Gaya hidup›Kesihatan
TERKINI: 17,150 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, 5 Negeri Catat Ribuan Kes
Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah 17,150 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,130,422 kes. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitter miliknya. Menerusi pecahan kes pada hari ini, terdapat lima negeri yang mencatatkan ribuan kes. Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 6,326 diikuti WP Kuala […]
Polis Sahkan Video Tular Lelaki Meninggal Tepi Jalan Di Kuala Langat
Satu video yang memaparkan pasukan perubatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang terbaring di tepi jalan telah menjadi tular di media sosial. Menurut laporan akhbar Kosmo, lelaki itu telah disahkan meninggal dunia akibat daripada COVID-19. Video yang berdurasi selama 19 saat itu dilaporkan dirakam di Jalan 3 Tepi Laut, Tanjung Sepat. Ketua Polis […]
Selangor Dijangka Capai Imuniti Kelompok Kurang Dari Sebulan
SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) — Selangor dijangka mencapai imuniti kelompok dalam masa kurang dari sebulan susulan kerjasama bersepadu antara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan Program Vaksin Selangor (SelVAX) di bawah kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan berkata setakat hari ini, 65.5 peratus daripada orang dewasa di Selangor telah […]
Vaksinasi ‘Jumpa Terus’ Di Sembilan PPV Terpilih Untuk Rakyat Lembah Klang Bermula 2 Ogos Ini – CITF
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih akan menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau “walk-in” tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini. Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan hari ini berkata PPV yang dibenarkan operasi jumpa terus ialah KL Convention Centre, HCO F, HCO G dan HCO H; Bangi Avenue […]
Vaksinasi Ditingkatkan, Kes Covid-19 Di GKV Mungkin Mula Turun Pertengahan Ogos – Timbalan KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kes-kes COVID-19 harian mungkin akan menunjukkan trend menurun pada pertengahan bulan Ogos apabila kadar vaksinasi di Greater Klang Valley (GKV) meningkat. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata jangkaan itu berdasarkan kepada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung pandemik berkenaan, di samping mengambil kira peningkatan program […]
Risiko COVID-19, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Ditangguh
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh hari ini, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan […]

”Perlu Dilakukan Pada Masa Yang Sama,” Ini Cara Betul Guna ‘Pulse Oximeter’ Di Rumah
Baru-baru ini kita digalakkan untuk memiliki pulse oximeter sendiri di rumah bagi mengukur kadar oksigen dalam darah. Namun, tahukah anda bagaimana caranya untuk menggunakan pulse oximeter dengan betul? Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), pengukuran dan hasil bacaan pada pulse oximeter perlu dicatat tiga kali sehari dan mesti dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Cara […]
Majoriti Petugas Barisan Hadapan Divaksin, Yang Dijangkiti COVID-19 Hanya Bergejala Ringan-Dr Hishamshah
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Petugas barisan hadapan di fasiliti kesihatan yang dijangkiti COVID-19 meskipun setelah menerima dua dos suntikan vaksin, majoritinya tidak bergejala (kategori satu) atau hanya menunjukkan gejala ringan (kategori dua). Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata sehingga kini 4,761 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia […]
10 Varian Delta Dikesan Dalam Tempoh Seminggu-Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Hasil kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati sebanyak 10 kes varian Delta (B.1.617.2) COVID-19 dikesan dari 22 Julai hingga hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan kumulatif kes dijangkiti oleh virus COVID-19 yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) […]
“Tak Ada ‘Side Effect’ Pun..,” Ibu Hamil Seronok Dah Terima Vaksin Di Sunway Pyramid Convention Centre
Kementerian Kesihatan Malaysia dah luluskan untuk wanita mengandung mengambil vaksin dengan beberapa syarat yang harus dipatuhi. Antara syaratnya adalah usia kandungannya mestilah diantara 14 hingga 33 minggu kehamilan. Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) menjadi badan swasta pertama yang ke hadapan untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega dan berskala besar dan boleh memberikan vaksin kepada […]
Ibu Tunggal Dijangkiti COVID-19 Sempat Berpesan Suruh Anak Ke Rumah Anak Yatim Sebelum Meninggal Dunia
BANGKOK, 27 Julai (Bernama) — Seorang ibu tunggal di Thailand yang dijangkiti COVID-19, sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin. Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas COVID-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif COVID-19, dua anaknya juga turut dijangkiti. Media […]
Tiada Tindakan Disiplin Terhadap Pegawai Kesihatan Terlibat Hartal- Dr Adham
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana doktor atau pegawai kesihatan kontrak yang menyertai demonstrasi aman “Hartal Doktor Kontrak” semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Ketika menggulung pertanyaan Ahli-ahli Parlimen mengenai penerangan tindakan mengatasi penularan COVID-19 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini, […]
TERKINI: Tokyo Dilapor Catat 2,848 Kes Baharu COVID-19, Rekod Tertinggi Pernah Dicatatkan
Disebalik kemeriahan temasya sukan Olimpik, Tokyo hari ini dilaporkan telah mencatatkan 2,848 kes baharu COVID-19 dan menjadikan ia kes harian yang tertinggi pernah direkodkan di bandar itu. Menurut Japan Times, ia melebihi jumlah yang tertinggi pernah direkodkan pada sebelum ini iaitu sebanyak 2,520 kes pada 7 Januari yang lalu. Difahamkan, angka tersebut disebabkan oleh gelombang […]
Doktor Suruh Kawal Kencing Manis Ketika Hamil, Bayi Berisiko Cacat, Ini Cara Nak Atasi
Kehamilan sememangnya sesuatu yang mengembirakan wanita yang sudah berkahwin kerana bakal menimang cahaya mata bersama suami yang tercinta. Tidak semua orang terus diberikan rezeki anak setelah berkahwin, tapi ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum dikurniakan rezeki. Bila dah hamil ni, kena lah jaga elok-elok daripada semua sudut. Antaranya yang sering kita dengar adalah mengenai kencing […]
Bersediakah Kita Untuk Hidup Bersama Covid-19 Sebagai Endemik?
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Bermula di Wuhan, China pada Disember 2019, jangkitan COVID-19 kini menular hampir ke semua negara termasuk Malaysia, dan mendekati dua tahun, “serangan” virus ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda dengan angka korban terkini melebihi empat juta orang di seluruh dunia. Kemunculan varian baharu yang lebih agresif menyukarkan lagi usaha […]
‘Peragut Nyawa’ Paling Bahaya Buat Kaum Lelaki, Ini Punca, Simptom & 4 Tahap Kanser Testis
Antara penyakit yang paling menakutkan dan menjadi salah satu punca kematian tertinggi di Malaysia ialah penyakit kanser. Penyakit kanser ada pelbagai jenis dan salah satunya ialah kanser testis yang boleh dihidapi oleh mana-mana kaum lelaki. Penyakit ini tidak mengenal usia mahupun kesihatan seseorang itu. Buktinya, kita sendiri baru sahaja dikejutkan dengan berita mengenai atlet sukan […]

Kes Pertama Dikesan Pada Januari 2020, Kini Kes Keseluruhan Covid-19 Di Malaysia Cecah 1,013,438 Kes
Kumulatif kes Covid-19 di negara kini mencecah angka sejuta dengan 1,013,438 kes. Perkara yang dibimbangi rakyat menjadia kenyataan apabila sebanyak 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu dilaporkan hari ini. Jumlah kes baharu yang dilaporkan itu juga, merupakan yang tertinggi pernah direkodkan negara sejak pandemik itu melanda Malaysia pada 25 Januari 2020, mengatasi 15,902 kes yang […]

Kelantan Kesan Kes Pertama Varian Delta
KOTA BHARU, 25 Julai – Kelantan mengesan kes pertama varian Delta melibatkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif dua hari lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata wanita berkenaan juga pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini. Beliau berkata perkembangan ini amat membimbangkan, justeru beliau menyeru seluruh penduduk Kelantan supaya […]
“Kepala Bayi Dah Nak keluar Ni,” Anggota Bomba Jadi ‘Bidan’ Sambut Kelahiran Bayi Di Balai Bomba
SHAH ALAM, 25 Julai – “Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni!” jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak semalam masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini. Pengalaman menyambut bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta di perkarangan tempat bekerja beliau di Balai Bomba dan Penyelamat […]
(Video) Ini Rupanya ‘Pemandangan’ Dalam Telinga Ketika Penuh Dengan Tahi
Biasanya kita akan membersihkan telinga dengan cara mengoreknya dengan alatan tertentu seperti putik kapas, kan? Tidak kurang juga, ada yang lebih selesa menggunakan kuku jari kelingking, pensel, besi khas dan sebagainya. Tapi tahukah anda, amalan mengorek telinga menggunakan putik kapas adalah sesuatu yang sangat berbahaya? Putik kapas bukan saja menolak tahi telinga (atau disebut earwax) […]