Gaya hidup›Kesihatan
“Mungkin Bawa Maut,” Lagi Bayi Derita Penyakit Herpes Berpunca Dari Ciuman
Seorang ibu telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mencium kanak-kanak selepas bayinya dijangkiti herpes yang mengancam nyawa daripada seseorang yang mempunyai selesema. Bayi lelaki yang berusia enam bulan itu jatuh sakit kerana virus itu dan masih menjalani ujian untuk memastikan pendengarannya tidak rosak secara kekal. “Tidak seorang pun boleh percaya bahawa ini boleh […]
Petugas Pejabat PBB Di New York Bekerja Dari Rumah
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (New York), 14 Mac (Bernama) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memutuskan supaya semua petugas di ibu pejabat PBB di New York bekerja dari rumah atau secara “e-commuting”, mulai 16 Mac hingga 12 April. Ia bertujuan untuk mencegah serta membendung penularan wabak novel koronavirus atau COVID-19, lapor agensi berita […]
Orang Ramai Diminta Salur Maklumat Jemaah Masjid Hadir Program Tabligh Di Sri Petaling
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jemaah masjid yang menghadiri program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, di sini, pada 28 Feb lepas, diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani […]

COVID-19: India Catat Kes Kematian Kedua
NEW DELHI, 14 Mac (Bernama) — India mencatatkan kematian kedua akibat COVID-19, membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun di bandar raya New Delhi, lapor agensi berita Anadolu. Memetik kenyataan pihak berkuasa, pesakit yang merupakan penghidap penyakit kencing manis dan hipertensi itu pernah berhubung dengan pesakit COVID-19. “Sampelnya diambil 8 Mac, bagaimanapun, disebabkan komorbiditi (dua atau […]
“Saya Tidak Alami Gejala COVID-19”, Kata Trump
WASHINGTON, 14 Mac (Bernama) — Presiden Donald Trump dalam sidang akhbar pada Jumaat berkata beliau tidak mengalami sebarang gejala penyakit COVID-19, lapor agensi berita Sputnik. Ditanya sama ada beliau akan mengambil langkah berjaga-jaga selepas bertemu Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, “tidak” kata Trump. “Kami tidak mempunyai sebarang gejala. Seperti yang anda tahu, dia (Bolsonaro) telah diuji […]
Mangsa Covid-19 Termuda, Bayi Baru Lahir Disahkan Positif
Bayi yang baru lahir di England telah menjadi mangsa yang paling muda di dunia yang diuji positif koronavirus. Ibu bayi itu tergesa-gesa ke hospital beberapa hari lalu dengan mengesyaki pneumonia tetapi keputusan positif Covid-19 hanya diketahui selepas kelahiran. Pasangan ini dirawat di hospital berasingan kerana keadaan ibu difahamkan lebih buruk daripada bayi. Bayi itu sedang […]

Iran: COVID-19 Ragut Nyawa Komander IRGC Jeneral Shabani
ANKARA, 14 Mac (Bernama) — Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Brigedier Jeneral Nasser Shabani, meninggal dunia akibat penyakit COVID-19, menurut agensi berita Fars pada Jumaat. Agensi berita Anadolu melaporkan, Shabani memulakan kerjayanya pada 1982 semasa Perang Iran-Iraq. Selain China, Itali dan Korea Selatan, Iran adalah antara negara paling teruk terjejas. Angka korban di Iran […]

Eropah Kini Pusat Pandemic Covid-19: WHO
GENEVA, 14 Mac (Bernama) — Eropah kini menjadi pusat penularan wabak COVID-19, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu. “Eropah kini mempunyai lebih banyak kes COVID-19 yang dilaporkan setiap hari berbanding di China,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus. Lebih 132,500 kes dilaporkan di 132 negara dan wilayah, dengan lebih 5,000 kematian. […]
(Video)Keadaan Semakin ‘Parah’, Amerika Syarikat Isytihar Darurat Covid-19
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Jumaat telah mengistiharkan darurat susulan daripada penularan wabak virus Covid-19. Pengumuman itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah terbaru Trump bagi mengawal penularan wabak tersebut dengan harapan dapat memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi tempatan. Keputusan itu juga dibuat bagi membolehkan lebih banyak bantuan daripada kerajaan dapat disalurkan dalam memerangi virus yang […]

Jalani Kuarantin Di Madeira, Ronaldo Sempat Titip Pesan Kepada Masyarakat Dunia
COVID-19 menjadi pandemik yang semakin membimbangkan dengan angka kematian telah menjangkau 5, 421 orang di seluruh dunia. Beberapa figura terkenal seperti selebriti dan pemain bola sepak juga telah disahkan positif COVID-19 termasuk pemain pertahanan Juventus, Daniele Rugani. Seluruh skuad Juventus pada ketika ini sedang berada dalam tempoh kuarantin termasuk bintang utama kelab itu, Cristiano Ronaldo […]

Covid-19: Rakyat Iran Diperintah Berkurung Dalam Masa Kurang Dari 24 Jam
Pasukan keselamatan Iran telah membersihkan jalan-jalan dalam masa kurang 24 jam supaya semua rakyatnya dapat menjalani pemerikasaan untuk Covid-19. Wabak Covid-19 di Iran kini telah mengorbankan lebih daripada 500 nyawa dan dijangkiti lebih daripada 11,000 ribu orang. Sejak mereka mengumumkan kematian pertama pada bulan lepas, Iran sudah bertindak menutup sekolah, menangguhkan pelbagai acara dan aktiviti […]
Semoga Allah Memberi Perlindungan Kepada Kita – Tan Sri Muhyiddin
Menerusi persidangan media yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin berkaitan jangkitan wabak Covid-19 di negara kita. Katanya, negara kita telah bersedia jika penularan jangkitan Covid-19 menjadi semakin teruk. Sehubungan dengan itu, diakhir kata beliau semasa menamatkan persidangan dengan mendoakan agar rakyat Malaysia dilindungi oleh rahmat Allah SWT. Kita telah bersedia jika penularan […]

Lelaki Kongsi Keadaan Lengang Melawati Mall Semalam, Kedai Buka Pelanggan Tiada?
Susulan daripada kes wabak Covid-19 yang dilaporkan pihak Melawati Mall mengatakan bahawa terdapat pengunjung yang disahkan positif itu telah mengunjung pusat membeli belah tersebut pada 2 Mac yang lalu. Berikutan dengan itu, seorang pengguna sosial media berkongsi gambar keadaan semasa akibat daripada wabak Covid-19. Apa yang kita boleh lihat daripada foto-foto yang dikongsikan ini adalah […]
Bergantung Kepada Situasi, Mufti Jelaskan Hukum Sebenar Solat Jumaat Ketika Wabak
Penularan gelombang kedua COVID-19 di Malaysia telah menjadikan jumlah keseluruhan pesakit seramai 158 orang dengan kebanyakan daripada mereka dijangkiti melalui kontak rapat. Susulan penularan yang semakin membimbangkan, Mufti Wilayah Persekutuan telah memberi penjelasan buat orang ramai mengenai hukum solat Jumaat ketika ini. Berikut adalah penjelasannya. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan […]
Orang Luar Dilarang Masuk Ke Masjid Sri Petaling
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Masjid Jamek Sri Petaling di ibu kota akan ditutup sementara dalam masa terdekat bagi membolehkan proses disinfeksi dijalankan berikutan seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif COVID-19. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sehubungan itu menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tersebut […]
“Inilah Nasihatku,” Dr Zulkifli Titip Pesanan Penting Buat Jemaah Tabligh
Baru-baru ini, laman media sosial dipenuhi dengan berita mengenai peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Petaling yang telah disahkan positif dijangkiti COVID-19. Susulan daripada peristiwa itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyeru kepada kesemua peserta yang menghadiri program tersebut untuk menjalani pemeriksaan bagi mencegah penularan wabak yang membawa maut tersebut. Dalam satu kiriman yang dimuatnaik di laman […]
Mereka Tak Lari, Jemaah Tabligh Sempat Berzikir & Baca Al-Quran Ketika Jalani Pemeriksaan Covid-19
Seramai lebih kurang 10,000 jemaah tabligh dari dalam dan luar negara dilaporkan menghadiri satu program keagamaan di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb hingga 1 Mac lalu. Daripada jumlah itu, 5,000 daripadanya dipercayai warga Malaysia. Selain seorang peserta Brunei yang dilaporkan positif COVID-19, pesakit ke-131 di Pahang juga mempunyai sejarah menyertai program berkenaan. Susulan itu, […]
(Video) Covid-19: Ada Yang Sembunyikan Sejarah Perjalanan, Sehingga Menjadi Terlalu Lambat- Menteri Luar
Putrajaya, 13 Mac – Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ada antara rakyat Malaysia di luar negara yang menyembunyikan sejarah perjalanan mereka, katanya ketika sidang media Wisma Putra sebentar tadi. Ketika ditanya mengenai usaha kementerian untuk memantau rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara dari wabak COVID-19, beliau berkata pihak kedutaan […]

11 Rakyat Thailand Disahkan Positif COVID-19, Dipercayai Kongsi Rokok Dan Minuman
Thailand mempunyai 11 lagi pesakit yang dijangkiti dengan koronavirus, kesemua pesakit dilaporkan sekumpulan rakan yang keluar minum bersama walaupun ada yang sakit, lapor Bangkok Post semalam. Kementerian Kesihatan Awam berkata bahawa pesakit baru dijumpai dijangkiti dalam kelompok untuk kali pertama sejak Covid-19 melanda negara. Laporan terbaru memperlihatkan jumlah pesakit setempat meningkat kepada 70 orang. 34 […]
Kes Covid-19 Di Luar China Mencecah 44,000: WHO
GENEVA, 13 Mac (Bernama) — Sejumlah 44,067 kes COVID-19 dilaporkan di 117 negara dan wilayah di luar China sehingga Khamis, peningkatan 6,703 jangkitan berbanding hari sebelumnya, menurut laporan harian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jumlah kes disahkan di seluruh dunia meningkat 6,729 kes kepada 125,048, lapor agensi berita Xinhua. Di luar China, 310 lagi pesakit meninggal […]