Gaya hidup›Kesihatan

Solat Jenazah Ghaib Untuk Mangsa COVID-19
SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) — Waris dan kenalan individu Islam, yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19, boleh melakukan solat jenazah ghaib ke atas arwah, kata Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir. Beliau berkata solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah individu berkenaan. “Ulama tidak menetapkan tempoh […]
Kadar Kematian COVID-19 Di Malaysia Hanya 1.1 Peratus
PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) — Kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia ketika ini hanya 1.1 peratus berbanding 4.5 peratus kadar yang dicatatkan di seluruh dunia. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lebih 98 peratus kes positif COVID-19 dapat dipulihkan setakat ini. “Memang ambil masa untuk pastikan mereka pulih dan kembali kepada masyarakat. Apa yang penting […]
WHO Puas Hati Kesiapsiagaan Malaysia Hadapi COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi penularan COVID-19 di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat antara WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini. “Apa yang Malaysia lakukan ialah kaedah pertama iaitu MCO (Movement Control Order) atau Perintah Kawalan Pergerakan […]
PKP: JAIS Tangguhkan Lagi Permohonan Akad Nikah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melanjutkan lagi penangguhan semua urusan berkaitan permohonan dan majlis akad nikah di negeri ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac, berakhir. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata walaupun keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor baru-baru ini berkaitan keharusan melaksanakan akad nikah menerusi sidang video, ia hanyalah sebagai panduan […]

Covid-19: Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media mengesahkan bahawa mangsa termuda yang disahkan positif Covid-19 adalah bayi berusia 12 hari. “Gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tapi kita ada umur yang lebih muda daripada itu yang merupakan bayi berusia 12 hari. “Butiran kita akan maklumkan nanti,” katanya. Jika sebelum ini […]
Tun M, Neelofa Kongsi Nasihat Hadapi PKP Dan COVID-19
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi bersama pelakon, pengacara TV dan usahawan terkenal Neelofa menerusi akaun Instagram pagi tadi bagaimana rakyat boleh mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ancaman COVID-19. Dr Mahathir berkata pada zaman sekarang keadaan komunikasi yang baik dapat membantu rakyat khususnya golongan usahawan untuk melakukan beberapa perkara yang dahulunya tidak dapat dilakukan […]
Kematian Akibat COVID-19 Di Indonesia Kini 78 Kes, 20 Kematian Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
Kes kematian akibat pandemik virus COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan apabila 20 lagi kematian dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam. Kematian akibat virus itu kini berjumlah 78 kes, kata jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto. Jumlah kes kematian paling tinggi dicatatkan di Jakarta iaitu sebanyak 46 kes kematian, diikuti Jawa Barat (11 kes), Jawa Tengah […]
TERKINI: Seramai 215 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Keluar Hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa sejumlah 215 kes positif di Malaysia telah berjaya disembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat jam 12pm, 26 Mac 2020. KKM juga turut menyatakan bahawa, jumlah tersebut merangkumi 16 lagi pesakit terbaru yang juga turut dilaporkan telah sembuh dan discajkan. Sekalung tahniah diucapkan kepada anggota kesihatan KKM di barisan hadapan. UPDATE: […]

TERKINI: Jumlah Kematian Akibat Covid-19 Meningkat Kepada 23 Orang
Penularan COVID-19 memperlihatkan jumlah kematian terus meningkat kepada 23 orang. Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi. Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian ke22 merupakan kes ke-1797 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau menghadiri perhimpunan di Seri […]

Hampir 500,000 Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia, Naik Lebih 120,000 Kes Dalam Tiga Hari
Peningkatan COVID-19 semakin serius di seluruh dunia dan kini mencecah 472,763 kes. Dalam tempoh tiga hari sahaja, sebanyak kira-kira 120,000 kes dicatatkan di seluruh dunia berdasarkan data Worldometer. Kebanyakan daripada peningkatan mendadak itu melibatkan kes di Itali (74,386), Amerika Syarikat (68,489) Sepanyol (49,515), Jerman (37,323) dan Iran (27,017). Peningkatan mendadak dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat […]
(Video) Cuba Hantar Doktor Ke Itali Bantu Kekang COVID-19
BERIKUTAN Itali kini menduduki negara kedua tertinggi kes jangkitan COVID-19 di dunia, maka situasi itu mencuri perhatian pihak perubatan dari negara lain untuk turun padang membantu. Dan perkara ini terbukti apabila sebuah negara republik berfahaman komunis yang terletak jauh di benua Amerika Selatan, iaitu Cuba membuat keputusan menghantar petugas perubatan mereka ke Itali bagi membantu […]
COVID-19 Makin Terkawal Di China, Rakyatnya Dilapor Sedia Melancong Semula Bermula April
Setelah penularan pandemik COVID-19 semakin pulih di China, rakyat negara itu dilaporkan mula bersedia untuk melancong. Menurut laman The Bangkok Post, syarikat pelancongan di China mula menghubungi rakan niaga di Thailand menyatakan dua wilayah negara itu, Zhejiang dan Jiangsu sudah menamatkan sekatan perjalanan. Walaubagaimanapun, rakyat tempatan dilaporkan ingin membuat perjalanan domestik terlebih dahulu sebelum ke […]
“Tolong Doakan Kami Di Istana”, Agong & Permaisuri Jalani Kuarantin, Tengku Puteri Mohon Doa Semua
Sebentar tadi, tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19. Berita itu pastinya menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat dan keluarga diraja sendiri. Mengulangkicau berita berkenaan, Tengku Puteri Jihan Abdullah memohon orang ramai mendoakan mereka di istana. “Tolong doakan kami semua di Istana Negara. Moga Allah lindungi kita semua dari COVID-19,” tulis Tengku Puteri Jihan. Please pray […]
(Video) “Hapuslah Air Matamu”, Beri Amanat Bagaikan Ayah, Rakyat Luah Rasa Tersentuh Dengan Tan Sri Muhyiddin
Mengambil alih tampuk kepimpinan setelah berlaku goncangan dalam arena politik negara bukanlah mudah, terutamanya apabila wabak sedang melanda negara. Dalam tempoh singkat, pemimpin yang mengambil alih perlu bekerja keras untuk menjaga rakyat dan menstabilkan negara. Dengan mengetepikan ideologi politik, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus berdiri dan berkhidmat untuk melindungi rakyat dari wabak COVID-19 […]
“Kami Kasihan, Sedih Lihat Pengorbanan Anda Semua”, Nurse Kongsi Isi Surat Dititip Pesakit Tabligh
Sopan dan mendengar kata, itulah pandangan jururawat terhadap pesakit tabligh yang dijaga mereka. Sebelum ini, seorang jururawat telah berkongsi pengalamannya menjaga wad COVID-19 yang melibatkan pesakit tabligh. Terkini, sekeping surat bertulisan tangan dipercayai dari seorang pesakit tabligh yang telah discaj tular di media sosial setelah dikongsikan oleh seorang jururawat, Zulaikha Zaki. Pesakit ni discaj petang […]
Hartawan Kalimantan Barat Bersatu Kumpul Dana, Beli Kelengkapan Perubatan Bantu Kerajaan Indonesia
DALAM beberapa hari ini jumlah pesakit COVID-19 di Indonesia semakin meningkat, termasuklah di Kalimantan Barat. Ekoran itu, beberapa ahli perniagaan yang bergabung di bawah Kamar Dagang Indonesia (KADIN) Kalimantan Barat (Kalbar) bertindak melancarkan kutipan sumbangan untuk memantu Pemerintah daerah dalam menangani penyebaran virus tersebut. “Jumlah penyumbang setakat ini ada 200 lebih. Ada atas nama peribadi, […]
Perokok, Penghisap Vape Berisiko Tanggung Sakit Lebih Teruk Sekiranya Dijangkiti COVID-19 -Pakar
Individu yang mengambil produk tembakau mungkin berisiko menjadi lebih teruk jika dijangkiti COVID-19, kata pakar. Menurut ahli pulmonologi Mayo Clinic dan pakar perubatan penjagaan kritikal, Dr Neal Patel, amalan merokok memusnahkan mekanisme pertahanan semula jadi paru-paru seseorang. “Merokok membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada COVID-19 kerana ia memusnahkan mekanisme pertahanan paru-paru anda. Vape mungkin turut mengakibatkan […]
Selepas Itali, Giliran Sepanyol Atasi China Selepas Catat 3,434 Kematian Angkara COVID-19
Angka korban keseluruhan angkara COVID-19 dicatatkan di Sepanyol mengatasi China apabila mencatatkan sebanyak 3,434 kematian pada Rabu, lapor Channel News Asia. Kerajaan negara dalam Kesatuan Eropah itu berkata, sebanyak 738 kematian baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam. Sepanyol kini memasuki hari ke 11 perintah berkurung bagaimanapun masih bergelut untuk mengawal jangkitan wabak berkenaan yang […]
COVID-19: Singapura Catat 73 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 631, 160 Pulih
SINGAPURA, 25 Mac (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan tambahan 73 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 38 adalah kes import. Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan kes adalah 631. MOH dalam kenyataan hari ini berkata 38 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, ASEAN dan beberapa negara Asia. Salah satu kes import melibatkan seorang lelaki Malaysia berusia […]

COVID-19: 105 Kes Baharu Di Indonesia, Jumlah Kematian 58
JAKARTA, 25 Mac — Indonesia mencatatkan 105 kes baharu positif COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan 790 kes dengan tiga lagi kematian direkodkan. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto dalam sidang akhbar petang ini berkata ia menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 58 kes. “Dengan tambahan 105 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes di Indonesia kini 790. Jumlah keseluruhan […]