Gaya hidup›Kesihatan
KKM Nafi Keluarkan Kenyataan Larangan Rentas Daerah Di Seluruh Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi dalam ciapan terbaharu di laman Twitter mereka menegaskan berita tular yang mengatakan larangan merentas daerah di seluruh negara adalah palsu. Menurut KKM, pihak mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan meminta rakyat untuk tidak kongsi atau tularkan kenyataan palsu ini. Semalam, negara mencatat 260 kes positif baharu Covid-19 dan itu […]
Terberak Ketika Bersalin Normal, Ini Antara Manfaatnya Dijelaskan Hello Doktor
Bagi sebahagian ibu muda yang pertama kali hamil, pasti risau mendengar cerita ibu-ibu lain yang telah mempunyai pengalaman bersalin. Selain risau sakit menjalani proses pemeriksaan bukaan atau vaginal examination (VE), ramai juga yang meluahkan kerisauan terberak ketika bersalin. Tahukah anda, terbuang najis ketika proses melahirkan merupakan perkara yang normal dan ada manfaat sendiri. Untuk lebih mengetahui tentang […]
Selangor Tangguh Penganjuran ‘Mega Job Fair 2020’ Hujung Minggu Ini
SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) — Kerajaan negeri Selangor menangguhkan program ‘Mega Job Fair 2020’ dijadualkan pada Sabtu dan Ahad ini di Shah Alam Convention Centre (SACC) ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Exco Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri Mohd Khairuddin Othman berkata, penangguhan berkenaan susulan peningkatan kes kumulatif COVID-19 di Selangor […]
COVID-19: Mutasi D614G Kluster Benteng LD Berasal Dari Indonesia Dan Filipina
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) — Virus COVID-19 Kluster Benteng LD, Sabah yang dikesan mempunyai jenis mutasi D614G didapati datang dari Indonesia dan Filipina. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan kajian dijalankan makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), meskipun kumpulan mutasi sama (D614G) dikesan bagi beberapa kluster di Kedah, kedua-duanya mempunyai ciri […]
Hantaran Twitter Saya Hanya Sekadar Peringatan-KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan hantaran Twitternya pada awal pagi tadi hanyalah bertujuan menasihati rakyat Malaysia dan bukan memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula. Menerusi akaun rasmi Twitternya @DGHisham membalas hantaran seorang pengguna @zalifahms yang mencadangkan agar dilaksanakan larangan pergerakan rentas negeri untuk […]
COVID-19 Telah Berada Dalam Komuniti Kita, Sila Duduk Di Rumah Jika Tiada Urusan Penting – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini melaporkan bahawa terdapat 260 kes baharu COVID-19 yang melibatkan 259 kes tempatan dan 1 kes import. Orang ramai di Malaysia disarankan peka terhadap situasi semasa Covid-19 dan mengamalkan penjarakan fizikal serta patuh SOP yang ditetapkan. Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau mengingatkan orang […]
Kompleks Seri Negeri Ditutup Bagi Proses Sanitasi, Langkah Pencegahan COVID-19
MELAKA, 1 Okt — Kompleks Seri Negeri ditutup sementara, bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan pencegahan awal COVID-19, di kawasan berkenaan. Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Hasim Hasan berkata, penutupan itu melibatkan keseluruhan kompleks berkenaan termasuk kediaman rasmi Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. “Ya, kita tutup hari ini untuk kerja-kerja disinfeksi di seluruh bangunan pejabat Seri Negeri, […]
COVID-19: Sarawak Larang Kemasukan Dari Sabah, Labuan, Mulai 4 Oktober
KUCHING, 1 Okt (Bernama) — Kerajaan negeri Sarawak hari ini mengambil keputusan melarang kemasukan, warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang berada di Sabah dan Labuan mulai 4 Okt hingga 18 Okt, berikutan peningkatan jangkitan kes COVID-19 di negeri jirannya itu. Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana […]
Kuarantin Wajib 14 Hari Dikenakan Kepada Individu Tiba Dari Sabah Yang Negatif Tapi Berhubung Rapat Dengan Kes Positif
Menerusi sidang media hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kuarantin wajib 14 hari dikenakan kepada individu tiba dari Sabah yang negatif pada ujian saringan di KLIA/KLIA2 namun berhubung rapat dengan kes positif. Di samping itu, bagi yang negatif pada ujian saringan pertama tetapi ada simptom, mereka juga wajib dikuarantin 14 hari. […]
JKN Kedah Sahkan Exco Positif COVID-19
ALOR SETAR, 2 Okt (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan seorang exco kerajaan negeri tersebut yang sebelum ini pernah ke Sabah semasa pilihan raya Negeri Di Bawah Bayu itu, adalah positif COVID-19. Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang berkata exco itu sudah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut mulai semalam. “Jabatan Kesihatan […]
TERKINI: 4 Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Masing-Masing Satu Di Langkawi, Tawau, Putrajaya Dan Klang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu yang dikesan pada hari ini. Menurut kenyataan di akaun Twitter rasmi KKM, kluster baharu yang dikenalpasti itu adalah Kluster Bah Ketil iaitu di Langkawi, Kluster Joo Hwa di Tawau, Sabah, Kluster Selasih di Putrajaya dan Kluster Jalan Meru di Klang. Menerusi maklumat berkenaan kluster yang […]
TERKINI: 260 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 259 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 260 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 260 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 11,484 kes secara keseluruhan. Terkini #COVID19Malaysia 1 Okt 2020Kes sembuh=47Jumlah kes sembuh= 10,014 […]
MB Perlis Negatif COVID-19
KANGAR, 1 Okt — Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata beliau disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan pandemik itu pada Isnin lepas. Bagaimanapun katanya beliau akan terus menjalani perintah kuarantin di rumah hingga 8 Okt ini seperti yang dinasihatkan oleh petugas kesihatan sebelum ini. “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana keputusan ujian saya negatif setelah pulang dari Sabah […]
Kakitangan Positif COVID-19, Sebuah Tabika Kemas Di Terengganu Ditutup
KUALA TERENGGANU, 1 Okt (Bernama) — Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu mengesahkan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi dekat sini ditutup bermula hari ini selepas seorang kakitangannya didapati positif COVID-19. Pengarahnya Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wabak itu, bagaimanapun tempoh penutupan akan bergantung kepada […]
Larangan Rentas Daerah Di Seluruh Sabah Akan Dilaksanakan Bermula Tengah Malam 3 Oktober Ini -Ismail Sabri
Orang ramai di Sabah dilarang untuk melakukan perjalanan rentas daerah bermula tengah malam 3 Oktober ini. Menurut Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri larangan tersebut terpakai di seluruh negeri Sabah, lapor Bernama TV. Larangan itu terpakai bermula pada 12.01 malam 3 Oktober ini sehingga 16 Oktober akan datang. “Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas […]
SK Permatang Janggus Tutup Lapan Hari, Guru Positif COVID-19
KEPALA BATAS, 1 Okt (Bernama) — Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang mengarahkan Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga dekat sini ditutup sehingga 8 Okt ini, berikutan seorang guru wanita di situ positif COVID-19. Pengarahnya Abdul Rashid Abdul Samad berkata, arahan itu berkuatkuasa bermula hari ini bagi membendung penularan pendemik COVID-19. “Setakat ini, sekolah itu akan […]
Pahang Hadkan Operasi Perniagaan Setakat 12 Tengah Malam Bagi Daerah Aktif COVID-19
KUANTAN, 1 Okt (Bernama) — Kerajaan Pahang mengehadkan operasi perniagaan termasuk kedai serbaneka di daerah yang mempunyai kes aktif positif COVID-19, setakat 12 tengah malam, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. Bagaimanapun, katanya arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu tidak terpakai kepada pusat perubatan, klinik dan stesen minyak yang beroperasi dalam daerah […]
Kesan Hitam Tanda Toksin Dikeluarkan? Jangan Tertipu, Ini Hakikat Sebenar Pad Detoks Kaki
Pernah tak anda gunakan pad detoks pada bahagian kaki yang didakwa boleh menyingkirkan toksin daripada badan? Setelah digunapakai untuk sekian waktu, pad ini biasanya akan bertukar hitam kononnya hasil nyah toksin produk berkenaan. Sejauh manakah ia mampu membuang toksin daripada badan? Adakah ia benar atau sekadar mitos semata? Untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik produk […]
Abang Ni Ajar Buat “Nice Cream”, Sesuai Untuk Yang Tengah Diet Tapi “Craving” Nak Makan Ais Krim
Ketika dalam tempoh berdiet, tidak dinafikan lidah kita mesti akan mengidam atau ‘craving’ sesuatu makanan yang biasa kita makan dulu. Ayam goreng, coklat, teh ais, nasi goreng tomyam, aiskrim dan banyak lagi. Menyentuh tentang aiskrim, sebenarnya ada ‘rahsia’ macam mana kita yang tengah berdiet ini untuk menikmati ais krim tanpa ‘ragu-ragu’ atau sayang dengan diet. […]
Ibu Bapa Didakwa ‘Amalkan’ Diet Ketat Pada Bayi Berusia Setahun Hingga Dilapor Alami Kerosakan Otak Kekal
Sepasang suami isteri dilaporkan membiarkan bayi perempuan mereka kelaparan dan tidak mendapat nutrien yang secukupnya serta membiarkan anak kecil itu diet yang sangat ekstrem sehingga menyebabkannya mengalami kerosakan otak kekal, lapor Mirror. Mereka yang berasal dari Australia itu memberi formula sendiri kepada bayi tersebut iaitu yang diperbuat daripada air kelapa dan tepung selepas berhenti menyusu […]