Gaya hidup›Kesihatan
TERKINI: 561 Kes Baharu COVID-19, 2 Kematian Dan 5 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 561 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 553 merupakan kes tempatan manakala 8 kes merupakan kes import. Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 133 kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh adalah 10,913 kes. Terkini #COVID19Malaysia 11 Okt 2020 Kes […]
Menteri Luar China Lawat Malaysia Bermula Esok
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula esok. Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, kali terakhir Wang Yi yang juga Penasihat Negara kerajaan China mengunjungi negara ini ialah pada 2018. Semasa lawatan kali […]
PKPD Dilaksanakan Di Taman Khazanah Indah Dan PPR Mutiara Kasih Di Lahad Datu Berkuatkuasa 13 – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih di Lahad Datu berkuatkuasa bermula 13 hingga 26 Oktober ini. Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat kes positif COVID-19 […]
TERKINI: PKPB Akan Dilaksanakan Di Daerah Kota Belud Berkuatkuasa 13 Oktober Ini
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Belud, Sabah. “Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Belud yang berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020. “Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 […]
“Kena Ada Big Why,” Dah Berjaya Turun 24 Kg, Gadis Ini Kongsi Tips Bagi Yang Baru Nak Mulakan Diet
Pasti ramai diantara kita yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menurunkan berat badan. Pun begitu, pasti akan ada perasaan sama ada langkah serta cara yang diguna pakai itu betul mahu pun tidak. Seorang pengguna Facebook bernama Eyqa Zamri ada telah berjaya turunkan berat daripada 85kg ke 61kg. Dia juga ada berkongsikan tips untuk memulakan proses […]
Hospital Kota Marudu Kini Turut Rawat COVID-19-KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Sebagai langkah kesiapsagaan menghadapi peningkatan kes COVID-19 di Sabah, Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan Hospital Kota Marudu sebagai satu lagi hospital untuk merawat jangkitan itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya ini menjadikan keseluruhan tujuh hospital termasuk Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Kota Kinabalu; Hospital Duchess […]
Tiga Lagi Yang Positif Adalah Dari Sel Yang Sama Dengan Banduan Yang Meninggal Dunia -Penjara Reman
GEORGE TOWN, 11 Okt — Tiga lagi yang disahkan positif COVID-19 daripada Kluster Penjara Reman semalam adalah banduan yang ditempatkan di dalam sel sama dengan individu yang meninggal dunia akibat jangkitan itu pada 5 Okt lepas, kata Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail. Katanya terdapat 26 banduan di dalam sel berkenaan yang kemudian […]
Sektor Perhotelan Bakal ‘Sakit’ Lagi Ekoran Gelombang Baharu COVID-19
SEREMBAN, 11 Okt — Selepas menarik nafas lega apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas, sektor perhotelan di negara ini kembali berdepan tempoh getir susulan gelombang baharu penularan wabak COVID-19. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan panas COVID-19 serta peringatan agar orang ramai mengelakkan tempat sesak selain peningkatan kes harian wabak dalam tiga angka sejak akhir-akhir ini […]
COVID-19: Bank Islam Lahad Datu Ditutup Sementara
LAHAD DATU, 11 Okt — Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Lahad Datu termasuk terminal layan diri ditutup hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, berkuat kuasa serta-merta, selepas seorang petugasnya disahkan positif COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Mohd Muazzam Mohamed berkata kakitangan itu sebelum ini menjalani tempoh kuarantin di rumah bermula 28 Sept lalu, selepas melakukan […]
ATM Kerah 1,140 Anggota Bantu Redakan Gelombang Ketiga COVID-19
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Seramai 1,140 anggota tentera dikerah membantu negara dan pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan rantaian penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19. Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan hari ini menyebut anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terbabit penugasan sekatan […]
TERKINI: KKM Sahkan Enam Lagi Kluster Baharu Termasuk Empat Kluster Di Selangor
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan bahawa terdapat enam kluster baharu dikesan melibatkan negeri Selangor, Sabah dan Sarawak. Ia melibatkan 4 kluster di Selangor iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera. Manakala di Sabah pula melibatkan Kluster Highway dan di Sarawak melibatkan Kluster Putra. Di […]
TERKINI: 374 Kes Baharu COVID-19 Dan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 374 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 15,096 kes secara keseluruhan. Terkini #COVID19Malaysia 10 Okt 2020 Kes sembuh=73Jumlah kes sembuh= […]
Pusat Beli Belah 1 Utama Di PJ Akan Ditutup Seminggu Berkuatkuasa 12 Oktober – Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pusat membeli-belah 1 Utama akan ditutup selama tujuh hari bermula 12 Oktober. “Hari ini sidang khas MKN juga mendengar pembentangan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan telah bersetuju dengan cadangan untuk menutup operasi pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama ini selama tujuh hari bermula 12 Oktober […]
PKPD Akan Dilaksana Di Asrama Pekerja Kelab Golf Tropicana Di Petaling Jaya Berkuatkuasa 12 Oktober – Ismail Sabri
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Asrama Pekerja Tropicana, Petaling Jaya. “Setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, sidang khas yang bersidang hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Tropicana, Petaling Jaya […]
Aktiviti Sukan Di Zon Kuning Dan Hijau Masih Dibenarkan Dengan Mematuhi SOP – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa di zon merah kawasan yang dikenakan PKPB dan PKPD semua bentuk aktiviti sukan adalah tidak dibenarkan. Menurutnya, larangan yang pernah dikeluarkan pada sebelum ini masih diguna pakai oleh kawasan yang diisytiharkan PKPB dan PKPD. Beliau turut mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan zon […]
Antara Kontak Rapat Dan HSO, Ini Penjelasan KKM Yang Anda Perlu Tahu
Pandemik COVID-19 di negara ini telah memasuki gelombang ketiga dengan peningkatan jumlah kes sehingga tiga angka. Dalam pada itu, anda juga pasti setiap hari mendengar mengenai kontak rapat dan perintah Home Surveillance Order (HSO). Mungkin masih ramai yang keliru dan tidak tahu mengenai kedua-dua perkara tersebut. Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Kenyataan Akhbar […]
Hampir Setengah Juta Rakyat Malaysia Alami Simptom Depresi – Kajian
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019. Penaung Befrienders Kuala Lumpur Tan Sri Lee Lam Thye berkata kajian NHSM 2019 itu juga mendapati 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental. “Separuh daripada masalah gangguan mental mula dikesan pada usia […]
Tujuh Lagi Positif COVID-19 Kluster Penjara Reman Adalah Banduan
GEORGE TOWN, 10 Okt — Tujuh lagi individu positif COVID-19 yang disahkan semalam membabitkan Kluster Penjara Reman di Penjara Reman Pulau Pinang adalah banduan yang tinggal di dalam sel sama dengan lapan orang yang turut positif sebelum ini. Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail berkata kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Pulau […]
Polis KK Jejaki Lelaki Positif COVID-19 Larikan Diri Dari Klinik
KOTA KINABALU, 10 Okt (Bernama) — Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 yang melarikan diri dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata warga tempatan berusia 53 tahun, beralamat di Taman Petrajaya, Telipok itu melarikan diri selepas diminta menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis […]
Solat Jemaah, Aktiviti Di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang Ditangguh – JAIS
SHAH ALAM, 9 Okt (Bernama) — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam sehingga diberitahu kelak. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata arahan itu susulan seorang jemaah yang hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat […]