Gaya hidup›Kesihatan

Risiko Virus Cacar Monyet Tersebar Ke Malaysia Rendah – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad. Beliau bagaimanapun berkata […]

Kes Pertama Penyakit Monkeypox Dilapor Dikesan Di Perancis, Jerman & Belgium
Tiga negara Eropah iaitu Perancis, Jerman dan Belgium dilapor telah merekodkan kes pertama penyakit cacar yang dikenali sebagai monkeypox pada Jumaat lalu. Menurut pihak berkuasa kesihatan di Perancis memaklumkan bahawa penyakit cacar ini dikenalpasti daripada seorang pemuda berusia 29 tahun dari wilayah Ile-de-Perancis. Laporan lain daripada Institut Mikrobiologi Angkatan Tentera Jerman pula mengesahkan jangkitan itu […]

Berjuang Lawan Kanser, TUDM Butterworth Tunaikan Hajat Adik Irfan Nak ‘Bergaya’ Dengan Jet Tempur
Walaupun diuji dengan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia), namun remaja berusia 15 tahun ini tidak pernah patah semangat dan memadam cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Adik Irfan pesakit kanser leukemia ALL Ya, impian dan cita-cita Muhammad Irfan Mikael itu ibarat bermimpi yang menjadi kenyataan apabila TUDM […]

Kes HFMD Terus Meningkat Selepas Raya, Ambil Langkah Ini Untuk Cegah Penularan
Ibu bapa harus peka, kes HFMD terus meningkat selepas raya, ambil langkah ini untuk cegah penularan sebelum terlambat. Apa itu HFMD? Sebenarnya, penyakit Hand Foot and Mouth Disease ini merupakan menyakit yang merebak dalam kalangan kanak-kanak melalui sentuhan. Wajar sekiranya kes ini semakin meningkat selepas kita baru menyambut hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Kanak-kanak mudah […]

Boleh Juga Berlaku Pada Bayi, Awas Jika Mata Tiba-tiba Sepet Sebelah, Ini Puncanya
Mata merupakan salah satu anggota penting yang memberikan deria melihat kepada kita sebagai manusia. Bukan sahaja manusia, bahkan haiwan juga dianugerahkan sepasang mata bertujuan untuk melihat, memburu dan sebagainya. Menariknya, setiapa mata yang dikurniakan mempunyai bentuk dan saiz yang pelbagai, ada yang mempunyai mata sepet dan ada yang bulat. Ada juga yang mepunyai kelopak mata […]

Kes Covid-19 Tak Naik Mendadak Selepas Aidilfitri, KJ Ucap Tahniah Buat Rakyat Malaysia
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia mempunyai kemampuan untuk memastikan fasa peralihan ke endemik berjaya dilaksanakan. Memetik Astro Awani, beliau berkata perkara ini dibuktikan selepas tiada peningkatan secara mendadak kes Covid-19 dicatatkan selepas orang ramai menyambut Aidifitri. “Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa […]

Rimas Jerawat Di Dagu? Ini Punca Dengan 6 Cara Untuk Merawatnya
Mesti ada di antara kita yang pernah mengalami masalah kulit muka berjerawat. Seringkali jerawat ini akan timbul di kawasan muka lebih-lebih lagi di kawasan pipi, dahi, hidung dan dagu yang juga dikenali sebagai ‘zon-T. Ada juga yang mengalami masalah jerawat yang hanya tumbuh di kawasan dagu dan garis rahang sahaja. Apakah punca yang menyebabkan terjadinya masalah […]

Betul Ke Salah Sikat Boleh Botak? Ini Penjelasan & Cara Betul Sikat Rambut
Ketahui penjelasan, panduan dan cara sikat rambut dengan betul bagi mengelakkan rambut anda daripada menjadi botak Rambut itu ibarat mahkota diri terutamanya wanita. Rambut menyempurnakan keindahan bentuk wajah setiap insan. Tidak kira berhijab atau tidak, rambut memerlukan penjagaan yang khusus. Tidak semestinya duduk di rumah, tidak perlu berdandan. Sering kali kita dengar teori mengenai kerap […]

Terdapat Bahan Kimia, Ini Sebab Kenapa Ramai Pakar Berpendapat Roti Bakar Tidak Sihat
Pasti ramai yang menggemari hidangan roti bakar bukan? Tapi tahukah anda bahawa, ramai pakar berpendapat bahawa ia tidak sihat. Nak tahu kenapa? Baca di bawah. “Jagalah masa sihat kamu, sebelum datang masa sakit kamu”. Setiap individu diseru untuk menjaga kesihatan kerana ia merupakan anugerah yang paling bermakna. Untuk memiliki tubuh badan yang sihat, setiap individu […]

Boleh Tersalah Dos, Ini Antara Sebab Kenapa Tidak Boleh Makan Ubat Guna Sudu
Tiada penyakit yang tiada penawarnya. Begitulah ujaran yang kerap disampaikan dari generasi ke generasi. Ubat-ubatan boleh digunakan sebagai penawar untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Untuk makluman, setiap ubat yang dibekalkan memiliki dos yang tertentu bergantung dengan keperluan pesakit dan preskripsi doktor. Namun begitu, sedarkah bahawa cara pengambilan ubat-ubatan mampu mempengaruhi dos yang telah dipreskripsi oleh […]

Cara Bancuh Susu Formula Dengan Betul, Silap Langkah Bayi Boleh Kembung Perut
Terdapat banyak cara bancuh susu formula dengan betul, namun tidak dinafikan ada kalanya segelintir ibu bapa terlepas pandang beberapa perkara. Penjagaan bayi sememangnya bukan satu hal yang mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa. Banyak perkara perlu dititik beratkan, malah persekitaran serta keadaan juga berubah bila menimang cahaya mata. Biasanya, anak […]

Korea Utara Lapor 15 Kes Kematian Akibat COVID-19
SEOUL, 15 Mei (Bernama) — Korea Utara pada Ahad melaporkan 15 kematian akibat COVID-19 dan 296,180 lagi kes jangkitan, tiga hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama, lapor Agensi Berita Yonhap. Angka kematian mencecah 42 dan mereka yang mengalami simptom demam telah melebihi 820,620 sejak akhir April, menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA). Lebih 496,030 […]

Boleh Sebabkan Komplikasi Radang Otak & Jantung, Ini Fakta Tentang Penyakit HFMD Yang Perlu Ibu Bapa Tahu
Seperti yang sedia maklum, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat peningkatan ketara kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara. Sebanyak 28,957 kes dilaporkan bagi tempoh Januari lepas hingga semalam berbanding hanya 4,239 kes bagi keseluruhan tahun lepas. Untuk pengetahuan anda, HFMD ini disebabkan oleh Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus […]

HFMD: 11 Premis Berkaitan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ditutup Di Melaka
MELAKA, 13 Mei – Sebanyak 11 premis berkaitan pusat jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatkan 977 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr Rusdi Abd Rahman berkata jumlah tersebut adalah daripada 13 kluster dilaporkan membabitkan tadika, taska, pusat jagaan dan rumah setakat minggu ini. “Terdapat peningkatan kes […]

Kes Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) Meningkat 8.4 Kali Ganda Di P. Pinang
GEORGE TOWN, 12 Mei (Bernama) — Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang mengalami peningkatan 8.4 kali ganda iaitu sebanyak 959 kes sejak Januari hingga 7 Mei lepas berbanding 102 kes dalam tempoh yang sama pada 2021. Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela […]

Kedah Catat 102 Kes HFMD Bagi Tempoh 1 Hingga 7 Mei
ALOR SETAR, 12 Mei (Bernama) — Kedah merekodkan sebanyak 102 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi tempoh 1 hingga 7 Mei lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata bilangan kes tertinggi didaftarkan di daerah Kuala Muda iaitu sejumlah 29 kes, diikuti Kota Setar (22 kes) dan Padang […]

348 Kes Dilapor Setakat Ini, WHO Kaji Kaitan COVID-19 Dengan Hepatitis Akut Misteri Libatkan Kanak-kanak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pihaknya kini sedang mengkaji potensi peranan adenovirus dan Covid-19 dengan penyakit hepatitis akut misteri. Setakat ini, sebanyak 348 kes hepatitis akut misteri berjaya dikenal pasti di seluruh dunia. Buat masa ini, WHO menjelaskan hipotesis utama kekal ia berkemungkinan membabitkan adenovirus. Kes-kes hepatitis akut misteri ini dilaporkan di 20 negara dengan […]

Doktor Dedah Temui DNA Virus Dalam Jantung Babi
Punca kematian manusia pertama menerima jantung babi yang meninggal dunia dua bulan lalu didakwa mungkin disebabkan oleh penemuan DNA virus dalam organ haiwan itu, lapor Independent. Lelaki penerima jantung tersebut, David Bennett Sr., 57, dari Maryland itu meninggal dunia pada Mac lalu iaitu dua bulan selepas membuat pemindahan jantung babi ke dalam tubuhnya. Penyelidik yang […]

Cara Cegah, Kawal Jangkitan HFMD Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Terdapat pelbagai amalan dalam cegah dan kawal jangkitan HFMD yang ibu bapa perlu ketahui seperti apa yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hand Foot Mouth and Disease (HFMD) merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui sentuhan. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun berpotensi tinggi untuk berjangkit dengan penyakit ini. Menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik oleh […]

Papan Iklan 3D Watson Sempena Festival Raya
Pengarah pengurusan kepada syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Watson menyediakan papan iklan 3D sempena festival raya baru-baru ini. Sempena rakyat Malaysia yang sedang sibuk merayakan Syawal, Pengarah Pengurusan Syarikat Watson, Caryn Loh menyiarkan sebuah papan iklan secara tiga dimensi (3D) di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Seperti yang diketahui, Watson adalah sebuah syarikat yang menyediakan produk […]