Gaya hidup›Kesihatan
Majlis Perkahwinan Di Kawasan PKPB Dibenar, Namun Perlu Patuh SOP – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan majlis perkahwinan diteruskan di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan terlibat adalah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu di Sabah yang kini dilanjutkan tempoh PKPB berkuat kuasa 13 hingga 26 […]
PKPB Klang: Tidak Perlu Kebenaran Polis Jika Ada Surat Majikan
Pekerja yang tinggal di kawasan dilaksanakan sekatan jalan raya (SJR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang, perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan daripada majikan masing-masing supaya tidak timbul masalah ketika melalui SJR. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pekerja yang mempunyai surat pelepasan perjalanan daripada majikan tidak perlu mendapatkan kebenaran polis […]
Elak Stok Darah Menurun Ke Paras Kritikal, PDN Ajak Orang Ramai Tampil Derma Darah
Pusat Darah Negara hari ini memaklumkan bahawa mereka memerlukan stok darah bagi kumpulan A dan B yang telah menurun. Menerusi ciapan di laman Twitter Pusat Darah Negara, pendermaan darah semakin berkurang disebabkan oleh situasi COVID-19 semasa. Sebanyak 35 kempen derma darah bergerak Pusat Darah Negara dengan jumlah sasaran hampir 2500 pendermaan telah ditangguhkan. Bagi yang […]
Kluster Penjara Reman Hanya Babitkan Banduan Setakat Ini – Pengarah
GEORGE TOWN, 9 Okt — Kesemua kes positif COVID-19 yang direkodkan oleh Penjara Reman Pulau Pinang setakat ini melibatkan banduan dengan enam merupakan banduan satu sel dengan lelaki yang meninggal dunia pada 5 Okt lalu, kata Pengarahnya Mohamed Jusoh Idris. Beliau juga berkata setakat ini tiada petugas penjara itu yang disahkan positif jangkitan tersebut. “Bagaimanapun […]
Jangan Risau Hantar Anak, Sekolah Perketat SOP – PIBG SK Permatang Janggus
KEPALA BATAS, 9 Okt — Ibu bapa dan penjaga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga dekat sini dinasihatkan supaya tidak merasa bimbang untuk menghantar anak-anak kembali ke sekolah setelah lapan hari ditutup berikutan seorang guru wanita di situ positif COVID-19. Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang enggan dikenali berkata sekolah berkenaan […]
PKPB: Dua SJR, Tiga Jalan Ditutup Di Bukit Kuda
SHAH ALAM, 9 Okt — Polis Klang Utara melaksanakan dua sekatan jalan raya (SJR) dan menutup tiga jalan di sekitar Bukit Kuda dekat sini, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang, berkuat kuasa hari ini hingga 23 Okt. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata SJR berkenaan dilakukan di hadapan premis […]
Perlu Kebenaran Untuk Keluar Dari Kawasan PKPB-Polis Selangor
KLANG, 9 Okt (Bernama) — Orang ramai yang tinggal di kawasan dilaksanakan sekatan jalan raya di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini, perlu mendapatkan kebenaran polis untuk keluar dari kawasan itu bagi tujuan bekerja dan urusan penting. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata borang kebenaran itu boleh dimuat turun […]
Ini 6 Jenis Makanan Yang Selalu Jadi Punca Keracunan, Hati-hati Jika Nak Makan
Keracunan makanan pastinya menjadi mimpi ngeri bagi sesiapa yang pernah mengalaminya. Bukan sahaja cirit birit, pesakit biasanya akan hilang selera makan, kekejangan, muntah-muntah, sakit kepala dan mungkin disertai demam. Bagi individu yang mengalami keracunan lebih serius yang mungkin meragut nyawa, mereka mungkin mengalami kesukaran bertutur, demam panas melebihi 38.6°C, cirit-birit melebihi tiga hari, dehidrasi dan […]
Pelajar Positif COVID-19, SMK Mutiara Labuan Ditutup Sementara
LABUAN, 8 Okt (Bernama) — Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara di sini, diarah tutup sementara untuk proses sanitasi setelah seorang pelajarnya disahkan positif COVID-19, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. “Pelajar berkenaan (yang disahkan positif) tinggal di rumah kongsi di kawasan pembinaan (rumah setinggan) yang didiami lebih 40 orang. Dia dan tujuh individu lain yang tinggal di sana didapati positif manakala ibu […]
Rakyat Malaysia Tidak Boleh Sambil Lewa Dalam Situasi COVID-19 Ketika Ini – Tunku Azizah
KUALA LUMPUR, 8 Okt — Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar tidak mengambil sikap sambil lewa dalam situasi COVID-19 ketika ini. Tunku Azizah bertitah baginda dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut bimbang dengan situasi COVID-19 sekarang ini dan menyeru rakyat memainkan peranan masing-masing bagi menghentikan […]
Pusat Beli-Belah Setia City Mall Maklumkan Terdapat Kes COVID-19 Libatkan Ahli Fitness First
Setia City Mall sebentar tadi telah memaklumkan bahawa salah seorang ahli Fitness First di outlet pusat beli belah itu telah dijangkiti COVID-19. Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook pusat beli-belah itu, kakitangan Fitness First yang bertugas telah pun melakukan ujian saringan COVID-19 dan akan menjalani kuarantin diri selama 14 hari. Susulan daripada itu, Fitness […]
Polis Nafi Jalan Di Kawasan Penjara Ditutup
GEORGE TOWN, 8 Okt — Polis menafikan jalan di sekitar kawasan Penjara Reman Pulau Pinang, di sini ditutup kepada lalu lintas seperti tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp susulan terdapat kluster baharu COVID-19 di penjara tersebut. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang arahan penutupan […]
Kerajaan Selangor Lakukan Saringan Bersasar Di Klang
SHAH ALAM, 8 Okt — Kerajaan negeri Selangor akan terus menjalankan ujian saringan bersasar COVID-19 di kawasan merah sebagai langkah lanjutan bagi mengawal penularan wabak itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata kerajaan negeri juga telah menyampaikan segala maklum balas dan cadangan berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan beberapa ubah suai […]
Rakyat Perlu Bersatu Perangi Peningkatan Mendadak COVID-19 – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk memerangi penularan wabak COVID-19 yang meningkat ketika ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata orang ramai memainkan peranan penting dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP), tanpa mengira kedudukan dan status mereka. “Kami tidak boleh membendung atau mengurangkan […]
Hajiji Jalani Kuarantin Kendiri Selama Dua Minggu
KOTA KINABALU, 8 Okt (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga setelah beliau terdedah dengan individu yang didapati positif COVID-19. “Kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. Safar […]
Periksa Nama Sekolah Yang Ditutup Dalam Portal KPM
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah boleh melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetahui senarai 142 sekolah di daerah Klang yang ditutup bermula hari ini sehingga 23 Okt berikutan terletak di zon merah COVID-19. KPM dalam kenyataan hari ini memberitahu senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa […]
“Kebanyakan Kes Tidak Tunjuk Gejala,” Lebih 1,000 Pekerja Kilang Di Sri Lanka Dilapor Positif COVID-19
Lebih 1,000 orang pekerja di sebuah kilang di Sri Lanka dilaporkan telah diuji positif COVID-19. Mereka dipercayai telah menghasilkan pelitup muka pembedahan untuk Amerika Syarikat sehingga Ogos lalu, lapor Channel News Asia. Pihak berkuasa negara itu kini sedang berusaha mengenalpasti sumber terbesar jangkitan virus tersebut. Kes-kes yang merebak sejak ujian positif pertama di kilang pakaian […]
Dari Saiz XXL Ke S, Wanita Tiga Anak Kongsi Tips Diet Jaga Kalori Hingga Berjaya Turun 26 Kg
Pastinya ramai yang menginginkan bentuk badan yang ideal dan cantik namun tidak mempunyai perancangan diet yang betul. Ya, bersenam dan bersukan sememangnya sangat bagus untuk tubuh badan. Pun begitu, penjagaan kalori dalam makanan juga sangat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Menerusi kiriman yang dikongsikan oleh Mira Shaz di Facebook miliknya, beliau berjaya menurunkan […]
Penumpang MYBAS NDH 2259 KLIA2-Nilai Sentral, Pada 30 September 9 Malam Di Platform B10 Diminta Hubungi Bilik Gerakan COVID-19 PKD Seremban Segera
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan hari ini mengumumkan hebahan penting kepada mana-mana penumpang pengangkutan awam MYBAS yang terlibat. Makluman ini khas buat penumpang MYBAS bernombor pendaftaran NDH 2259 bagi laluan KLIA2 – Nilai Sentral pada 30 September 2020 dengan masa bertolak 9 malam di Platform B10, KLIA2 dan masa ketibaan 10 malam di Nilai Sentral. […]

Kita Hanya Ada Peluang Kecil Untuk Ratakan Semula Lengkung – Tan Sri Noor Hisham
Hantaran Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham sebentar tadi memberi kata-kata semangat kepada ‘frontliner’ kita yang masih berjuang untuk menghapuskan wabak pandemik Covid-19 ini. Bukan itu sahaja, sebanyak tiga hantaran Twitter itu juga mengundang sebak ramai orang apabila dalam kata-kata semangat itu terselit ayat yang menyentuh perasaan. “Marilah kita bersatu […]