Gaya hidup›Kesihatan
Derita Masalah Paru-paru, Asma, Cerebral Palsy & Ekzema, Adik Aiman Perlukan Bantuan Anda
Sepanjang musim pandemik COVID-19 ini, kita mungkin berasa selesa berada di rumah dengan keluarga tercinta. Walaupun pergerakan agak terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP), namun kita masih lagi dapat makan makanan yang sedap, tidur di bilik yang sejuk, menonton filem di rumah dan sebagainya. Tapi tidak semua yang bernasib baik seperti kita. Ada juga beberapa […]
TERKINI: Tiga Kluster Baru COVID-19 Dikesan Hari Ini, Dua Di Kedah & Satu Di Selangor
Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 3 kluster baharu COVID-19 hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kluster itu melibatkan warganegara Malaysia. #COVID19: Tiga kluster baharu, iaitu dua kluster Bah Lunas dan Bah Rose di Kedah; satu kluster Jelok di Selangor – KP Kesihatan @DGHisham pic.twitter.com/VsFda4HRz7 […]
“Elak Makan Berhidang”, KKM Kongsi 10 Tips Elak Makan Berlebihan
Makan secara berlebihan merupakan salah satu punca utama obesiti. Oleh itu, pengambilan makanan dalam kadar berpatutan penting untuk mengawal berat badan supaya berada pada tahap yang sihat. Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat 10 tips untuk mengelakkan diri daripada makan secara berlebihan. Nak tahu tipsnya? Jom teruskan bacaan. 1. Elak ‘kebuluran’ 2. Makan ikut waktu […]
TERKINI COVID-19: Hari Kedua Catat Kes Tertinggi, 317 Kes Baru Hari Ini & Semua Penularan Tempatan
Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat 317 kes baru COVID-19 hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes melibatkan penularan tempatan. “Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak […]
Hanya 1 Peratus Individu Yang Pulang Dari Sabah Didapati Positif COVID-19 & Bukan Semuanya Orang Politik -Ismail Sabri
Putrajaya, 3 Oktober – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, kes COVID-19 melibatkan individu daripada Sabah hanya sekitar satu peratus. Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan wartawan yang meminta penjelasan dakwaan peningkatan kes COVID-19 adalah berpunca daripada Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini. “Yang balik daripada Sabah yang telahpun dibuat saringan ialah 13,000 […]
COVID-19: Semua Tabika, Taska Kemas Di Zon Merah Ditutup
TASEK GELUGOR, 3 Okt (Bernama) — Semua taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada dalam zon merah COVID-19 di seluruh negara kini ditutup, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin. Beliau berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan […]
Kerajaan Selangor Umum Beberapa Langkah Hadapi Peningkatan Kes COVID-19
SHAH ALAM, 2 Okt — Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan beberapa langkah sebagai persediaan negeri ini menghadapi peningkatan kes baharu penularan wabak COVID-19 ketika ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah utama yang akan dilaksanakan adalah saringan bersasar secara percuma untuk rakyat negeri ini yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 Sept lepas. “Memandangkan kemungkinan jangkitan baharu yang berkait dari Sabah, kerajaan negeri ingin membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan memudahkan pengesanan jangkitan COVID-19 dengan mengadakan saringan bersasar secara percuma kepada rakyat terlibat. “Saringan itu boleh dilakukan di semua cawangan Klinik Selcare milik anak syarikat kerajaan negeri, […]
KKM Hantar 11 Jururawat Semenanjung Bantu Pasukan Perubatan Di Dua Hospital Di Sabah
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Kementerian Kesihatan Malaysia telah menempatkan 11 jururawat di Hospital Semporna dan Tawau bagi membantu pasukan perubatan di kedua-dua hospital yang terkesan akibat peningkatan kes COVID-19 di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumpulan jururawat itu merupakan kelompok pertama dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah secara berperingkat sejak pagi tadi. […]
Peningkatan Kes COVID-19: Sambutan Hari Sukan Negara 2020 Ditangguh
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2020 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Okt ini ke satu tarikh bersesuaian, susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan berkata penangguhan berkenaan diputuskan sebagai […]
Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga COVID-19, Kata KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Malaysia dijangka memasuki gelombang ketiga COVID-19 selari dengan trend peningkatan jumlah kes di seluruh dunia kebelakangan ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. “Sekarang ini kita lihat pada peringkat permulaan untuk gelombang ketiga, jadi kes-kes telah dikesan bukan hanya negara kita tetapi juga negara-negara lain menghadapi peningkatan […]
Guru Positif COVID-19, Sekolah Rendah Ditutup Sementara
KUALA TERENGGANU, 2 Okt (Bernama) — Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara mulai hari ini setelah seorang gurunya disahkan positif COVID-19, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus. Beliau berkata aktiviti disinfeksi secara menyeluruh di sekolah itu akan dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu. “Seramai 62 pelajar, 23 guru dan lima kakitangan sokongan […]
SPR Sahkan Tiga Petugas Dijangkiti COVID-19
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini mengesahkan tiga petugasnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangkiti COVID-19. Ketika dihubungi Bernama, Abdul Ghani berkata selain tiga petugas itu yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, kesemua petugas SPR lain yang terlibat dengan pilihan raya itu diarah […]
Zulkifli Akan Ke Arab Saudi Dapatkan Maklumat Status Haji
NILAI, 2 Okt (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan kunjungan ke Arab Saudi pada awal tahun depan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai status perjalanan ibadat haji rakyat Malaysia musim 2021. Katanya, kunjungan berkenaan juga penting bagi mendapatkan butiran bagi pelaksanaan ibadah haji dan umrah […]
Aminuddin Nafi Dimasukkan Ke Hospital, Positif COVID-19
KUALA PILAH, 2 Okt (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya beliau telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki positif COVID-19. Sebaliknya, beliau berkata apa yang ditularkan itu adalah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka. “Ramai orang baca topik sahaja dan hantar kepada saya. Saya harap kita kena bijak […]
COVID-19: 11 Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini Termasuk Kedah Dengan 129 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semuanya melibatkan kes tempatan. Susulan itu, berikut merupakan beberapa negeri yang mencatatkan kes baharu Covid-19 pada hari ini. Antaranya, Kedah mencatatkan kes baharu yang tertinggi iaitu sebanyak 129 kes diikuti dengan Sabah iaitu sebanyak […]
Agong Berangkat Pulang Selepas Jalani Rawatan Di IJN
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 Sept lepas. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keberangkatan pulang Seri Paduka pada 12.40 tengah hari, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. “Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda telah beransur pulih. […]
TERKINI: Dua Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Selangor – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang dikesan pada hari ini. Menurut kenyataan di akaun Twitter rasmi KKM, kluster baharu yang dikenalpasti itu adalah Kluster Seri Anggerik iaitu di Hulu Selangor dan satu lagi ialah Kluster Seri Setia di Gombak. Menerusi maklumat berkenaan kluster yang dikongsikan itu, kes indeks Kluster Seri […]
TERKINI: Paling Tinggi Dalam Sejarah, 287 Kes Baharu COVID-19 Dan Semuanya Kes Tempatan
Menerusi sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 81 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 10,095 kes bersamaan 85.76%. Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semua […]
Tahu Tak, Sebenarnya Sambil Diet Pun Boleh Makan ‘Fast Food’ Macam Biasa? Ini Rahsianya
Bagi mereka yang sedang dalam ‘perjalanan’ diet, pasti ada banyak kaedah yang diamalkan untuk mendapat bentuk tubuh badan idaman. Tidak hanya menjaga makan, namun diet juga penting bagi memastikan kesihatan kita terjaga dengan sempurna. Mungkin ada pernah dengar istilah jenis diet seperti diet suku-suku separuh, diet eat clean, diet intermittent fasting, diet atkins dan sebagainya. […]
Lelaki Kongsi Pengalaman ‘Kesakitan’ Buat “Swab Test” & ‘Kegelisahan’ Jalani Kuarantin 14 Hari
Ramai yang sedia maklum pengambilan sampel ujian swab adalah menyakitkan, pun begitu jarang kita lihat perkongsian sebenar daripada individu yang pernah melalui proses berkenaan. Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi bagaimana sakitnya apabila menjalani ujian berkenaan. Kata Naufal Antezem, beliau telah menjadi kontak rapat dengan saudaranya yang positif COVID-19 memaksanya menjalani ujian swab dan kuarantin selama […]