Gaya hidup›Kesihatan

Berita
Kajian Terbaru Dapati Varian Delta Boleh Tumbuh Dalam Hidung-KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan mengenai kajian terbaru yang mendapati bahawa varian Delta boleh tumbuh di dalam hidung individu yang telah mendapat suntikan vaksin. Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau mengatakan bahawa satu kajian awal dalam kes jangkitan breakthrough menunjukkan varian Delta boleh tumbuh dalam hidung individu yang telah divaksin pada […]
Kesihatan
TERKINI: 22,262 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan, 8 Negeri Catat Kes Atas Seribu
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 21 Ogos 2021, terdapat sebanyak 22,262 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia. 22,262 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan Malaysia meningkat kepada 1,535,286 kes. Sehingga 21 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 22,262 kes (1,535,286 kes). Pecahan […]
Berita
HTAR Pulangkan Semula 80 Unit Pemekat Oxigen Kepada PKRC MAEPS
SHAH ALAM, 21 Ogos (Bernama) — Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang memutuskan untuk memulangkan semula 80 unit mesin ‘Oxygen Concentrator’ atau pemekat oxigen yang dipinjamkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0. HTAR menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, pemulangan peralatan itu dilakukan berikutan jumlah pesakit COVID-19 di hospital tersebut […]
Kesihatan
Dua Lelaki Pakai Gelang Merah Jambu Beli Makanan Dikenalpasti
JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) — Polis mengenal pasti dua lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai melanggar perintah kuarantin dengan membeli makanan di sebuah kedai makan di Jalan Sierra Perdana, Taman Sierra Perdana, Masai di sini seperti dalam video yang tular melalui media sosial baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak […]
Berita
Teruslah Berdoa Agar Negara Kembali Pulih Daripada COVID-19 – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat supaya terus berdoa agar keadaan negara kembali pulih daripada pandemik COVID-19. “Berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus COVID-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini. “Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan […]
Kesihatan
TERKINI: 23,564 Kes Positif COVID-19 Baharu Dicatatkan, Angka Paling Tinggi Sejak Pandemik Melanda
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 20 Ogos 2021, terdapat 23,564 kes COVID-19 baharu dilaporkan. Difahamkan juga jumlah kes yang dicatatkan pada hari ini adalah tertinggi pernah direkodkan. Sehingga 20 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 23,564 kes (1,513,024 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor – 6,974 (545,120)WPKL – […]
Berita
Kelesuan Pandemik Dalam Masyarakat Semakin Kritikal – Pakar
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Kelesuan pandemik yang dialami masyarakat di negara ini dilihat oleh pakar kesihatan dan psikologi sebagai semakin kritikal dan pada tahap membimbangkan. Malah, mereka melihat peningkatan kes sekarang turut disumbangkan oleh kelesuan pandemik apabila sebahagian ahli masyarakat sudah muak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan sejak Mac tahun lepas. Masakan tidak, di […]
Berita
Dua Individu Di Perak Dikompaun Gagal Kemuka Bukti Lengkap Vaksinasi COVID-19
IPOH, 20 Ogos (Bernama) — Dua individu di negeri ini dikompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu gagal membuktikan telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kes pertama membabitkan seorang lelaki berumur 31 tahun yang didapati makan di premis di medan selera di sini […]
Berita
Waris Penghantar Makanan Terima Faedah Di Bawah Dua Skim Perkeso
KLANG, SELANGOR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menyampaikan faedah PERKESO kepada waris penghantar makanan GrabFood yang maut dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 Ogos lalu. Kejadian malang tersebut berlaku apabila Allahyarham Muhammad Nazirul Mubin Mat Nazir, 21 tahun, yang sedang dalam perjalanan untuk membuat penghantaran makanan bertembung dengan sebuah lori di Shah […]
Berita
Malaysia Terima 200,000 Dos Vaksin CanSino Rancakkan Momentum PICK
SEPANG, 20 Ogos (Bernama) — Malaysia hari ini menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 berdos tunggal jenis CanSino buatan China bagi merancakkan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutama di kawasan pedalaman. Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino yang dibangunkan oleh CanSino Biologics Inc dari China itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini […]
Berita
Wanita Dipercayai Anti-vaksin Kritikal Akibat COVID-19, Sempat Titip Pesan Minta Anak-anak Ambil Vaksin Sebelum Meninggal Dunia
Percaya bahawa tubuh sudah kuat untuk melawan COVID-19 tanpa menyuntik vaksin, seorang wanita tidak bernasib baik setelah dijangkiti virus itu dan mengakibatkannya meninggal dunia. Difahamkan, dia dan keluarga dijangkiti COVID-19 setelah pulang dari kem gereja yang diadakan selama seminggu. Di saat-saat sebelum kematiannya, wanita yang berusia 42 tahun itu seperti sudah berubah fikiran dan menggesa […]
Berita
Hampir Semua Individu Divaksin, Selangor Yakin Masuk Ke Fasa Dua PPN
SHAH ALAM, 19 Ogos – Selangor dijangka memasuki ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang September ini, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari. Amirudin berkata unjuran tersebut dibuat berdasarkan perkembangan terkini kadar vaksinasi Selangor bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan aplikasi MySejahtera yang menunjukkan jumlah penerima dos pertama adalah sebanyak 98 peratus. Beliau berkata peningkatan kadar tersebut kerana […]
Berita
“Banyak Tempat Dibuka Sebab Ekonomi, Bukan Sebab Ia Selamat” – DG Hisham
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi, bagi individu lengkap vaksin. Dalam kenyataan tersebut, sektor sosial dan ekonomi di negeri-negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut diperluas. Sebelumnya, 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 PPN telah dibuka sejak 16 Ogos lalu. Dengan pelbagai kemudahan […]
Gaya hidup
Bukan Sekadar Kesihatan Gigi, Ini Sebab Lain Korang Kena Periksa Gigi Sekurang-Kurangnya Setahun Sekali
Mesti ramai yang ingat masa zaman sekolah dulu, akan ada nurse dan doktor datang ke sekolah untuk periksa gigi. Menggamit memori betul bila ingat sesi gosok gigi beramai-ramai tepi longkang sekolah. Penjagaan gigi dan mulut ni bukan untuk budak-budak sekolah je tau. Tapi yang dah dewasa pun kena peka dan rajin-rajin periksa gigi sekurang-kurangnya sekali setahun. Bila […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: Kes Baharu Kekal Lima Angka, 22,948 Kes Dicatatkan Hari Ini
Sebanyak 22,948 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,489,460 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,175 kes, diikuti oleh Sabah dengan 2,583 kes dan Kedah dengan 2,137 kes. Sementara itu, Kuala Lumpur, Johor, […]
Berita
“Makan Banyak Tapi ‘Maintain’ Kurus,” Rupanya Lemak Bersembunyi Di Organ Penting, Risiko Penyakit Metabolik
Kurus belum tentu sihat. Mungkin anda ada kawan yang tetap kurus walau selalu ‘sumbat’ segala jenis makanan tak kira masam, manis, pedas mahupun berlemak hingga buatkan anda cemburu. “Dia tak payah susah-susah diet dan bersenam pun tetap kurus,” mungkin ini yang terdetik di fikiran anda ketika melihat rakan yang seorang itu. Namun demikian, rakan anda […]
Berita
Thailand Disyor Beri Vaksin Covid-19 Kepada Remaja 12-18 Tahun Yang Alami Masalah Kesihatan
BANGKOK, 18 Ogos – Pihak berkuasa kesihatan Thailand mencadangkan suntikan vaksin COVID-19 diberikan kepada mereka berusia 12 hingga 18 tahun yang mengalami satu daripada tujuh masalah kesihatan yang disenaraikan, disebabkan peningkatan jangkitan terhadap golongan ini. Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Dr. Suwanchai Wattanayingcharoenchai ketika menyuarakan cadangan itu berkata sebanyak 7,787 kes COVID-19 dilaporkan melibatkan kumpulan umur itu pada […]
Gaya hidup
Diperam Hingga Berbulan-Bulan, Pejabat Mufti Beri Penjelasan Hukum Memakan Telur Padi
Pasti korang tertanya-tanya apakah hukum memakan telur padi atau ‘century egg’ ini halal ke untuk makan? Untuk pengetahuan korang, telur padi ini berbeza dengan telur masin kerana isinya yang berwarna hitam dan telur masih berwarna putih. Selalunya, telur padi ini di makan oleh kaum Cina kerana ia merupakan makanan istimewa yang dibuat dengan memeram telur […]
Berita
Pakar Kesan 5 Tanda Pada Kuku, Mungkin Anda Dijangkiti Virus Covid-19 – Kajian
Satu kajian yang dijalankan mendakwa jangkitan Covid-19 boleh dikesan melalui perubahan pada kuku seseorang. Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar yang dikenali sebagai Profesor Tim Spector pada Mei lalu mengatakan bahawa terdapat lima variasi tanda pada kuku tangan seseorang sama ada individu tersebut berjaya menewaskan virus tersebut atau tidak. Selain itu, beberapa pendapat daripada pakar […]
Kesihatan
“Covid Akan Datang Ke Sini Juga Nanti,” 20 Tahun Duduk Dalam Gua, ‘Petapa’ Ini Keluar Ambil Vaksin Kerana Takut Dijangkiti
COVID-19 sememangnya pandemik yang sangat menakutkan sehingga membuatkan lelaki yang telah bertapa di dalam gua selama 20 tahun keluar untuk mendapatkan vaksin. Panta Petrovic yang berasal dari Serbia dilaporkan keluar mendapatkan vaksin kerana takut virus tersebut akan merebak ke gua dan menjangkitinya. Memetik laporan India Times, Petrovic telah mendapat tahu mengenai COVID-19 semasa dalam perjalanan […]