Gaya hidup›Kesihatan

Covid-19: Masjid Al-Aqsa Dan Kubah Sakhrah Ditutup
Masjid Al-Aqsa dan Kubah Sakhrah atau Kubah Batu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga menghindari wabak COVID-19. Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan wabak Covid-19 terus tersebar. Namun, umat Islam masih boleh menunaikan solat di perkarangan kompleks masjid tersebut. #BuletinBernama : #COVIDー19 : Masjid Al-Aqsa ditutup https://t.co/j9tZFthxEf pic.twitter.com/vnBXqCRrIe — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March 16, 2020 Sumber: […]
Covid-19: UTHM Tutup Kampus Pagoh Untuk Proses Dekontaminasi
JOHOR BAHRU, 16 Mac – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengumumkan penutupan seluruh premis universiti itu bagi kampus cawangan Pagoh untuk proses dekontaminasi mulai hari ini bagi membendung penularan COVID-19. Menurut pekeliling rasmi Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly, pihak universiti akan menjalankan proses dekontaminasi melibatkan keseluruhan premis di kampus berkenaan yang akan dijalankan secara menyeluruh. […]
Keputusan Pandangan Hukum Covid-19 Akan Dipersembahkan Kepada Agong – Menteri Agama
Keputusan pandangan hukum berikutan penularan wabak COVID-19 akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja di negeri-negeri bagi mendapat perkenan untuk tindakan selanjutnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pandangan itu hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal […]
Pengurusan Masjid, Surau Di Terengganu Digalak Ambil Inisiatif Sendiri Cegah Covid-19
KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Bernama) — Semua pengurusan masjid dan surau di Terengganu digalakkan mengambil inisiatif sendiri dalam melakukan proses pembersihan dan nyah kuman bagi mengekang penularan virus COVID-19. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata walaupun Terengganu masih belum merekodkan sebarang kes positif COVID-19, langkah pencegahan adalah sangat penting dilakukan. “Selain itu, […]
Isu kekurangan Penutup Mulut Dan Hidung, Pembasmi Kuman Tangan Dibawa Ke Kabinet Rabu Ini
KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Bernama) — Masalah kekurangan bekalan penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman berikutan penularan jangkitan COVID-19 akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata ia bagi memastikan masalah kekurangan kedua-dua barangan itu, yang menjadi keresahan rakyat, akan dapat diatasi. “Menteri (Datuk […]
Bayi Baru Lahir Mangsa Covid-19 Termuda Dilaporkan Pulih Dengan Baik
Bayi yang baru lahir di London yang menjadi mangsa koronavirus paling muda di dunia dilaporkan telah pulih. Menurut The Sun, bayi itu kini ‘keluar dari bahaya’ dan pulih dengan baik. Adalah dipercayai bayi itu dijangkiti selepas dilahirkan dan ia diuji dalam beberapa minit selepas kelahirannya. Kolej Obstetrik dan Ginekologi Diraja telah menasihatkan supaya bayi yang […]
TERKINI: 190 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia
Sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan virus Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada hari ini sekaligus menjadikan keseluruhan 428 kes termasuk yang telah sembuh dan discaj di negara ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menerusi makluman yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, sebahagian besar kes baharu ini berkait dengan kes kluster perhimpunan […]
Covid-19: Majikan Dinasihat Utamakan Kebajikan Pekerja
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Kementerian Sumber Manusia menasihatkan majikan termasuk Malaysia Airlines Berhad (MAB) agar mengambil beberapa tindakan yang mengutamakan kebajikan pekerja berikutan penularan virus COVID-19. Menteri berkenaan Datuk Seri M. Saravanan berkata antara tindakan yang perlu diambil ialah mematuhi peruntukan undang-undang Perburuhan, Perjanjian Kolektif sekiranya ada, dan Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan (COC). Selain itu, pihak […]
Covid-19: Jokowi Seru Penduduk Kerja Dan Belajar Di Rumah
Berhubung penularan virus Covid-19 yang terjadi di Indonesia, Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta semua rakyatnya bertenang dan tidak panik. Menurut Jokowi, waktu ini adalah masanya untuk rakyat bekerja, belajar dan beribadah di rumah. “Saya minta tetap tenang, tidak panik, tetap produktif dengan meningkatkan kewaspadaan agar sebaran Covid-19 bisa kita hambat,” ujar Jokowi dalam satu temu […]
Jumlah Jangkitan Covid-19 Di Thailand Meningkat, 32 Kes Baharu Dilaporkan
Thailand melaporkan 32 kes koronavirus baharu pada hari ini yang membawa jumlah jangkitan di negara itu kepada 114 orang. Menurut pegawai kesihatan, ia merupakan kes terbesar harian di Thailand yang merupakan salah satu negara pertama di luar China yang melaporkan kes jangkitan yang telah melanda kebanyakan negara di dunia. Bangkok Post semalam melaporkan bahawa terdapat […]
Thailand Keluarkan Langkah Cegah Covid-19 Untuk Pelancong
BANGKOK, 15 Mac (Bernama) — Thailand mengeluarkan langkah-langkah pencegahan untuk pelancong yang melawat negara gajah putih ini, sebagai usaha mengekang penularan COVID-19. Dalam satu kenyataan, Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan langkah pencegahan oleh Jabatan Kawalan Penyakit Thailand (DDC), Kementerian Kesihatan Awam itu mengkategori pelancong ke Thailand dalam tiga kumpulan untuk pengawasan yang berbeza. Tiga kumpulan itu ialah: Zon Penyakit Berjangkit, negara yang mempunyai […]

“Saya Berisiko Membunuh Pesakit,” Doktor ‘Tagih’ Alat Perlindungan Covid-19, Khuatir Jejaskan Pesakit
Doktor memberi amaran bahawa mereka berisiko terkena koronavirus dan menyebarkan penyakit tersebut kepada pesakit mereka kerana kekurangan bekalan dan peralatan perlindungan. “Saya mempunyai batuk yang minimal, sakit badan, keletihan dan menggigil tetapi tidak demam, hidung berair dan saya dapat menahan batuk saya,” kata seorang doktor yang berpangkalan di Oklahoma kepada The Daily Beast. Doktor itu […]
AS Akan Mempunyai 17 Pesakit Bersaing Untuk Satu Katil Di Hospital Jika Covid-19 Berterusan
Hospital di Amerika Syarikat akan mempunyai sehingga 17 pesakit koronavirus yang bersaing untuk setiap katil yang ada jika jangkitan tersebut menjejaskan penduduk Amerika Syarikat. Analisis suram oleh USA Today menerangkan bahawa terdapat 790,000 katil hospital di AS. Sekiranya ia kosong pada masa yang sama, anggaran menunjukkan terdapat sekitar enam pesakit koronavirus untuk setiap katil yang […]

(Video) Hargai Jasa Petugas Kesihatan, Warga Sepanyol Beri Tepukan Gemuruh Ketika Perintah ‘Berkurung’
Sepanyol antara negara yang terjejas kerana Covid-19 dengan 5, 753 kes sehingga kerajaan negara itu mengambil keputusan untuk ‘menutup’ bandar-bandar di negara itu. Penduduk Sepanyol juga diarah untuk tidak keluar dan duduk di dalam rumah. Namun, tular beberapa video di laman sosial yang menunjukkan mereka bersama-sama memberikan tepukan yang gemuruh dari tingkap dan balkoni rumah […]

Isteri Perdana Menteri Sepanyol Disahkan Positif COVID-19
Isteri Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, telah diuji positif Covid-19. Ia disahkan oleh pejabatnya pada lewat Sabtu semalam iaitu hanya beberapa jam selepas dia mengumumkan penutupan hampir di seluruh negara. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, Begona Gomez dan suaminya juga berada di kediaman rasmi mereka berikutan langkah-langkah baru yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa […]

Tiada Penuntut Malaysia Di AS Dijangkiti COVID-19
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Tiada pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan dijangkiti novel koronavirus (COVID-19), kata Kedutaan Malaysia di Washington. Kedutaan dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada Bernama berkata, dua penuntut Malaysia di AS mengkuarantin diri mereka sebagai langkah pencegahan, selepas rakan di fakulti mereka disahkan dijangkiti COVID-19. Kenyataan itu menyebut Pendidikan Malaysia […]
COVID-19: Mufti Perlis Dedah Jemaah Tabligh Beri Pelbagai Alasan
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mendedahkan, ada jemaah tabligh negeri itu memberikan pelbagai alasan apabila diminta membuat pemeriksaan kesihatan berikutan penularan jangkitan COVID-19 ketika ini. Katanya beliau dimaklumkan, jemaah tabligh di Perlis yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini, masih belum melakukan pemeriksaan dengan […]
(Video) Bergema Di Kuwait, Bilal Sebak Laungkan Azan Seru Penduduk ‘Solat Di Rumah’
Umum telah mengetahui bahawa wabak virus Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini semakin memburuk. Bilangan kes serta angka kematian yang dicatatkan semakin naik mendadak dari hari ke hari. Pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh beberapa negara antaranya mengenakan sekatan perjalanan serta perintah berkurung bagi mengawal penularan virus ini. Lain pula ceritanya di Kuwait apabila […]
COVID-19: Mufti Pahang Nasihat Peserta Program Tabligh Tidak Berjemaah Di Masjid
KUANTAN, 14 Mac (Bernama) — Semua peserta program tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada 28 Feb lalu dinasihatkan untuk tidak solat berjemaah di masjid atau surau di Pahang sehingga disahkan bebas dari COVID-19. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata permintaan itu dibuat sebagai langkah kawalan dan pencegahan kepada penularan COVID-19 di […]
(Video) Detik-Detik Cemas Doktor Selamatkan Pesakit Covid-19 Kritikal
Umum telah mengetahui bahawa virus Covid-19 yang boleh membawa maut sedang melanda dunia ketika ini. Ada negara-negara yang telah mengambil langkah pencegahan dengan mengenakan sekatan dan perintah berkurung bagi mencegah virus ini daripada tersebar dengan melebih meluas. Disebabkan itu segala garis panduan yang dikeluarkan pihak kesihatan sentiasa ditekankan bagi mengurangkan kadar jangkitan dalam sesebuah negara […]