Pelbagai cabaran dan dugaan seseorang yang ingin turunkan berat badan. Pernah ada yang diejek, malah pulau dek kerana mempunyai masalah berat badan. Tetapi mereka silap, hasil daripada perbuatan negatif mereka inilah yang membuatkan seseorang ini lebih bersemangat untuk turunkan berat badan dan kekal sihat.
Seperti perkongsian penuh berinspirasi ini daripada pengguna Facebook bernama Sham Shooter yang menceritakan pengalamannya selama 4 bulan turunkan berat badan sebanyak 35 kilogram. Satu kejayaan yang membanggakan. Ikuti tips dan cara beliau kekal aktif dan sihat.
Alhamdulillah 4 bulan berdiet dan berlari. Dari 120kg ke 88kg. Dulu bila tengok orang running, terdetik dalam hati, acanerr lerr dorang ni boleh berlari jauh non stop..bila sendiri cuba, baru laa tau acaner rasanya. Saya run takat 5km sahaja..tu pun macam tak percaya boleh habiskan..
Mula-mula diet dulu, hanya BERJALAN je..heret kaki ni dalam 3km je..pelan-pelan cuba up kan sikit demi sikit.. sampailah dapat 5km non stop.. Alhamdulilahhhh…

Saya sertakan sekali menu diet saya.
Sarapan pagi, beliau akan menyediakan telur rebus bersama roti wholegrain dan secawan kopi kurang manis. Katanya, tubuh kita masih perlukan gula, tetapi haruslah kurangkan kemanisan tersebut.


Lunch & dinner
Biasanya menu yang sama je sebab saya malas nak masak banyak kali. Saya banyak buat yang rebus dan bakar. Buat masa ni, saya tinggalkan dulu seafood, nanti bila berat dah ideal, baru boleh rasa-rasa.




Apa yang saya nak tekankan, TIMING makan yang betul sangat-sangat laaa penting, paling last dinner saya buat kul 6.30 petang..agak-agak dah terlebih masa tu, biasa saya makan buah. Takpun tak ambil makanan langsung..hanya minum air.. cuba laa perlahan-lahan buat..
Cheatday biasa saya buat sabtu dan ahad…takpun salah satu hari tersebut..contoh, pagi kita makan nasi lemak ayam, so tengah hari kita kurangkn sikit makan dan petang tu senam bagi lebih sikit..haaa gitu laaa lebih kurang cara saya berdiet dan running…LASTLY, jangan lupa mintak dan berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segala usaha kita..tawakkal. Moga bermanfaat untuk semua..
Sumber: Sham Shooter
