Gaya hidup›Kesihatan

Berita
Sebanyak 20 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini
Dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa seramai 20 pesakit Covid-19 di Malaysia telah berjaya dirawat dan discaj daripada hospital sehingga 23 Mac 2020. Beliau turut menyatakan bahawa keseluruhan jumlah pesakit Covid-19 yang berjaya sembuh dan dibenarkan pulang adalah sebanyak 159 orang. TERKINI: Sebanyak […]
Kesihatan
TERKINI: Sebanyak 14 Kematian Akibat Covid-19 Dilaporkan Setakat Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah dalam sidang media mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat ini ialah 14 orang. Menurutnya, kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada […]
Kesihatan
TERKINI: 212 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa 212 kes positif lagi dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi. Dalam satu sidang media yang dilakukan sebentar tadi, beliau menyatakan bahawa daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan. TERKINI: 212 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di […]
Berita
Doktor Ini Kongsi 5 Perkara Penting Pastikan Tahap Imuniti Badan Anak Pada ‘Level’ Paling Tinggi
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19 yang telah membunuh ribuan nyawa dan menjangkiti ratusan ribu manusia. Oleh daripada itu, langkah pencegahan sememangnya adalah suatu perkara yang perlu dipandang serius bagi mengelakkan diri dijangkiti. Seperti yang telah dinyatakan oleh WHO, golongan muda tidak terkecuali daripada dijangkiti dengan virus maut ini. […]
Gaya hidup
Pelancong Amerika Puji Cara Malaysia Urus COVID-19, Lebih Baik Dari Apa Kerajaannya Buat
Cara negara kita mengendalikan situasi penularan COVID-19 mendapat pujian seorang warga Amerika Syarikat (AS). Jason Hassenstab berkata, biarpun Malaysia bukan negara dunia pertama, namun cara kerajaan menguruskan krisis tidak mengetepikan penduduk pedalaman. “Kami baru pulang daripada pengembaraan luar biasa di Malaysia. Saya takkan bosankan kalian dengan (kisah) kelewatan perjalanan, tapi dua hari setengah kemudian kami […]
Kesihatan
CIMB Cawangan Seremban Sahkan Dua Stafnya Positif COVID-19
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) dalam satu keyataan memaklumkan dua kakitangannya dari cawangan CIMB Seremban di Jalan Datuk Bandar Tunggal disahkan positif COVID-19. Kedua-dua staf tersebut pulang ke Malaysia baru-baru ini dari Indonesia dan menjalani proses kuarantin sejak 19 Mac lalu di rumah masing-masing. Mereka ketika ini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan. […]
Kesihatan
(Video) Bolehkah Saya Dijangkiti COVID-19 Melalui Sayuran Dan Barang Basah? Ini Jawapan Doktor
Pasti ada antara kita yang khuatir dan tertanya-tanya, selamatkah untuk memakan bahan basah serta sayuran yang dibeli di pasar ketika musim penularan COVID-19 ini? Sudahlah ada sesetengah pesakit yang tak bergejala, risau pula andai ada antara mereka yang ke pasar tanpa menyedari sedang menyebarkan virus ini. Persoalan ini telah dijawab dalam siaran langsung Kementerian Kesihatan […]
Gaya hidup
(Video) Kerajaan Tanggung Kos Ujian Pengesanan COVID-19 RM 700 Seorang
Kerajaan Malaysia menanggung kos sekitar RM700 bagi setiap rakyat Malaysia yang menjalani ujian COVID-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menjawab soalan wartawan mengenai harga dikenakan fasiliti kesihatan swasta, beliau berkata buat masa ini kerajaan tidak mengawal harga dikenakan mereka yang diletakkan mengikut harga pasaran. “Sekarang ni kita tak kawal kerana memang pun kalau […]
Kesihatan
Kerajaan Wajibkan Stesen Minyak Sediakan ‘Sanitizer’ Di Setiap Premis
Putrajaya, 23 Mac – Merujuk kepada dakwaan tular stesen minyak menjadi salah satu tempat penularan wabak COVID-19, Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengakui rasional dakwaan tersebut. Justeru, beliau mengumumkan kerajaan akan mewajibkan stesen minyak menyediakan pembasmi kuman di premis mereka. “Kita akan mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan sanitizer di stesen minyak masing-masing. “Bermakna […]
Kesihatan
(Video) Individu Yang Perlu Merentas Negeri Untuk Bekerja Perlu Ada Surat Kebenaran Perjalanan Dari Majikan
Putrajaya, 23 Mac – Menteri Pertahanan mengumumkan orang ramai yang perlu bergerak merentasi negeri perlu mengemukakan surat kebenaran perjalanan dari pihak polis. Menurutnya, perintah dikenakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan masih diteruskan termasuk perjalanan merentasi negeri, namun ada kelonggaran tertentu. “Walaubagaimanapun, pihak polis memaklumkan kebenaran boleh diberi apabila dipohon jika pergerakan itu terpaksa dilakukan. “Apabila ada […]
Kesihatan
Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan bakal mengedarkan topeng muka percuma buat seluruh rakyat Malaysia. Menurut beliau, Malaysia mempunyai pengilang topeng muka sendiri, namun proses penghasilan mengambil masa berikutan bahan yang terhad. “Sementara bekalan masih belum ke tahap memuaskan, kita telah mengambil keputusan untuk mengimport topeng dari negara China sebanyak 10 juta keping yang […]
Berita
TERKINI: Kerajaan Sediakan RM 100 Juta Untuk KKM Lantik 2,000 Kakitangan Kontrak
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta untuk membeli pembelian barangan perubatan seperti ventilator, perlindungan diri PPE serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19. ”Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal ini, kerajaan telah meluluskan tatacara pembelian secara darurat,” katanya. Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Kementerian Kesihatan bagi melantik kakitangan kontrak. “Ramai kakitangan hospital […]
Kesihatan
TERKINI: Pencarum KWSP Dibenar Keluarkan RM 500 Sebulan Dari Akaun 2- PM
Perdana Menteri mengumumkan pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 buat tempoh ini. “Semua ahli KWSP bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan,” kata beliau dalam satu sidang media hari ini. “Permohonan boleh […]
Kesihatan
KKM Lancar Tabung COVID-19 Untuk Orang Ramai Menyumbang, Buat Beli Kelengkapan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan tabung khas untuk menampung kos keperluan perubatan bagi menghadapi COVID-19. “Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi tujuan membeli alat-alat kelengkapan perubatan, keperluan seperti ubat-ubatan, reage, bahan pakai buang serta keperluan-keperluan perubatan lain di fasiliti KKM,” tulis kementerian dalam satu kenyataan hari ini. Sumbangan boleh disalurkan ke nombor 2-66016-0002347-5 (RHB Bank) […]
Kesihatan
ATM Akan Guna Dron, UAV Untuk Pantau Perintah Kawalan Pergerakan- Panglima Angkatan Tentera
Putrajaya, 23 Mac- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menggunakan dron dan UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) untuk membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan Panglima Angkatan Tentera baru-baru ini. ATM mula membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 22 Mac lalu bagi mengukuhkan penguatkuasaan Perintah Kawalan di seluruh negara. Sebelum ini, China menggunakan […]
Kesihatan
COVID-19: Lima Anggota Polis Di Sabah Dikuarantin
KOTA KINABALU, 23 Mac (Bernama) — Lima anggota polis termasuk dua pegawai berpangkat inspektor dikuarantin di rumah masing-masing selepas berurusan dengan seorang lelaki yang telah dijangkiti COVID-19 di Balai Ranau, baru-baru ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kelima-lima anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan di Hospital Ranau dua hari lalu. […]
Kesihatan
COVID-19: Lebih 300,000 Penduduk Dunia Sudah Dijangkiti, Hampir 1 Bilion Berkurung
Berdasarkan data dikeluarkan John Hopkins University, seramai lebih 311,988 orang dilaporkan positif COVID-19 di seluruh dunia. Penularan ini turut mengakibatkan lebih 1 bilion penduduk dunia dari lebih 35 negara dilaporkan terpaksa berkurung di rumah masing-masing. Malah dianggarkan, kira-kira 900 juta penduduk dunia terpaksa berkurung termasuk kira-kira 600 juta berkurung atas perintah pihak berkuasa, lapor AFP […]
Gaya hidup
Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana COVID-19 Dijelaskan Mufti
Sejak penularan meluas COVID-19 di seluruh Malaysia, semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan dibatalkan termasuklah aktiviti keagamaan. Hasil perbincangan antara mufti-mufti dan pakar kesihatan, ahli agama mengambil keputusan untuk menghentikan solat Jumaat di semua masjid di seluruh negara. Justeru, hal ini menimbulkan tanda tanya bagi sebahagian netizen yang keliru sama ada mereka termasuk dalam golongan diancam […]
Gaya hidup
(Video) “Wira Tak Didendang,” Mak Cik ‘Cleaner’ Hospital Turut Pertaruh Nyawa, Jalankan Tugas
Sedang kita berada di rumah mengikut saranan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah wabak Covid-19 daripada terus merebak di negara kita. Kita seakan terlupa dengan jasa insan yang bertungkus lumus menjaga kebersihan sekitar hospital. Ya, tugas ‘clearner’ pada saat ini merupakan satu kerja ibadah yang sangat mencabar. Mereka seolah-olah seperti ‘Wira yang tak didendang’ turut bekerja […]
Kesihatan
Covid-19: Petaling Jaya Dan Lembah Pantai Kawasan Tertinggi Catat Kes Positif Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia, menerusi Twitter KKM Putrajaya mengeluarkan statistik jumlah keseluruhan taburan kes Covid-19 di Malaysia mengikut daerah-daerah di setiap negeri. Menurut statistik itu, Petaling Jaya dan Lembah Pantai mencatat kes positif paling tinggi iaitu Petaling jaya 96 kes dan Lembah Pantai 90 kes. Statistik itu dikemaskini setakatjam 12 tengah hari, 21 Mac 2020. Taburan […]