Gaya hidup›Kesihatan
TERKINI COVID-19: Kembali Tiga Angka, 823 Kes Baharu Keseluruhan Hari Ini & Sabah Kekal Tertinggi Dengan 533 Kes
PUTRAJAYA, 25 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan. Ia menjadikan kes positif kini meningkat ke 26,565 kes berserta kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 9,202 kes. Daripada jumlah itu, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 533 kes, Pulau Pinang 97 kes, Selangor 88 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 26 […]
Seorang Staf Baskin-Robbins Cawangan One Utama Dilapor Positif COVID-19
Baskin-Robbins (B-R) Malaysia dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan seorang kakitangannya dari B-R One Utama dilaporkan positif COVID-19. Menurut kenyataan itu lagi, kali terakhir kakitangan berkenaan bertugas adalah pada 22 Oktober lepas, dan kini menerima rawatan di hospital kerajaan. Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa mangsa mempunyai simptom-simptom jangkitan, mangsa […]
Sekolah Agama Taman Cempaka, Sekolah Agama Kempas Di JB Ditutup Seminggu
JOHOR BAHRU, 25 Okt — Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas di bandar raya ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini sehingga 31 Okt, susulan kes terbaharu COVID-19 di kawasan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata penutupan kedua-dua sekolah berkenaan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). […]
“Aku Ni, Separuh ‘Mereng’ Dah Risaukan Bini”, Dekat 9 Bulan Terpisah Tak Boleh Jumpa, Lelaki Luah Rindukan Isteri Kerja “Nurse” Di Jeddah
Seperti yang diketahui, pandemik COVID-19 di negara ini semakin meruncing dengan jumlah kes yang tertinggi dicatatkan mencecah sehingga empat angka. Dalam keadaan ini, petugas perubatan pastinya menghadapi waktu-waktu yang sukar dalam menangani penularan virus ini. Ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga demi menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Sama seperti yang dihadapi oleh Eli […]
Seorang Kakitangan MRT Laluan Kajang Dilapor Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 25 Okt — Rapid Rail Sdn Bhd hari ini mengesahkan seorang kakitangan operasi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang yang bertugas sebagai pengendali tren disahkan positif COVID-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh. Syarikat itu menerusi satu kenyataan memaklumkan Rapid Rail yang menjadi operator bagi MRT laluan Kajang melaksanakan kerja-kerja nyah kuman […]
“Pasangkan Niat Berkhidmat Kerana Allah,” Pesan Dr. Hisham Buat Wira-wira ”Frontliner”
PUTRAJAYA, 25 Okt – Ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham menyeru kepada petugas-petugas kesihatan untuk memasang niat ‘lillahi taala’ dalam perjuangan memerangi wabak COVID-19. Dalam masa sama, beliau turut memetik ayat keenam dalam Surah al-Insyirah sebagai pembakar semangat buat mereka. “Sebelum kita berjuang setiap hari pasangkan niat kira nawaitu kita berkhidmat […]
KKM Cadang Sambung PKPB Di Lembah Klang Jika Kes COVID-19 Terus Naik
PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menyambung Perintah Kawalan Bergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan tamat pada 27 Okt ini jika kes COVID-19 terus meningkat. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata buat masa ini kementerian sedang memantau data […]

Awas, Zon Merah Di Selangor Meningkat Dari 2 Ke 6 Zon Dalam Masa 14 Hari, Paling Ketara Di Hulu Langat, Klang & Gombak
PUTRAJAYA, 24 Okt – Zon Merah di Selangor yang sebelum ini hanya dua (2) zon kini meningkat ke enam (6) zon dalam masa 14 hari, umum Ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. “Kenaikan paling ketara adalah dalam daerah Hulu Langat dengan 168 kes, Klang 115 kes dan Gombak 93 kes. […]
TERKINI COVID-19: Enam Kluster Baharu Dikesan Hari Ini Di Negeri Sembilan, Sabah, Selangor Dan Johor
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat 6 kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mesra, Kluster Mega, Kluster Kaya, Kluster Bah Kayu, Kluster Baki dan Kluster Kempas. Kesemua 6 kluster tersebut melibatkan daerah di negeri Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. Kluster pertama ialah Kluster Mesra yang melibatkan daerah […]
TERKINI COVID-19: 7 Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini, Semua Mangsa Adalah Lelaki
PUTRAJAYA, 24 Okt – Kementerian Kesihatan mengumumkan sebanyak tujuh lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka kematian keseluruhan kini meningkat ke 221 kes bersamaan 0.9 peratus. Kes pertama, kes ke-215 iaitu kes ke-13,507 melibatkan seorang lelaki warganegara berumur 88 tahun, mempunyai latar belakang […]
TERKINI COVID-19: Kes Baru Cecah 4 Angka, 1,228 Kes Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 24 Okt – Terdapat 1,228 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruan meningkat ke 25,742 kes. Daripada angka tersebut, 889 kes dikesan di Sabah di mana 500 kes melibatkan kluster-kluster termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu. Selain itu, 254 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes-kes positif dan 136 kes […]
COVID-19: Malaysia Dijangka Mula Peroleh Bekalan Vaksin Suku Pertama 2021
PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) — Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun depan. Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen. […]
TERKINI: PKPD Akan Dilaksanakan Di Taman Semarak Dan PPR Balung Di Tawau Bermula 26 Oktober
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri melalui sidang media hari ini memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Semarak dan PPR Balung di Tawau, Sabah bermula 26 Oktober ini sehingga 10 November. “Sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD yang melibatkan dua lokaliti, berkuatkuasa pada 26 Oktober hingga 10 […]
Diamuk Gelombang Kedua COVID-19, 46 Juta Penduduk Perancis Dikenakan Perintah Berkurung
Perancis telah melanjutkan perintah berkurung pada waktu malam di puluhan lagi wilayah di negara itu dalam usaha untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19. Penguatkuasaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Jean Castex itu menjadikan Perancis memasuki gelombang kedua dengan 41, 622 kes baharu dicatatkan. Perintah berkurung yang bermula pada jam 9 malam hingga 6 pagi itu berkuatkuasa […]
Sembilan Jemaah Tabligh Malaysia Pulang Dari India
PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) — Sembilan jemaah tabligh selamat tiba dari India semalam melalui penerbangan Air India Express, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar. Kamarudin berkata dua daripada mereka menaiki penerbangan Air India Express dari New Delhi, India dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.30 petang, manakala tujuh lagi […]
“Kita Perlu Bersatu Lawan COVID-19, Bukan Berlawan Sesama Sendiri…Tolonglah Belajar Dari PRN Sabah” – Pesanan Dr. Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah sekali lagi merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus fokus mendepani wabak COVID-19. Beliau menerusi satu ciapan di Twitter hari ini berkata, seharusnya rakyat perlu untuk bersatu-padu, bukan lagi berbalahan sesama sendiri. “Kita perlu bersatu dan bersama-sama berjuang dalam peperangan melawan COVID-19, bukan melawan sesama […]

Kaunter LHDN UTC Shah Alam Ditutup Hingga 27 Okt
KUALA LUMPUR, 23 Okt — Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam, Selangor ditutup bermula hari ini hingga 27 Okt bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan. LHDN dalam kenyataan berkata sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian. Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di […]
Malaysia Bakal Isytihar Darurat?
KUALA LUMPUR, 23 Okt — Segalanya masih belum terjawab di sebalik spekulasi yang tersebar tentang kerajaan bakal mengisytiharkan darurat hari ini. Bermula dengan mesyuarat khas Kabinet pada kira-kira 9.30 pagi tadi di bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang dilaporkan turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang. Semua menteri dilihat berdiam diri mengenai isu yang […]
Kerajaan Sabah Mohon PKPB Seluruh Negeri Dilanjutkan
KOTA KINABALU, 23 Okt — Kerajaan negeri Sabah telah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan. Bercakap pada sidang media di sini malam ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri berpandangan pelanjutan itu penting memandangkan kes COVID-19 di Sabah masih tinggi. Ketua […]
Dari Saiz 6XL Ke M, Wanita Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Hingga 48kg Hasil Jaga Pemakanan Dan Bersukan
Berkat kesabaran dan kegigihan menjaga pemakanan serta bersenam selama lebih setahun, seorang wanita berjaya menurunkan berat badannya sehingga 48 kilogram. Kongsi Isma Suria, beliau yang dahulunya memakai pakaian bersaiz 5XL sehingga 6XL kini sudah boleh memakai pakaian yang lebih kecil, bersaiz M atau L. Kisah kejayaan beliau itu dikongsikan dalam group Diet Suku-suku Separuh beberapa hari lalu. […]