Sopan dan mendengar kata, itulah pandangan jururawat terhadap pesakit tabligh yang dijaga mereka.
Sebelum ini, seorang jururawat telah berkongsi pengalamannya menjaga wad COVID-19 yang melibatkan pesakit tabligh. Terkini, sekeping surat bertulisan tangan dipercayai dari seorang pesakit tabligh yang telah discaj tular di media sosial setelah dikongsikan oleh seorang jururawat, Zulaikha Zaki.
Pesakit ni discaj petang tadi. Seorang tabligh. Kemudian sebelum dia balik, dia selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam dan tak beritahu siapa-siapa pun. Mungkin dia tahu dia tak boleh sentuh atau bagi kami apa-apa barang walaupun kertas.
Terharu..
Jangan kecam mereka. Dalam wad, mereka semua jaga sikap. Sangat dengar kata.
Kita kecam orang alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yang golongan baik dan arif dengan ilmu agama dulu.
Dalam surat yang diberikan, bekas pesakit itu mengucapkan perhargaan dan mendoakan petugas barisan hadapan yang menjaganya. Menurutnya, mereka memahami dan menghargai petugas yang sanggup berkorban nyawa dan tenaga walau mempunyai keluarga. Beliau juga berkongsi beberapa amalan untuk mereka.
Assalamua’laikum, semua pejuang-pejuang yang kami kasihi dan sayangi sentiasa. Kami akan ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama berada di wad 26/tingkat 5.
Selamanya anda semua (pejuang-pejuang) layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak kongsi beberapa amalan untuk pejuang-pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada keluarga yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.
Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda.
Amalan yang ulama kongsi kat kita
Baca surah Taghabun (Surah 64, juzuk 28) sampai habis (ayat 1 hingga 18 serta makna) setiap pagi. Kalau sibuk, cari masa lapang. Sebaiknya pagi.
Mula dengan
Baca selawat 3 kali
Al-Fatihah 3 kali
Al-Ikhlas 3 kali
Hasbi Allah wani’malwakil 313 kali
Tutup dengan selawat 3 kali. Tiup ke dalam air dan minum. InsyaAllah, Allah beri sembuh dan jaga kita semua.
Wallahua’lam.
Zulkhairi.

Sumber: Zulaikha Zaki