Gaya hidup›Kesihatan
TERKINI: 3,788 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan, 62.7% Kes Hari Ini Dari Selangor, Sarawak Dan Kelantan
Putrajaya, 30 April – Angka harian COVID-19 di Malaysia terus meningkat berbanding semalam dengan 3,788 kes baru dilaporkan hari ini. Menurut kemaskini KP Kesihatan, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 1,265 kes diikuti Sarawak (760) dan Kelantan (464). Terkini. 30 April. Kes baharu hari ini 3,788. 62.7% kes hari ini dari negeri Selangor, Sarawak dan Kelantan. […]
Sunnah Hari Jumaat, Berapa Kali Sebenarnya Kita Kena Potong Kuku Dalam Seminggu?
Selain wajah yang berseri dan pakaian yang bergaya, penjagaan kuku juga perlulah dititikberatkan. Manakan tidak, ia merupakan anggota badan yang paling banyak digunakan seharian. Bayangkan berapa banyak kotoran dan kuman yang terdapat di dalam kuku jika ia tidak dijaga dengan baik. Seperti yang diketahui, umat Islam disaran untuk memotong kuku pada hari Jumaat kerana ia […]
Tiada Ambulans, Keluarga Ini Terpaksa Apit Mayat Ibu Mangsa COVID-19 Naik Motor Untuk Dikebumikan
INDIA- Seorang lelaki dilaporkan membawa jasad ibunya yang telah mati disebabkan wabak Covid-19 dengan menaiki sebuah motorsikal di New Delhi, India. Video yang viral itu menunjukkan mayat diapit oleh dua lelaki yang dipercayai ahli keluarga mangsa. Berdasarkan video yang diungkah oleh seorang polis, lelaki itu (penunggang) mengatakan ibunya meninggal kerana terkena Covid-19. Tambahnya, dia terpaksa […]
Wanita Hidap Sindrom Aneh, Hujung Jari Berubah Jadi Putih & Biru Dalam Waktu Singkat
Keadaan yang jarang berlaku iaitu menghadkan bekalan darah ke jari dan kadang-kalanya hingga ke jari kaki. Sindrom yang dikenali sebagai Sindrom Raynaud ini menyebabkan bahagian yang terkena berubah menjadi putih atau biru untuk sementara waktu. Ia dinamakan bersempena nama doktor Auguste Gabriel Maurice, yang pertama kali mengambarkannya di dalam tesis kedoktorannya pada tahun 1862. Keadaan […]

TERKINI COVID-19: Melebihi Angka 3k, Sebanyak 3,332 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kemas kini hariannya memaklumkan sebanyak 3,332 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Daripada jumlah berkenaan, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes, diikuti Sarawak dengan 552 kes dan Kelantan dengan 401. Sehingga 29 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,332 kes Pecahan setiap negeri:Selangor […]
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah Disahkan Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif COVID-19 menerusi keputusan ujian saringan pada malam tadi (28 April). Menurut kenyataan Pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan. “Buat masa ini beliau sedang menjalani kuarantin […]
“Lain Macam Dia Punya Gelombang, Variant Covid Apakah Dasyat Sangat Atau Ramai Tak Ikut SOP?” – Doktor
Seperti semua tahu, kes Covid-19 di negara ini kembali meningkat selepas beberapa minggu di tahap 1,000 kes dan kini kembali mencecah angka lebih 3,000 kes positif harian. Semalam sahaja (28 April 2021) negara mencatatkan 3,142 kes positif baharu dengan 15 kes kematian akibat Covid-19. Manakala, 1,822 kes sembuh baharu juga turut direkodkan. Keadaan ini sedikit […]
MB Perak Dikesan Kontak Rapat Kes COVID-19, Diarah Kuarantin 14 Hari
IPOH, 28 April (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad sedang menjalani kuarantin selama 14 hari selepas dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19. Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Sham Mat Sahat berkata beliau menerima maklumat bahawa Saarani diminta untuk menjalani kuarantin bermula hari ini sehingga 11 Mei, selepas menjadi kontak […]
“Awak Dalam Bahaya Ni“, Doktor Kongsi Kisah Wanita Alami Pendarahan Dipercayai Lepas Jalani Urutan ‘Naikkan’ Uri
Pelbagai tips kehamilan dapat kita peroleh sama ada dari Internet mahupun ‘cakap-cakap’ orang. Pun begitu, golongan ibu sebaiknya mendapatkan pandangan pakar perubatan sebelum mengikut sesuatu nasihat bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Jika tersilap langkah, merana di kemudian hari. Seperti kisah seorang wanita yang mengalami pendarahan selepas menjalani urutan untuk menaikkan uri oleh […]
“Kita Nak Jadi Ibu Ayah Ni,” 8 Tahun Menanti, Suami Sebak Dapat Tahu Isteri Hamil Ketika Sambut ‘Anniversary’
Rezeki bukan sahaja dari segi wang ringgit namun nikmat yang lain juga turut dianggap sebagai rezeki seperti kesihatan yang baik, kerja yang baik, bahagia dengan pasangan hidup dan juga dikurniakan zuriat. Bagi pasangan yang telah berkahwin, sudah semestinya mahukan zuriat hadir dalam hidup mereka untuk menceriakan lagi rumah tangga yang dibina atas nama cinta. Pun […]
TERKINI: 3,142 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Dengan 15 Lagi Kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,142 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, antara negeri yang mencatatkan kes positif baharu tertinggi pada hari ini adalah Selangor (1,019), Kelantan (523), Kuala Lumpur (440) dan Sarawak (416). Pecahan kes baharu mengikut negeri, 28 April 2021.#COVID19 pic.twitter.com/tHJN7Zp6po […]
Kompaun RM50,000 Bukan ‘Hukuman Mati’, Boleh Rayu – KPN
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Kompaun RM50,000 yang dikenakan oleh polis terhadap dua peniaga di Kota Bharu, Kelantan kerana berniaga melebihi masa yang dibenarkan, masih boleh dirayu menggunakan alasan yang munasabah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. “Itu bukanlah ‘hukuman mati’ (bukan muktamad), saya sudah berkali-kali nyatakan mereka boleh merayu (kepada Kementerian […]
Bekalan Oksigen Dari New York Selamat Tiba Di New Delhi, India
INDIA- Pada hari isnin (26 April) Air India telah membawa tong oksigen ke India dari Amerika Syarikat. Dikhabarkan oksigen tersebut diterbangkan dari New York ke New Delhi, India. Kapal Terbang Air India berlepas dari Lapangan Terbang JFK (John F.Kennedy) pada hari Ahad dan selamat tiba di Delhi. Ketibaan 328 bekalan oksigen dari New York itu […]
Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Badan Anda Jika Kurang Pengambilan Sayur
Sayur mempunyai pelbagai kebaikan untuk tubuh badan seperti vitamin, mineral dan serat makanan yang sihat serta beberapa lagi (mengikut jenis sayur). Ia juga mampu melindungi anda dari penyakit berbahaya seperti kanser, diabetes dan penyakit jantung. Serat makanan dari sayuran juga membantu menurunkan kadar kolestrol darah. Tetapi jika kurang memakan sayur, akan menyebabkan pelbagai masalah kepada […]

Boleh Kurangkan Jerawat Dan Tak Kacau ‘Lipstick’, Ini Cara Pakai Pelitup Muka Untuk Wanita Cuba
Dalam fasa pandemik ini, kita diwajibkan untuk memakai pelitup muka sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Pemakaian pelitup muka jelas bertujuan untuk mengurangkan risiko si pemakai daripada terdedah kepada jangkitan virus COVID-19. Namun, muncul pula masalah lain akibat pemakaian topeng muka yang berterusan iaitu mask acne. Mask acne terjadi apabila bakteria dan mikroorganisma berkumpul […]
Covid-19: Golongan Perokok yang Positif Berisiko Mendapat Komplikasi Yang Lebih Teruk – Kajian KKM
Satu kajian telah dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit , Bahagian Perubatan Dan Institut Kesihatan Negara dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Putra Malaysia mendapati bahawa pesakit yang merokok lebih mudah mendapat komplikasi yang lebih teruk berbanding bukan perokok jika terkena jangkitan Covid-19. Dalam satu kajian ini melibatkan 5,889 kes Covid-19 yang dirawat di semua […]
PKPB: Sabah Kekalkan Kebenaran Rentas Daerah Ikut Zon
KOTA KINABALU, 27 April (Bernama) — Kerajaan Negeri Sabah mengekalkan kebenaran rentas daerah mengikut enam zon ditetapkan walaupun negeri ini bertukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata sehubungan itu penduduk negeri ini hanya dibenarkan merentas daerah dalam zon yang telah ditetapkan […]
Penganjur Diingat Baiki Aspek Kelonggaran Pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Penganjur Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini digesa memperbaiki segera kelonggaran aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata beliau juga mahu penganjur yang mengendalikan bazar itu terdiri daripada jawatankuasa penduduk dan persatuan penjaja sentiasa […]
Polis Buru Individu Sebar Maklumat 12 Pegawai Penguat Kuasa Yang Ditahan
JOHOR BAHRU, 27 April (Bernama) — Polis melancarkan gerakan memburu individu yang menyebarluaskan senarai nama 12 pegawai penguat kuasa yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan jenayah “Geng Nicky”. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata langkah itu susulan pihaknya telah mengesan maklumat sulit itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp. “Tindakan menyebarkan maklumat ini boleh […]
KKM Buat Penilaian Semula Terhadap Kes Peniaga Burger Dikompaun RM50,000
PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata KKM amat prihatin serta memandang serius kes berkenaan dan meminta peniaga terbabit tampil mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin. […]