Gaya hidup›Kesihatan
8 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang PKP Fasa Kedua Bermula Esok Hingga 14 April 2020
Satu Malaysia sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua berkuat kuasa pada esok hari, 1 April 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. PKP Fasa 2 ini berbeza dan lebih diperketatkan lagi kawalan daripada pihak keselamatan yang bertanggungjawab. Menerusi perkongsian satu infografik berkaitan PKP Tahap 2 ini untuk […]
PKP: Masa Untuk ‘Jaga Tepi Kain Orang’, Membantu Golongan Memerlukan
Kata-kata “tengok-tengokkan dan jagalah tepi kain orang untuk membantu mereka yang memerlukan di kawasan anda”, mendorong seorang pemilik restoran, Suthan Mookiah, 34, untuk memulakan program kebajikannya sendiri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. Menerusi program ‘Pek Percuma Barang Runcit’, beliau mengumpulkan barangan penting untuk disumbangkan kepada keluarga yang tinggal di pangsapuri kos rendah berdekatan […]
Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar PKP, Berkurang Dari Hari Sebelumnya- Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi mengesahkan bahawa seramai 742 individu berjaya ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan. Menurutnya, jumlah individu yang ditahan pada semalam itu semakin berkurang daripada hari sebelumnya. 742 individu ditahan semalam ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, berkurang dari hari sebelumnya – […]
PKP: Beberapa Jalan Di Klang Ditutup Sepenuhnya Bermula Esok
Beberapa jalan di sekitar Klang akan ditutup sepenuhnya mulai esok hingga 14 April ini bagi mengurangkan pergerakan orang awam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata jalan yang akan ditutup adalah di Kilometer (KM) 3.5 Jalan Shapadu Lama; KM3.7 Jalan Shapadu Lama ke Rantau Panjang; Jambatan Raja Muda Nala (Jalan Tanjung […]

Menyamar Polis, Langgar PKP, Dua Lelaki Dipenjara Lapan Bulan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyamar polis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penarik kereta, Muhammad Nur Saddiq Isham Marzuki, 24 dan penganggur, Mohamed Nazrin Shah Kamal Bachah, 25, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan bagi pertuduhan menyamar polis serta penjara […]
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin 14 Di Tempat Dikhaskan Kerajaan- Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan terus dikuarantin selama 14 hari. Menurutnya, ahli keluarga tidak perlu pergi ke lapangan terbang untuk menjemput mereka yang baru pulang dari luar negara. Ini kerana, mereka yang […]

Lebih 30,000 Kes Denggi Dilaporkan Sejak 29 Dis 2019 – CPRC
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Sebanyak 34,238 kes denggi dilaporkan dari 29 Dis 2019 hingga 28 Mac tahun ini, demikian menurut Laporan Situasi Semasa Denggi, Chikungunya dan Zika di Malaysia bagi Tahun 2019 dan 2020. Laporan yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) itu menunjukkan penurunan 2,047 kes (5.6 peratus) berbanding 36,285 kes […]

Agong, Permaisuri Berkenan Kerajaan Tidak Bayar Emolumen Diraja Enam Bulan
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah […]
Kes COVID-19 Seluruh Dunia Melebihi 750,000
Hanya selepas beberapa hari kes covid-19 mencecah setengah juta, jumlah jangkitan di seluruh dunia pada Isnin melebihi 755,000, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University. Virus maut itu kini menular ke sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan lebih 36,000 kematian. Sehingga kini lebih 158,000 orang yang didiagnosis dengan penyakit itu […]
Dedikasi Petugas Kesihatan Perangi COVID-19 Sangat Menakjubkan- KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Selepas 67 hari negara dilanda wabak COVID-19 sejak kes pertama pada 25 Jan lepas, insan bergelar petugas kesihatan merupakan antara barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memerangi virus membunuh ribuan nyawa di seluruh dunia. Menghargai segala pengorbanan dan penat lelah mereka, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah secara peribadi […]
Prosedur Pengurusan Bazar Ramadhan Di WP Akan Dipertingkat – Annuar
Prosedur pengurusan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan mulai tahun ini akan dipertingkat bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata pihaknya akan membuat penelitian lanjut bersama pihak yang berkaitan sebelum pengumuman mengenai perkara itu dilakukan sedikit masa lagi. “Saya tidak mahu oleh kerana Singapura atau pihak-pihak lain […]

Wilayah Di Indonesia Guna ‘Pocong’ Untuk Halang Penduduk Keluar Rumah
Sebuah kampung di Kabupaten Purworejo menjalani isolasi dan dijaga pocong agar pendduknya terhindar dari Covid-19. Sosok pocong ‘digunakan’ untuk mengingatkan penduduk pada kematian. “Pocong itu mengingatkan kita pada kematian, jadi sesiapa sahaja yang mengejek dan tidak mengikut langkah pencegahan penyebaran virus tersebut boleh menjadi pocong atau mati. Semoga wabak ini akan cepat berakhir,” kata seorang […]
(Video)Hospital Di New York Dipercayai Guna ‘Forklift’ Usung Mayat Dalam Lori
Tular, detik-detik mayat yang dipercayai pesakit Covid-19 dimuatkan ke dalam sebuah lori berhawa dingin menggunakan forklift di luar sebuah hospital di New York. Rakaman yang menakutkan itu telah dirakamkan dari luar sebuah hospital di New York yang telah meragut 790 nyawa dan telah menjangkiti lebih 36,000 orang. Beberapa jam sebelumnya, sebuah gambar yang sama turut […]
“Air Mata Mengalir Di Celah Mask,” Ebit Lew Kongsi Rintihan Petugas Barisan Hadapan
Pengorbanan yang dilakukan oleh barisan petugas kesihatan pada ketika ini dalam membantu membendung jangkitan Covid-19 sememangnya perlu dihargai dan diberi pujian yang setingginya. Tanpa mengenal penat lelah, mereka bersedia untuk berkorban masa dan tidak bertemu ahli keluarga sendiri. Keperitan yang dilalui mereka dapat dibayangkan menerusi nukilan yang dikirim oleh Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook. […]

COVID-19: Tempoh PKP Bergantung Kepada Pematuhan
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Telah ‘berbuih mulut’ pihak berkuasa menasihati rakyat agar duduk di rumah dan tidak kurang juga ada yang telah didakwa di mahkamah kerana ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih ramai yang degil dan bersikap keras kepala. Ahad lalu sahaja seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya […]
Turut Jadi ‘Frontliner’, Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur Isteri Negatif Covid-19
Umum mengetahui bahawa negara kita pada ketika ini sedang diuji dengan penularan Covid-19 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi membendung rantaian penularan virus itu, petugas barisan hadapan juga sedang memainkan peranan mereka tanpa mengenal penat lelah. Isteri Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina juga tidak terkecuali menjadi petugas barisan hadapan bagi membantu […]
Maklumat Penyertaan Sebagai Sukarelawan Bagi Pengendalian Kes COVID-19 DI Fasiliti KKM
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Seperti semua yang telah sedia maklum, angka kes positif serta kematian yang dicatatkan di negara kita sehingga ke hari ini semakin meningkat. Sebagai persediaan, pihak KKM ada membuka khidmat sukarelawan bagi sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang layak untuk turut serta membantu petugas barisan hadapan […]
Covid-19: 92 Kes Dirawat Di ICU, 62 Daripadanya Guna Bantuan Alat Pernafasan
Menerusi sidang media berkaitan Perkembangan Covid-19 di negara kita, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif mencecah kepada 2626 kes setakat ini. Susulan daripada itu, daripada jumlah tersebut, 94 kes sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurutnya, sehingga 30 Mac 2020, 62 kes daripada jumlah yang […]

Kes Covid-19 Di AS Makin Meningkat, Bandar-Bandar Utama Kini Jadi ‘Hotspot Area’
Kematian di New York akibat koronavirus terus meningkat dengan ketara. Dengan bilangan pesakit di ventilator dua kali ganda di New York City, kini pusat wabak kebangsaan, sementara ‘hotspot’ pula di New Orleans, Chicago, Philadelphia dan Detroit dan negeri-negeri yang teruk seperti California dan Washington terus ‘bertempur’ dengan virus itu. Kes yang disahkan di New York […]

Halang Tugas Penjawat Awam Dan Ingkar PKP: Doktor Didakwa
GEORGE TOWN, 30 Mac — Seorang doktor perubatan di sebuah klinik swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menghalang tugas penjawat awam dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19. Dr Ong Hean Teik, 61, dari Tanjung Bungah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan […]