsangkan. “Jika terbukti berjaya, Thailand mungkin menjadi negara pertama di ASEAN menghasilkan […]
Berita
Masyarakat Perlu Bertindak Secara Bertanggungjawab Patuhi SOP
KANGAR, 25 Ogos (Bernama) — Masyarakat perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengakui bahawa masih terdapat segelintir individu yang tidak berdisiplin melanggar SOP dan ia memberi kesan negatif termasuk peningkatan jumlah kes positif di Perlis sejak […]
Kesihatan
26 Orang Guru Di Perlis Masih Tolak Vaksin
KANGAR, 25 Ogos (Bernama) – Masih terdapat 26 orang guru daripada 4,710 orang guru di Perlis menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Exco Pendidikan negeri Rozieana Ahmad. Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memujuk guru-guru tersebut sebelum sesi persekolahan dibuka nanti bagi memastikan bahawa sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar dan selamat, untuk semua. […]
Kesihatan
Bukan Covid-19 Sahaja, Ini Senarai 12 Penyakit Yang Divaksin Di Malaysia & Salah Satunya ‘Beguk’
Pandemik Covid-19 masih lagi belum menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berakhir. Satu-satunya usaha yang giat dijalankan kerajaan kini adalah vaksinasi besar-besaran melalui inisiatif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mengurangkan penularan jangkitan. Bercakap tentang vaksin, mungkin sesetengah di antara kita faham bahawa vaksin yang ada di negara kita kini hanya fokus untuk wabak Covid-19 sahaja. Bagaimanapun […]
Gaya hidup
Hanya Perlu Bayar RM1 Je, Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Dapatkan Rawatan Kulit Berjerawat Kat Klinik Kerajaan
Mengalami masalah kulit muka seperti jerawat sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan diri individu. Tambahan pula bila nak bertatapan muka dengan orang lain, mesti la rasa kurang selesa. Untuk merawat jerawat dengan efektif, adalah lebih baik sekiranya kita mendapatkan nasihat doktor atau pakar. Dengan ini, kita boleh mengetahui punca masalah jerawat yang sememangnya berbeza bagi […]
Kesihatan
Program SelVAX Dalam Persiapan Beri Suntikan Ketiga, Tertakluk Kebenaran JKJAV
SHAH ALAM, 25 Ogos (Bernama) – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini, Program Vaksin Selangor (SelVAX) di bawah kerajaan negeri, kini dalam persiapan untuk memberikan suntikan ketiga vaksin COVID-19 (booster), sekiranya perlu. Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan, persiapan tersebut turut dilakukan bagi penerima […]
Gaya hidup
Lepas 6 Bulan Dah Kurus, Abang Ni Kongsi 7 Tips Diet Berkesan Guna Apa Yang Ada Je
Kalau perasan, kebanyakan orang yang berazam nak diet ni mesti ‘mind set’ nya berfikir, mereka perlu beli macam-macam benda. Nak makan sihat, ‘wajib’ beli brokoli. Nak bersemangat bersenam, ‘wajib’ beli watchband. Mungkin semua itu betul, boleh membantu kita berdiet dengan lebih sempurna. Tapi tidak pada Mohd Shahfazreen, sebaliknya beliau berprinsip untuk tidak menunggu agar semuanya […]
Gaya hidup
Risiko Anda Untuk Alami Senggugut Lebih Tinggi Kerana 5 Faktor Ini, Atasinya Dari Awal Sebelum Parah
Apabila bercakap tentang kedatangan darah haid, perkara paling mengerikan bagi wanita tentunya adalah senggugut. Tapi, usah bimbang! Senggugut yang selalu datang bersama-sama dengan kitaran haid anda itu boleh diatasi melalui beberapa tip ini. Definisi Darah Haid & Senggugut Senggugut merupakan sebahagian normal kitaran haid bagi kebanyakan wanita 1. Umumnya, kesakitan ini melibatkan kekejangan otot pada […]
Gaya hidup
Kesan Seawal 5 Minit, Rupanya Ini Kehebatan ‘Skipping’ Boleh Bantu Turunkan Berat Badan
Skipping merupakan salah satu aktiviti riadah yang terkenal sejak kecil lagi. Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat membuat tubuh badan kita menjadi lebih sihat. Pelbagai manfaat yang diperoleh jika kita mengamalkan aktiviti skipping, misalnya dapat menguatkan tulang, melancarkan pernafasan, menguatkan sendi kaki dan banyak lagi. Kesan-kesan baik ini dapat dirasai seawal 5 minit. Perkara ini […]
Berita
Jaga-jaga Jika Sering Sakit Bahu & Belakang Badan, Ia Mungkin Simptom Kanser Paru-Paru
Pasti ramai diantara kita yang sering terasa sakit pada bahagian bahu dan belakang badan bukan? Manakan tidak, kalau dah duduk seharian di pejabat tu, perkara tersebut pasti akan menyebabkan kesakitan tersebut berlaku. Namun begitu, perkara tersebut sebenarnya tidak boleh diambil ringan. Ini kerana, menurut portal Hello Doktor, perkara itu berkemungkinan petanda bahawa anda menghidapi penyakit […]
Kesihatan
Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin Jenis Cansino Sebanyak 53,000 Dos
KOTA KINABALU, 24 Ogos (Bernama) — Sabah hari ini menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 jenis CanSino sebanyak 53,000 dos manakala kumpulan seterusnya vaksin dos tunggal itu dijangka turut diterima pada bulan ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin. Beliau berkata vaksin itu dapat membantu melancarkan program vaksinasi di Sabah dan sehingga semalam, lebih […]
Berita
Perkeso Bayar RM11.11 Juta Kepada Waris Pencarum Meninggal Dunia Akibat COVID-19
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar faedah sebanyak RM11.11 juta kepada waris pencarum layak yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19, setakat ini. Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata bayaran itu melibatkan hampir 11,100 penerima yang permohonannya diluluskan termasuk kategori Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan dan […]
Berita
Kempen Dingin, PDN Seru Warga Damansara Derma Darah
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Pusat Darah Negara (PDN) menyeru warga Damansara dan kawasan sekitarnya menderma darah di lokasi kempen derma darah anjurannya di Lotus’s Mutiara Damansara (sebelum ini dikenali sebagai Tesco). PDN dalam hantaran menerusi Facebooknya hari ini memaklumkan, penganjuran kempen yang bermula hari ini hingga Jumaat ini mendapat sambutan agak dingin daripada […]