Gaya hidup›Selera
Lebih 22K Perkongsian, Lelaki Ini Dedah Resipi Mudah Masak Ikan Siakap ‘Confirm’ Sedap, Boleh Cuba Buat
Pasti ramai diantara kita yang kekeringan idea nak masak apa time PKP ni kan. Kalau dah macam tu, apa kata anda semua cuba resipi ikan siakap masak tiga rasa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Wan LuQman ini. Untuk mengetahui cara-cara serta bahan yang digunakannya, ikuti perkongsiannya seperti berikut: Korang try buat ni kat rumah, […]
Hotel Empat Bintang Buka Gerai Nasi Bajet Untuk Kelangsungan Operasi
KUALA TERENGGANU, 6 Feb (Bernama) — Demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya, Duyong Marina & Resort (DMR) mengambil inisiatif mewujudkan gerai nasi bajet RM3 untuk menjana pendapatan sampingan. Resort empat bintang milik kerajaan negeri Terengganu yang terletak di Pulau Duyong itu mula membuka operasi gerai itu berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini pada Khamis […]
KFC Rangkul Anugerah Putra Brand Enam Tahun Berturut-turut
KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI 2021 – Jenama ayam goreng kegemaran rakyat Malaysia, KFC, amat berbesar hati menerima pengiktirafan Anugerah Putra Brand, atau lebih dikenali sebagai People’s Choice Awards, dalam kategori Restoran dan Makanan Segera, merangkul trofi Emas. Kemenangan ini diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Anugerah Putra Brand 2020 hari ini. Anugerah Putra Brand berprestij ini menganugerahi […]
“Sekali Tengok Ada Mata-mata Wei…” Akak Terkejut, Nak Masuk Telur Ikan Dalam Kari Tak Jadi Sebab Ada ‘Baby Ikan’ Memerhati
Telur ikan biasanya dimasak dengan lauk kari ataupun goreng kunyit. Kalau penggemar nasi kandar pula, telur ikan inilah antara bahan paling ‘kick’ dalam hidangan selain ayam, daging dan sotong. Nak memasaknya pun bukanlah sukar mana. Asal ada idea dan resipi, pasti menjadilah lauk tu. Tapi apa yang dialami oleh saudari Dewi Sue ini memang betul-betul […]
Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya
Orang berbadan besar pastinya lebih bersemangat jika mereka dalam proses berdiet untuk mendapatkan berat badan ideal. Namun bagi sesetengah kes, ada yang berbadan besar telah berusaha menjaga pemakanan dan senaman, namun berat badannya masih tidak turun-turun. Mengapakah ini terjadi? Mari baca penjelasan oleh laman portal kesihatan Hello Doktor di bawah ini. Pernah tak anda tertanya-tanya […]
Pengusaha Sangkar Ikan Keli Organik, Kini Bergelar Cef
KOTA BHARU, 3 Feb (Bernama) — Siapa sangka, pengusaha ikan keli organik, kini bergelar cef selepas resepi istimewa ‘ikan keli organik masak kicap’ hasil ternakannya mendapat permintaan ramai sebaik di muat naik di laman sosial, Januari lepas. Nik Khairina Nik Abdul Razak, 41, mencetuskan idea juadah ringkas itu berikutan bekalan stok ikan terbabit hanya perlu ‘disauk’ dari sangkar miliknya yang […]
Sijil Pengesahan Halal Malaysia: Boleh Semak Portal Halal Atau Aplikasi SmartHalal – Zulkifli
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) boleh didapati di portal Halal www.halal.gov.my atau aplikasi SmartHalal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata masyarakat Islam […]
(Video) Ditonton Lebih 8 Juta Kali, Lelaki Ini Ajar Cara Nak Asingkan Kuning Telur Hanya Dengan Sentuh Bawang Putih
Bagi kaum wanita, perkara yang paling annoying dan menguji kesabaran ketika berada di dapur adalah mengasingkan atau memisahkan kuning telur dari putih telur. Perkara itu menjadi kebiasaan dalam menyediakan masakan seperti membuat kek dan lain-lain lagi. Teknik yang biasa digunakan termasuklah memecahkan telur ke tangan dan membiarkan putih telur menitis melalui jari atau memindahkan kuning […]
Kurangkan 5 Jenis Makanan Yang Dikongsikan Oleh Hello Doktor Ini Jika Ingin Kuatkan Memori Otak
Sejak kecil, kita sering diberitahu ada makanan yang baik dan ada makanan yang buruk untuk otak. Ramai yang sudah cukup terbiasa dengan kepercayaan minyak ikan, kismis dan kekacang baik untuk otak manakala sesetengah makanan segera boleh melemahkan ingatan. Namun tahukah anda, bukan hanya makanan segera, ikan pun boleh melemahkan fungsi otak anda jika tersalah membuat […]
“Usus Boleh Berukuran Sehingga 7.5 Meter,” Ini Antara 10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia
Manusia diciptakan dengan sistem pencernaan yang kompleks. Daripada saat makanan masuk ke dalam mulut sehinggalah ia melalui usus kecil untuk dibuang, proses pencernaan dan penyerapan zat masih berlaku. Namun, setelah berpuluh tahun hidup, mungkin masih banyak perkara belum kita ketahui tentang apa yang berlaku di dalam tubuh badan kita. Jadi apa kata, kita kenali 10 […]
Hilang Semangat Nak Masak, Ayah Sebak Anak Gadis Kesayangan Peminat Nombor 1 Masakannya ‘Pergi’ Dijemput Ilahi Kerana Menderita Rheumatoid Arthritis
Malam ini kegembiraan para lelaki bujang, suami dan ayah di group Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) bertukar pilu apabila seorang ayah ini telah kehilangan anak tercinta. Fazli Sahak Ishak, ahli SMAHI dari Taiping, Perak berkongsi kisah duka apabila anak perempuan kesayangannya, Waheeda (gambar), 25, telah pergi dijemput Ilahi pada Subuh kelmarin. Difahamkan, anaknya itu […]

“Macam Rasa Makan Kat Mamak,” Wanita Ini Kongsi Resipi Kari Pekat Tanpa Guna Santan, Boleh Cuba Buat
Masakan kari adalah salah satu menu tradisi kesukaan rakyat Malaysia. Pergilah sahaja ke kedai makan manapun, sama ada kedai nasi kandar atau kedai lauk Melayu, menu ini pasti ada. Salah satu bahan utama untuk membuat kari yang sedap adalah santan kelapa dan serbuk kari yang memberikan rasa rempah dan lemak yang seimbang. Namun tahukah anda, […]
Cara Buat Telur Masin Sendiri Di Rumah, Hanya Guna 5 Bahan Ini, Lebih Puas Hati, Bersih Dan Selamat
Telur masin adalah satu makanan berasaskan telur yang mengandungi khasiatnya tersendiri. Ia boleh dimakan oleh semua golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Telur masin ini boleh didapati dalam bentuk telur ayam mahupun telur itik. Bagi mereka yang menggemari telur masin, mereka akan beli di luar walaupun kebersihannya tidak terjamin. Ini kerana pembuatan telur masin ini sangat […]
Pandemik COVID-19 Dorong Kepada Peningkatan Penggunaan Digital – MDEC
KUALA LUMPUR, 24 Jan — Unjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memperoleh pertumbuhan 20 peratus sumbangan e-dagang kepada ekonomi digital dapat dicapai kerana pandemik COVID-19 telah membantu mendorong peningkatan penggunaan digital dalam kalangan usahawan. Naib Presiden perniagaan digital (industri-bekalan), Gopi Ganesalingam berkata pada tahun 2019, ekonomi digital telah menyumbang sehingga 19.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Sektor seperti […]
Kenaikan Minyak Masak Tidak Bersubsidi Dipengaruhi Oleh Harga CPO – Nanta
PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) — Kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi dipengaruhi oleh harga minyak sawit mentah (CPO) yang meningkat sejak Ogos tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata harga CPO dilaporkan memuncak melebihi RM3,000 per tan matrik pada Disember tahun lepas menyebabkan pihaknya […]
“Hanya Dua Orang Satu Meja, Boleh?” – Rayu Penjaja P. Pinang Yang Bergelut Raih Rezeki
GEORGE TOWN, 23 Jan — “Jika kami dibenar meletakkan sebuah meja untuk dua orang pelanggan menjamu selera di sini, kami masih boleh bertahan untuk meraih rezeki,” itulah harapan kebanyakan penjaja makanan yang ditemui di Pusat Penjaja Persiaran Gurney di sini. Mereka berharap sekiranya kebenaran diberi kepada pelanggan untuk makan di kedai makan (dine in) iaitu mengehadkan dua orang untuk satu meja, sudah pasti dapat meringankan beban mereka menghadapi gelombang kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penjual […]
Ibu Tunggal Besarkan Enam Anak Perlukan Sumbangan Anda Untuk Buka Gerai, Nak Berniaga Nasi Lemak Sara Hidup
Di saat kita selesa berniaga di kedai sendiri, ada orang lain yang terpaksa bersusah-payah ‘menumpangkan’ barang jualan di tempat orang. Demikianlah seperti yang dikongsikan oleh aktivis kemasyarakatan yang aktif menjalankan kerja-kerja sukarelawan, Puan Natipah Abu. Menerusi satu perkongsian di Facebook pagi ini, Puan Natipah memaklumkan bahawa terdapat seorang ibu tunggal yang gigih menyara keluarga dengan berniaga […]
Perniagaan Jatuh & Dibuang Kerja, Grup SMAHI Tekad Bantu Sumbang Barang Dapur Untuk ‘Encik Suami’ Terjejas
Ketika musim pandemik COVID-19 ini, apa yang sangat menguji kesabaran ialah ujian kejatuhan ekonomi yang teruk. Bagi yang masih berpeluang bekerja, Alhamdulillah. Namun ada antara kita yang terbatas sumber pencariannya hingga menyebabkan dapur tidak ‘berasap’ lagi. Apalah lagi kekuatan seorang ayah apabila melihat isteri yang kepenatan menjaga rumah, terlihat pula raut wajah anak-anak kecil yang […]

5 Khasiat Dan Kegunaan Tepung Beras, Bukan Hanya Untuk Buat Kuih
Tepung beras biasanya digunakan untuk membuat kuih-kuih tradisional. Tepung beras memiliki banyak manfaat yang baik untuk tubuh, salah satunya bermanfaat untuk pencernaan yang baik. Berikut 5 manfaat tepung beras untuk tubuh. 1. Melancarkan pencernaan Merujuk artikel dari Live Strong, tepung beras memiliki kandungan serat yang tinggi. Serat diperlukan tubuh untuk melancarkan pencernaan. Kandungan serat yang […]
“Sekali Adik Tunjuk Dekat-dekat, Nampak Jelas Ada Kepala”, Wanita Terkejut, Ulat Muncul Tiba-tiba Dalam Serbuk Kari Yang Dah Lama Dibuka
Baru-baru ini kecoh di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official (MATJHN) tentang isu ulat muncul dalam masakan. Sebelum ini kes ini dikongsikan oleh salah seorang warga group tersebut, dia mendakwa ulat-ulat itu dipercayai membiak dalam serbuk rempah yang disimpan. Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada warga MATJHN yang lain, rata-rata terkejut […]