Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Keinginan Menamatkan Riwayat,” Jika Ada 3 Simptom Ini, Anda Mungkin Alami Kemurungan

Gambar Hiasan via Google

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang berasa sedih berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga. Malah ia turut berdampak kepada emosi individu dengan rasa cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Kemurungan boleh dihidapi sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa dan terjadi sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Seperti penyakit-penyakit lain, kemurungan turut menunjukkan ‘kehadirannya’ melalui beberapa simptom awal.

Antara simptom-simptom awal kemurungan ialah:

Perubahan tingkah laku kepada individu

  • Sentiasa kelihatan sedih dan murung

  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan

  • Mengalami gangguan tidur dan selera makan

  • Kesukaran menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa

  • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan

  • Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang lain

Perasaan hilang harapan

  • Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan keluarga

Keinginan menamatkan riwayat

  • Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat secara verbal atau penulisan

Sekiranya terdapat gejala-gejala seperti ini, individu dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar segera bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Sumber: Malaysia Government Call Centre